Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Wednesday 15 February 2012

Kelebihan Solat Berjemaah Dari Segi Fakta Sains

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.
 
Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.
 
Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
 
 
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.
 
Ia berlaku apabila cas yang berlebihan  sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.
 
Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
 
Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
 
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
 
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
 
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
 
Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Kelebihan Bersolat - Baik Untuk Otak Anda

Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut Dr. Fatimah, kajian yang dijalankan masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh serta kandungan kolestrol dalam badan.
Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin. "Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.

"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan. Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.


Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas memberitahu bahawa manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan dan hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana
solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh. Malahan, solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Menurut Ng Siew Chok perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8 -13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya.

Menurut Dr Fatimah Ibrahim pula, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik
adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai
komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat,
orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif
kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan
bertenaga dan lebih tenang.


Sujud
"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.
Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.

Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma. Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.

"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.

"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.
Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.

Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.
Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.
Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.





Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini
terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah. Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama
sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.
Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk
wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh
mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,”
katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih
dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur
dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran).
Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.









10 Perkara Merosakkan Otak

Tuesday 7 February 2012

Minda Separa Sedar

Perkataan "minda separa sedar" hanyalah merupakan satu istilah sains moden bagi menyatakan sesuatu yang misteri dan melangkaui corak pemikiran manusia yang terbatas. Minda separa sedar adalah seperti air yang sentiasa mengalir keluar dari saluran paip di rumah kita, dan bentuk pemikiran anda adalah acuan kacanya. Dari situ, corak hidup kita adalah hasil dari bentuk dan kebersihan acuan tersebut. Jika kaca tadahan tadi tidak bersih, air jernih pasti kelihatan keruh. Meditasi bertujuan menjernihkan acuan pemikiran kita.



Gambarajah 1: Sifat minda separa sedar.

Gambarajah di atas adalah bagi memudahkan pemahaman sifat minda separa sedar. Mari bayangkan tanah sebagai minda universal dan corak pemikiran bagi setiap aspek kehidupan anda adalah seperti benih. Tanah tidak mempersoalkan apa juga benih yang kita semai.

Tugasnya ialah memberi kegelapan, nutrien dan haba suam kepada benih tersebut. Tanpa kegelapan, benih tidak mungkin berkembang - tanpa kegelapan minda separa sedar, benih pemikiran kita tidak mungkin direalisasikan. Nutrien yang menyuburkan benih adalah seperti bahan neuro-kimia di dalam rangkaian neuron minda kita. Haba suam pula adalah seperti harmoni yang wujud didalam jiwa berketuhanan. Jika benih pemikiran yang kita tanam adalah positif, maka tanaman yang akan keluar dari benih itu juga positif. Jika benih pemikiran kita berdasarkan, sebagai contoh, kepercayaan yang "hidup ini mencabar" maka kehidupan nyata kita sudah pasti penuh dengan pancaroba.

Memahami sifat dunia kuantum fizik boleh membantu kita memahami sifar sebenar minda separa sedar. Kuantum fizik adalah kajian yang lebih mendalam tentang atom. Walaupun begitu dunia kuantum bertentangan sama sekali dengan realiti yang dilihat oleh mata kasar. Niels Bhor, salah seorang pelopor sains moden pernah menyatakan tentang dunia kuantum, "semua yang kita anggap sebagai benda nyata dihasilkan oleh benda yang tidak boleh dianggap nyata." Ini adalah kerana, sebiji atom jika dibelah ia akan berakhir dengan vakum yang kosong.
 
Contoh pertama:
Bagi fizik klasik, dunia ini wujud di luar jasad dan terpisah dari kita. Bagi kuantum fizik pula, dunia nyata sampai ke mata kasar dalam bentuk tenaga dan dari mata ianya dihantar ke otak sebagai informasi elektromagnetik. Otak kemudiannya mentafsirkan gelombang elektromagnetik itu kedalam bentuk objek nyata. Atas sebab itu, bagi kuantum fizik dunia nyata adalah hakikatnya ilusi yang wujud hanya didalam minda kita.


Contoh kedua:
Dalam fizik klasik jasad kita terbatas pada sesuatu masa dan tempat. Bagi kuantum fizik pula, realiti manusia tidak terbatas pada dimensi ini. Dengan ertikata lain, kita boleh wujud di dua tempat berbeza dalam suatu masa yang sama. Jika anda pernah mendengar cerita tentang sesetangah individu yang berada di Mekkah pada masa yang sama mereka berada di tempat lain, individu seperti ini memahami realiti kewujudan mereka dan hidup berteraskan kuasa minda separa sedar.)



Minda separa sedar sebenarnya adalah minda universal yang menjadi sumber kepada potensi, kebijaksanaan dan kesedaran semua makhluk yang pernah wujud, sedang wujud dan yang akan wujud di seluruh Alam Semesta. Kejernihan acuan kepada minda separa sedar kita adalah kunci yang memberi akses kepada kuasa yang hebat ini.
Berdasarkan gambarajah di atas, dalam diri anda ada dua jenis insan:
  • Insan pertama:
    Insan pertama ini adalah ciptaan minda sedar. Dianya bersifat maya, bepersonaliti, mempunyai nama dan pelbagai jenis sikap. Insan ini melihat dirinya sebagai satu individu yang kerdil, terasing dari individu lain dan terbatas pada dunia 4 dimensi (3 dimensi tempat dan 1 dimensi masa). Individu ini juga terikat di dalam dunia dualiti - dunia yang berkonsepkan baik dan buruk, miskin dan kaya, hidup dan mati, gembira dan sedih.
  • Insan Kedua:
    Insan kedua pula adalah insan minda separa sedar. Dia melihat dan mentafsirkan dirinya bukan sebagai individu, tetapi sebagai dunia di sekelilingnya. Dengan ertikata lain, dia memahami hakikat saling kait semua makhluk termasuklah dirinya dalam bentuk insan yang pertama tadi. Insan ini tidak bepersonaliti, tidak terbatas pada dunia 4 dimensi dan hidup dalam dimensi ke-5 (iaitu perspektif totaliti atau keesaan Tuhan); Dia melihat dunia dualiti seperti sekeping duit syiling - baik dan buruk, gembira dan sedih, hidup dan mati adalah permukaan yang berbeza pada syiling yang sama. Permukaan yang satu tidak boleh wujud tanpa permukaan yang satu lagi.
    Kebahagiaan, kegembiraan, kekayaan dan sifat kasih dalam diri insan ini berakar umbi dari realiti kewujudannya dan bukan berdasarkan emosi.



sumber : Mind Development Centre (http://www.mindec.com )

Kenali Gelombang Otak Anda

Tenaga elektromagnetik pada diri kita mengandungi informasi yang membenarkan otak dan tubuh berfungsi. Getaran elektromagnetik ini pada otak ditafsirkan didalam bentuk gelombang beta, alfa, theta, delta dan gamma. Setiap bentuk gelombang itu adalah refleksi tahap kesedaran manusia. Fikiran sedar adalah aktif hanya ketika bentuk gelombang otak berada di dalam keadaan beta. Potensi manusia yang terkunci didalam minda separa sedar hanya boleh diakses ketika minda berada didalam bentuk gelombang alfa, theta dan delta.

Gambarajah 1: Pusat minda sedar (kawasan kuning) dan separa sedar (kawasan coklat)


Sebelum kita bincangkan tentang bentuk gelombang otak, mari kita mendapatkan gambaran kasar tentang lokasi pusat minda sedar dan separa sedar.
Dalam halaman minda separa sedar, kita telah bincangkan tentang di dalam diri anda ada dua insan:

  • Insan pertama adalah ciptaan minda sedar. Berdasarkan gambarajah di atas, kawasan kuning yang merupakan sebahagian besar dari otak adalah pusat bagi minda sedar - iaitu pusat insan yang pertama. Setiap kali kita berfikir, setiap bentuk tindakkan dan perasaan yang kita miliki membentuk neuron dan rangkaianya di kawasan ini. Rutin kehidupan, attitud, pengalaman pancaindera, emosi yang kita rasa, kebolehan mengadili setiap benda, habit yang kita amalkan (dan semua aspek diri kita) pada setiap saat adalah semata-mata pengaturcaraan neuro-kimia yang berkomunikasi di dalam otak melalui rangkaian neuron atau neuronet di kawasan kuning ini.
    Ini bermaksud, neuro-kimikal dalam rangkaian neuron minda sedar adalah acuan personaliti diri kita yang dikenali selama ini. Personaliti ini bertugas seperti pengawal yang mengadili dan mengkelasifikasikan semua pengalaman dari dunia luar untuk proses selanjutnya dalam otak.
    Pendek kata, insan pertama adalah tidak lebih dari personaliti ilusi yang dicipta oleh neuro-kimikal di neuronet minda sedar ini.


Setiap buah fikiran, perasaan dan tindakan mencetuskan neuro-kimia dan mencipta neuronet dalam otak. Meditasi melumpuhkan neuronet minda sedar dan mengaktifkan neuronet yang terhubung terus dengan Tuhan.

  • Insan kedua pula adalah insan minda separa sedar. Pusat bagi minda separa sedar dikatakan terletak di serebelum. Walaupun serebelum merupakan bahagian yang kecil terletak di belakang bawah otak, kandungan selnya melangkaui jumlah yang terletak di pusat minda sedar. Sel granul yang berada di dalam serebelum dianggarkan sebanyak 50 bilion dan sekali gus menjadikan 3/4 dari sel otak adalah sel granul serebelum. Ada juga yang mengatakan jika kita mengguris serebelum dengan hujung kuku kita dan meletakkannya di bawah mikroskop, kita akan mendapati jumlah sel di hujung kuku itu melebihi jumlah sel yang terdapat di seluruh kawasan pusat minda sedar.
    Ringkasnya, meskipun pusat minda sedar pada otak lebih luas dari pusat minda separa sedar, ia hanya melakukan 10 peratus tugas yang mampu dilaksanakan oleh minda separa sedar. Selepas minda sedar mengadili input dari pancaindera, informasi itu dihantar ke minda separa sedar. Minda separa sedar tidak mengadili apa-apa input. Tugasnya hanyalah melaksanakan arahan mengikut acuan neuronet minda sedar.


Gelombang Otak: Bagaimana Minda Sedar dan Separa Sedar Berkomunikasi


Kita telah mendapat sedikit gambaran tentang di mana pusat minda sedar dan separa sedar berada. Kini mari kita lihat bagaimana kedua-duanya berkomunikasi.


Setiap aktiviti yang berlaku pada otak wujud didalam bentuk tenaga elektromagnetik. Getaran elektromagnetik ini diukur dan ditafsirkan kedalam bentuk frekuensi. Dari frekuensi itu, getaran dibaca dalam bentuk gelombang yang terhasil dari otak. Terdapat 5 jenis bentuk gelombang otak - beta, alfa, thetha, delta dan gamma (lihat gambarajah 2).
 
Kelima-lima gelombang otak ini adalah refleksi tahap kesedaran kita. Sebagai contoh, ketika otak sedang aktif menjalani kehidupan harian, gelombang beta biasanya yang paling dominan antara semua gelombang tadi. Ini bererti ketika kita menjadi insan minda sedar, beta adalah gelombang yang paling banyak terhasil dalam otak.
 
Gelombang alfa pula adalah gelombang transisi dari minda sedar ke separa sedar. Perubahan kesedaran dari beta ke alfa menenangkan kita. Alfa adalah getaran yang lebih perlahan dari beta.
 
Jika getaran ini diperlahankan lagi, kita akan berada digelombang theta.
 
Gelombang theta adalah gelombang di pintu masuk minda separa sedar dimana kita bermimpi ketika tidur. Gelombang ini mencetuskan beberapa neuro-kimikal yang penting bagi memori, kreativiti dan pengalaman integratif.
 
Lebih perlahan dari theta ialah gelombang delta. Gelombang ini selalunya terhasil ketika tidur tanpa mimpi. Keadaan tidur tanpa mimpi adalah tahap separa sedar yang dalam. Tubuh memperbaiki dirinya ketika minda berada di tahap ini.
 
Gelombang gamma pula adalah gelombang yang membenarkan komunikasi diantara bahagian-bahagian otak. Gelombang ini kecil dan sangat laju. Meskipun ada pakar yang menganggap gelombang ini sebagai gelombang tinggi beta, kesannya terhadap emosi adalah positif. Bagi mereka yang telah lama bermeditasi, gelombang ini adalah lebih banyak dari mereka yang tidak bermeditasi. Saintis percaya penghasilan gelombang gamma secara ideal membuatkan kita lebih fokus, tinggi I.Q, mempunyai kesedaran keesaan Tuhan dan naluri kasihan belas yang tinggi.







sumber : Mind Development Centre (http://www.mindec.com )







Sunday 5 February 2012

Doa ketika dalam kesempitan hidup



"Dengan nama Allah, aku serahkan jiwaku, hartaku dan agamaku kepadaMu. Ya Allah ya Tuhanku jadikan aku reda dengan keputusanMu, berikanlah keberkatan terhadap apa yang telah ditakdirkan bagi diriku, sehingga aku tiada lagi menginginkan penyegeraan apa yang Engkau tundakan, dan tidak pula penundaan apa yang Engkau segerakan."



sumber : Riwayat al Dailami 6346

Doa keluasan Rezeki




"Dengan nama Allah atau diri, harta dan agamaku. Ya Allah Ya Tuhanku, redhailah aku dengan ketetapanMu, dan berkatilah dengan apa yang telah ditetapkan kepadaku, sehingga aku tidak perlu terburu dengan apa yang Engkau tangguhkan, dan takkan tertunda sesuatu yang sudah sampai masanya."


sumber : Riwayat al Suyuti no 20908

Doa agar dapat membayar hutang


" Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) daripada rezeki yang haram. Kayalah aku dengan anugerahMu, hingga aku tidak minta kepada selainMu."



sumber : Riwayat Al Tirmizi no 3563




"Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kesedihan dan kesusahan, perasaan lemah dan malas, sikap bakhil dan penakut, hutang yang menyibukkan fikiran  dan orang yang menindasku. "



sumber: Riwayat Al Bukhari no 6363

Doa Agar Rezeki Berganda



"Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezeki yang Engkau sebarkan dan mudarat yang Engkau selamat, bala yang Engkau angkatkan, dan fitnah yang Engkau jauhkan dan keburukan yang Engkau hindarkan (daripada menimpa hama-hambaMu.)"



sumber : Majma' al Zawa'id no 17431

Doa Memohon perlindungan dari kemiskinan

" Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kekafiran yang menghancurkan, daripada kemiskinan yang menyedihkan dan daripada seksa kubur yang membinasakan. Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau." 
(3 kali)


sumber: Riwayat Al Bukhari no 701




Friday 3 February 2012

Doa Rawatan Isomnia


" Ya Allah, telah malap cahaya bintang-bintang dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Yang Maha hidup lagi Maha berdiri sendiri, wahai yang Maha Hidup, wahai yang Maha berdiri sendiri, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini."


sumber : Riwayat Al Tabrani

Doa Perlindungan dari Kemalangan


"Ya Allah, tiada yang mendatangkan kebaikan melainka Engkau dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, tiada upaya melainkan dengan Allah swt."


sumber : Riwayat al Tirmizi no 3482

Doa Pelindungan daripada Murtad


"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu agar tidak menyekutukan kepadaMu, sedang kami mengetahuinya dan kami memohon ampun terhadap apa yang tidak kami ketahuinya."




sumber : Riwayat Ahmad no 403

Amalkan selepas solat Subuh dan Asar.

Doa Perlindungan daripada Zina


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan perdengaranku, kejahatan penglihatanku, kejahatan lidahku, kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku."



sumber : Riwayat Abu Daud no 1551, at Tirmizi no 3492

Doa Rawatan Mengelakkan diri dari Santau

"Aku memohon perlindungan dengan perkataan Allah yang sempurna daripada kejahatan apa yang diciptakannya."




Doa ini juga sesuai untuk melindungi anak-anak dari keracunan, serangga berbisa.




sumber : Riwayat Muslim no 2709 Ibn Hibban no 2360

Thursday 2 February 2012

Doa Rawatan Mengubati Luka


"Dengan nama Allah, tanah bumi kami yang bercapur dengan air ludah sebahagian kami, semoga menjadi sebab sembuhnya orang yang sakit antara kami, dengan izin Tuhan kami"



sumber: Riwayat al Bukhari no 5745 dan 5746 dan Muslim no 5719

Monday 30 January 2012

7 Warna- Warna Cakra



Cakra utama yang berjumlah tujuh dan punya nama dan warna tertentu, serta memberi intensitas energi sendiri-sendiri pada tiap wilayah kesehatan organ dari tubuh fisik itu sendiri yang dijabarkan sebagai berikut.

1. Cakra dasar warna MERAH bertanggung jawab untuk kesehatan tulang dan otot di tubuh fisik dan memberi energi pada semangat hidup seseorang.

2. Cakra kedua warna OREN bertanggung jawab untuk kesehatan organ-organ reproduksi dan memberi energi pada kemampuan berinteraksi dengan sesama.

3. Cakra ketiga warna KUNING bertanggung jawab untuk kesehatan organ-organ reproduksi dan memberi energi pada ambisi seseorang baik positif maupun negatif.

4. Cakra keempat warna HIJAU bertanggung jawab pada semua organ yang berada dalam rongga dada dan memberi energi pada timbang rasa perasaan seseorang.

5. Cakra kelima warna BIRU bertanggung jawab pada organ dalam rongga leher termasuk telinga, hidung dan tenggorokan (THT) dan memberi energi pada kemampuan seseorang dalam berinteraksi dan berkomunikasi, juga berkreativitas halus seperti melukis, dan menulis.

6. Cakra keenam warna INDIGO indigo disebut juga nilai yang bertanggung jawab pada seluruh organ dalam rongga kepala termasuk pancaindera dan memberi energi pada kepekaan intuisi dan ketajaman perasaan (felling) untuk hal-hal abstrak, seperti berpikir cepat.

7. Cakra ketujuh warna UNGU bertanggung jawab pada semua organ di kepala, khususnya otak dan memberi energi pada sikap seseorang berhubungan dengan keillahian.

Sunday 29 January 2012

Rahsia Tenaga Piramid

Piramid merujuk kepada bentuk geometri yang terdiri daripada satu tapak dengan pepenjuru yang bersambung dengan kemuncak yang sama, membentuk segitiga. Sekiranya tidak dinyatakan, tapak biasanya empat segi sama. Isipadu piramid adalah A × h / 3, dimana A merupakan luas tapak dan h merupakan ketinggian tapak sehingga ke puncak.

Binaan piramid
Bangunan berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam. Yang paling terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir silam, dimana piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser (2650 SM).

Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya kelihatan hebat ketika ia siap dibina. Pada masa sekarang kebanyakan kelonsong batu kapur tersebut telahpun diambil sebagai bahan binaan bangunan sekitarnya pada zaman selepasnya, meninggalkan permukaan batu kasar yang kelihatan pada masa sekarang.

Di selatan Mesir, terdapat juga piramid dibina oleh orang-orang Nubia. Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir, tetapi ia jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukanya sebagai makam. Piramid Nubia dibina sehingga 300s S.M. (A.D.)

Orang-orang Babylon juga membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat, sementara piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai ziggurat. Menara Babel dalam kitab Injil dipercayai merujuk kepada ziggurat orang-orang Babylon.


Piramid di Mexico
Beberapa peradapan Mesoamerika seperti Maya, juga membina binaan berbentuk pyramid. Ia biasanya bertingkat dan selalunya digunakan sebagai tempat pengorbanan manusia dan haiwan.
Terdapat juga monumen silam berbentuk piramid di Amerika Tengah dan sebahagian Asia.





TENAGA PIRAMID



PENDAHULUAN
PYRA - tenaga
MID - tertumpu
PYRAMID - Tenaga yang Tetumpu

Anda mungkin mengetahui tentang kewujudan piramid di dunia ini tetapi pernahkan anda mendengar mengenai daya dan tenaga yang dihasilkan daripada piramid yang ada di muka bumi ini ? Bagaimana tenaga ini terhasil dan bagaimana kaedah untuk menggunakannya untuk memenuhi keperluan seharian kita ?

Tenaga Piramid merupakan bentuk tenaga mistik yang masih lagi dikaji oleh penyelidik mengenainya. Namun telah ramai yang menggunakan tenaga tersebut dan terbukti keberkesanannya. Pengunaan tenaga ini tidak dikaitkan dengan sebarang amalan keagamaan kerana ia bersifat semulajadi dan universal. Percaya atau tidak tentang keupayaan tenaga Piramid ini adalah bergantung sejauh mana anda dapat menggunakan tenaga ini mengikut kaedah yang ditunjukkan. Ingat, piramid tidak berkuasa tetapi tenaga yang ada di dalamnya adalah anugerah Allah untuk kita ,sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menggunakannya.

Tenaga yang terdapat di dalam binaan Piramid hanya merujuk kepada tenaga , daya dan kuasa yang terdapat di alam semesta ciptaan Allah . Ia sama seperti tenaga tenaga lain yang diketahui oleh sains seperti tenaga cahaya, mekanikal, bunyi , cahaya dan sebagainya. Bezanya Cuma sains moden tidak mengiktiraf tenaga piramid sebagai satu tenaga dalam erti kata sains moden kerana para saintis tidak dapat menjelaskan mengapa terdapatnya kuasa di dalam binaan piramid atau mengapa tenaga dan daya dapat disalurkan dan dikumpulkan dengan hanya menggunakan sebuah piramid.

Secara saintifiknya, bahagian tajam atau runcing yang menghala ke atas akan menarik ion-ion atau tenaga dari atmosfera sebagaimana bahagian tajam yang dipasang di atas bumbung struktur tinggi untuk menarik pancaran kilat ke bumi. Bahagian di bawah bentuk tajam atau runcing pula akan mengumpulkan tenaga yang berada di bawahnya sebagaimana terdapatnya kebocoran di lapisan ozon tertentu di atmosfera kerana bahagian tersebut merupakan bahagian yang meruncing berbanding bahagian lapisan ozon yang lain.

Kesimpulannya struktur binaan piramid akan menarik tenaga dari alam ini dan mengumpulkannya di dalam binaannya serta akan dipancarkan ke empat penjuru mengikut penjuru yang ada pada binaan piramid. Pancaran tenaga itu tidak dapat berbuat apa apa kecuali difokuskan dengan penggunaan minda kita yang juga merupakan sebahagian daripada pancaran gelombang yang boleh diubahsuai mengikut keadaan. Sebagai contoh, pancaran cahaya matahari tidak dapat membakar kecuali kita menggunakan kanta untuk memokuskan pancaran menjadi terkumpul dan membakar objek yang disinarinya.

Dengan menghalakan diri anda kepada piramid yang terdapat di Mesir atau di mana mana sahaja di alam ini, atau ke permukaan piramid yang anda bina sendiri ( daripada kadbod ), akan berlakulah perkara-perkara yang mengagumkan serta dapat menyelesaikan masalah kehidupan anda.

KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN

Barang dan objek yang diletakkan di dalam piramid akan :-

Mengekalkan warna bunga ros
Mengekalkan ketajaman pisau cukur
Mengering dan mengekalkan bentuk serta buah epal
Mengekalkan kilauan barang – barang perhiasan
Mengekalkan kesegaran susu segar dalam masa yang lebih panjang
Membantu perkembangan pokok
Meningkatkan rasa / aroma kopi dan jus buah buahan
Mengeringkan daging dan makanan mentah tanpa mngubah rasanya
Meningkatkan kualiti tidur dan rehat
Meningkatkan daya penyembuhan penyakit
Memudahkan proses meditasi dan menenangkan fikiran


PENETAPAN LOKASI PIRAMID

1. Mengikut unjuran Utara – Selatan. Gunakan kompas untuk penentuan
2. Jauh daripada sumber elektrik, medan magnet dan elektrostatik
3. Tempat yang tidak menjadi tumpuan ramai
4. Tempat yang tenang dan bebas daripada kebisingan
5. Tempat yang kedudukan piramid tidak akan diganggu oleh orang lain.
6. Boleh diletakkan di luar rumah tetapi ada perlindungan daripada panas dan hujan
7. Di atas permukaan yang rata.
8. ’Bersihkan’ energi tempat untuk perletakan Piramid sebelum meletaknya di lokasi
berkenaan kerana energi negatif yang sedia ada di lokasi berkenaan akan mempengaruhi energi yang akan dipancarkan oleh piramid berkenaan
9. Sebagai penambahan, letakkan beberapa kristal terpilih di sekitar piramid serta gunakan wangi wangian di sekitarnya untuk menambahkan lagi keberkesanan tenaga yang dipancarkan oleh piramid.
10. Sekarang, andaikan lokasi berkenaan adalah tempat yang istimewa dan jauhi daripada berkata sesuatu yang negatif, emosi yang negatif serta perbuatan yang tidak sepatutnya di lokasi berkenaan kerana semua ini akan mempengaruhi tenaga yang dipancarkan oleh piramid.
11. Seeloknya, lakukan solat dan aktiviti kerohanian seperti berzikir dan membaca al Quran di lokasi berkenaan.
12. Tenaga Piramid boleh digunakan mengikut kaedah yang akan diterangkan dan keperluan yang anda mahukan.

Apakah yang akan berlaku bila piramid telah berada di lokasi yang betul ?

Setelah di tempatkan di lokasi yang tepat, maka anda akan dapati tidak ada apa apa yang akan berlaku. Ini samalah seperti mana anda meletakkan kedudukan antena TV di tempat yang betul, tidak ada apa apa yang akan berlaku pada TV anda.

Ingatlah bahawa piramid adalah sebuah alat seperti antena TV. Maka untuk mendapatkan hasil yang berkesan, anda perlu membuat penyelarasan gelombang iaitu dengan menggunakan kekuatan minda ataupun kekuatan daya pemikiran anda iaitu FOKUS MINDA terhadap kemahuan yang anda hajati.
RAHSIA PERMUKAAN PIRAMID
1. Permukaan Utara - Kekayaan Kebendaan ( Fizikal )

Permukaan Utara dapat dikaitkan dengan perkara-perkara yang boleh dilihat dan disentuh. Dengan membuat penyelarasan keserasian diri anda dengan gelombang tenaga yang dipancarkan oleh piramid berkenaan, maka anda dapat menggunakannya untuk mencapai kehendak anda berkaitan kebendaan atau material. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa tenaga piramid mematuhi hukum alam, maka anda tidak seharusnya mengambil sikap tamak dan takbur dalam mengejar impian keduniaan ini.

2. Permukaan Timur – Perasaan kasih Sayang dan Kedamaian Jiwa ( Emosi )

Perasaan kasih sayang di sini tidak bermaksud atas dorongan nafsu seks tapi adalah nilai kasih sayang yang abadi serta semulajadi. Sebagai contoh untuk menguatkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan ikatan rumah tangga, kedamaian dalam kehidupan dan seumpamanya.

Jangan disalahgunakan Tenaga Permukaan Timur ini dengan berhajat agar sesaorang yang tidak sukakan anda akan menjadi sebaliknya hingga ke tahap sukar melupakan anda. Ini menyeleweng dari tujuan sebenarnya pengunaan tenaga piramid yang berkaitan dengan hukum alam.

3. Permukaan Selatan – Perlindungan dan Penyerangan

Permukaan Selatan mempunyai daya tenaga yang kuat. Ini kerana Permukaan Selatan mewakili simbul API. Jesteru itu tenaga permukaan ini dapat digunakan bagi tujuan kebaikan dan kejahatan. Perlu diingatkan bahawa di dalam hukum karma dan alam, setiap perbuatan ada balasan serta kesannya kepada diri kita sendiri. Maka berhati hatilah dalam menggunakan Tenaga Permukaan Selatan ini dalam kehidupan seharian.

Walaupun tenaga ini boleh digunakan untuk perlindungan dan penyerangan, penggunaan sebagai perlindungan adalah lebih baik. Penggunaan tenaga secara penyerangan hanya dapat digunakan secara defensif iaitu mengembalikan tenaga negatif yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita dan bukannya memancarkan tenaga untuk merosakkan orang lain.


4. Permukaan Barat – Kesihatan dan Kekuatan

Permukaan Selatan ini mewakili simbol AIR yang bersifat suci lagi menyucikan. Dengan Tenaga Permukaan Barat ini, anda boleh menggunakannya untuk tujuan rawatan dan juga menambahkan kekuatan tubuh badan. Perlu diingat, penggunaan Tenaga Penyembuhan ini hanyalah bersifat ”supplementary effort”, maka untuk itu ubat-ubatan dan makanan tambahan berkhasiat masih diperlukan untuk mempercepatkan lagi penyembuhan diri anda.
 
 
 
 
sumber : AURA ASSHIFA ( http://auraasshifa.blogspot.com/ )
 
 
 
 
 
 
 
 

Apakah itu REIKI ?

Apakah itu Aura ?

Monday 17 October 2011

RAHSIA MEKAH & NOMBOR 1.618 -- Keajaiban Allah

Video - Allah bertanya Iblis Menjawab

Doa Rawatan Menghilangkan rasa sakit



"Dengan Allah, Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan sesuatu yang aku jumpai dan aku takuti"





sumber : Riwayat Muslim no 2202


Dengan cara meletakkan tangan pada bahagian sakit dan bacalah doa ini.

Doa Rawatan Mengelak daripada Keracunan, Serangga Berbisa

"Aku mohon perlindungan dengan perkataan Allah yang sempurna daripada kejahatan apa yang diciptakannya"




sumber : Riwayat Muslim, Ibnu Hibban



Dalam Sahih Muslim, abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadis tentan seorang lelaki yang mengadu kepada Nabi s.a.w tentang kala jengking yang menyengatnya. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: " Jika kamu membaca do a di atas, nescaya kamu tidak akan dimudaratkan.

Doa Rawatan Batu Karang Atau Penyakit Kencing Tertahan



"Tuhan kami di langit yang Maha Suci nama-Nya, urusan-Mu di langit dan di bumi, sebagaimana rahmatMu langit, maka jadikanlah ia juga di bumi, dan ampunkanlah kami dosa-dosa dan kesalahan kami, Engkaulah Tuhan kepada mereka yang baik, maka turunkanlah penawar dari penawarMu, dan rahmat dari rahmatMu ke atas penyakit ini nescaya ia sembuh"




sumber : Riwayat Ibn A-Sunni no 391 al-Azkar

Doa Rawatan Bengkak (Bisul Atau Jerawat)

" Ya Allah, yang mengecilkan yang besar dan yang membesarkan yang kecil, kecilkanlah apa yang ada padaku ini"




Sumber : Riwayat Ibn Al-Sunni no 391 al-Azkar

Doa Rawatan Anak Demam Panas



" Dengan nama Allah Yang Maha Besar, aku memohon perlindungan dengan Allah Yang Maha Agung daripada kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api"





sumber : Riwayat al-Hakim


Menurut Imam al-Zahabi dan Ibn Abbas r.huma berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan apabila ditimpa demam panas.

Doa Rawatan Anak Sakit Mata



"Ya Allah, berikanlah manfaat pada penglihatanku,  jadikanlah ia tetap dalam keadaan baik sehingga akhir hayatku. Perlihatkan bagaimana aku menuntut bela terhadap musuhku dan bantukanlah dalam menghadapi orang yang menzalimiku"


sumber : Riwayat al-Hakim





Diriwayatkan bahawa apabila Rasullullah s.a.w sakit mat atau salah seorang daripada anggota keluarganya atau sahabatnya ditimpa sakit mata, Baginda membaca doa di atas.