Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Wednesday 28 March 2012

Selawat Dawam

Selawat Syifa

Selawat Hadrah

Selawat pelindung diri





tawassalna bi bismillah
wa bil hadi rasulillah[2X]
wa kulli 'arifin billah
wa ahlillahi ya allah[2X]

ya allah
syumusilhuda
shuyukhil waraa
nujuu min nada [2x]
bihinnas lamu min kulli aza
bi qadrillahi ya allah





Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw.

Doa ketika terkejut


"Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah."




sumber : Al Bukhari 6/ 181, Muslim 4/2208

Doa ketika tubuh berasa sakit

" Letak tangan di tempat sakit kemudian baca "Bismillah" sebanyak 3 kali dan baca doa di bawah 7 kali.





"Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku dapati dan aku takuti."

Doa ketika mendengar salakan anjing waktu malam

"Apabila kamu mendengar salakan anjing maka pohonlah perlindungan dengan Allah daripada kerana sesungguhnya ia telah melihat sesuatu yang kamu tidak lihat."

Doa ketika mendengar kokokan ayam dan laungan keldai

"Apabila kamu mendengar kokokan ayam maka pohonlah rahmat daripada Allah kerana sesungguhnya ia telah melihat malaikat.

Apabila kamu mendengar surai keldai maka pohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan kerana sesungguhnya ia telah melihat."



sumber: Riwayat Al Bukhari dan Muslim 4/2092

Wednesday 21 March 2012

Pesan roh kepada manusia hidup

APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.

“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku.

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik




TAHUKAH KAMU SEMUA?

Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di
Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi
jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui
sebelum ini.


Cara tunaikan tawaf di Kaabah,Mekah

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian
yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun
badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan
penyakit.


4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi =
doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam
masa serentak.


5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar
tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan
kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan
ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah.


6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di
dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang
ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..


8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan
garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah
jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka
tanpa bumbung masih terasa sejuk.


9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat
yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme
sifar dan tempat yang paling dirahmati.


10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah
akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel
darah.


11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga
hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam
ini bergerak mengikut lawan jam,
Allah telah tentukan hukumnya begitu.


12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan
jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna
peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.


13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga
banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu
banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat
ibadat yang tidak terhad jumlahnya.


14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan
bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang
baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan
haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala
yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya
yang baru.


15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya
untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia
di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari
segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima
oleh tubuh.


 

7 sunnah Rasulullah saw

Diet Rasulullah saw

Video - Keperibadian Rasulullah S.A.W



 (part 1 of 2)




(part 2 of 2)

Friday 16 March 2012

Doa apabila berhenti di sesuatu tempat




"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan semua makhluk."



sumber: Riwayat Muslim 4/2080

Doa apabila kenderaan tergelincir

"Dengan nama Allah."



sumber: riwayat Abu Daud 4/296

Doa masuk pasar





"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya kepujian, Dia Yang menghidupkan dan Mematikan, Dia tetap hidup dan tidak akan mati, di tanganNya kebaikan dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu."


sumber: Riwayat At Tirmizi 3/153

Thursday 15 March 2012

Doa apabila masuk kampung atau bandar


"Ya Allah, Tuhan tujuh petala langit dan segala yang dinaunginya dan Tuhan tujuh lapis bumi dan segala yang di atasnya, Tuhan yang menguasai syaitan-syaitan dan segala yang mereka sesatkan, Tuhan yang menguasai angin dan segala yang diterbangkannya, aku memohon kepadaMu kebaikan kampung ini, penduduk dan segala yang ada di dalamnya. Aku berlindung denganMu dari kejahatan kampung ini, penduduk dan segala yang ada di dalamnya."


sumber : riwayat An Nasai

Doa agar terhindar dari syirik



"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari melakukan syirik kepadaMu sedang aku mengetahuinya dan aku minta ampun daripadaMu di atas perbuatan yang aku tidak mengetahuinya."




sumber: Riwayat Ahmad 4/403

Doa ketika membayar hutang



"Semoga Allah memberkatimu dalam (menguruskan) keluarga dan hartamu. Sesungguhnya balasan bagi setiap pinjaman ialah memuji penunaiannya serta menjelasnnya."



sumber : Riwayat Ibnu Majah 2/55

Doa kepada mereka menawarkan hartanya kepadamu




"Semoga Allah memberkatimu dalam (menguruskan) keluarga dan hartamu."



sumber : Riwayat Al Bukhari 4/88

Doa untuk mereka yang berbuat baik kepadamu





"Semoga Allah memberi balasan yang baik untukmu."




sumber: Riwayat At Tirmizi 2/200

Doa Kaffarah (pembersih) majlis



"Maha Suci Engkau Ya Allah dengan memujiMu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepadaMu."


sumber : Riwayat At Tirmizi 3/153

Doa Bacaan dalam majlis

"Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau sangat menerima taubat lagi Maha Pengampun"


Daripada Ibnu Umar ra katanya: Adalah dihitung bacaan Rasullullah saw membaca 100 kali doa di atas satu satu majlis"



sumber: Riwayat At - Tirmizi 3/153

Saturday 10 March 2012

Doa ketika hujan terlalu lebat (agar berhenti)


"Ya Allah, turunlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok."


sumber: Al Bukhari 1/224, Muslim 2/614

Doa selepas hujan turun



"Kami telah diturunkan hujan dengan limpah kurnia dan rahmat daripada Allah."




sumber: Al Bukhari 1/205, Muslim 1/83