Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Sunday 9 September 2012

Antara Penghalang terkabulnya Doa

1-Makan dan minum serta memakai barang yang haram.

2-Terburu2 (mahu cepat-cepat dimakbulkan doa)

3-Melakukan kemaksiatan dan perkara-perkara yang haram

4-Meninggalkan kewajipan-kewajipan yang telah Allah telah perintahkan.

5-Berdoa dengan doa yang mengandungi dosa atau memutus silaturahim.


Tips mendapat ilmu yang berkat


1.           Memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran guru.
2.           Mendiamkan diri sewaktu guru menyampaikan ilmu
3.           Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan guru.
4.           Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh didengari.
5.           Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
6.           Menghormati guru di hadapan dan dibelakangnya.
7.           Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
8.           Mendoakan kebaikan baginya.
 
 
 
sumber: Majalah Al Ustaz

Adab-adab dalam berdoa


 

1.          Memulakan dan menutup doa dengan hamdalah dan selawat ke atas Nabi s.a.w.

2.          Sentiasa berdoa sama ada ketika lapang atau sibuk.

3.          Merendahkan suara ketika berdoa.

4.          Merendah diri di hadapan Allah ketika berdoa.

5.          Selalu mengulang-ulang dan terus menerus berdoa kepada Allah

6.          Mengakui segala dosa yang dilakukan dan segala nikmat yang telah diberikan ketika berdoa.

7.          Tidak bersajak-sajak dalam berdoa.

8.          Mengulangi doa sebanyak tiga kali.

9.          Menghadap kiblat.

10.    Mengangkat kedua tangan ketika berdoa.

11.    Berwuduk sebelum berdoa sekiranya tidak menyukarkan.

12.    Berdoa sambil menangis kerana takut kepada Allah.

13.    Menampakkan di hadapan Allah bahawa dirinya benar-benar berhajat dan mengadu segala keluhan di hadapan Allah.

14.    Memulakan berdoa dengan dirinya, jika ingin berdoa untuk orang lain

15.    Tidak melampaui batas dalam berdoa

16.    Bertaubat dan menolak segala bentuk kezaliman

17.    Mendahulukan dengan mengerjakan amal-amal soleh (seperti sedekah, solat, zakat dan sebagainya) ketika mahu berdoa.

 

 
sumber: majalah al Ustaz

Friday 7 September 2012

Ujian dari Allah....

Doa Ketetapan Hati

Kelebihan Surah Al Kahfi pada hari Jumaat

 
 
 
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
 
1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”.
(HR Muslim 809)

Jagalah Lidah Kita...

Rahsia Zuhud Imam Hasan Al Basri

Sukan Kegemaran Rasulullah SAW

Saturday 1 September 2012

Ketahuilah Akhlak Kita...


Tips cara khusuk dalam berdoa



sumber : fatinhambahina.blogspot.com

Jika Kita Sayangkan Ibu & Ayah...




 
BACA DAN RENUNGKAN...JIKA KITA SAYANGKAN IBU DAN AYAH KITA...

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga

Fikir-fikirkanlah
 
 
 
sumber : lamanannur.blogspot.com

Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara..."



Ibrahim bin Adham, seorang ahli tasawuf yang masyhur, dikerumuni orangramai semasa beliau ke Pasar Basrah. Ada di antara mereka bertanya, mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya? Maka beliau menjawab, "Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara..."


10 Perangkap Syaitan

Erti Al Fatihah - VOU

Sunnah Sebelum Tidur


JIka Anda STRESS.......


Cara Hilangkan STRESS !!!!



sumber: muslimcomel

Biar Miskin hal Dunia Tapi Kaya Hal Akhirat




sumber : bidadari firdausi

Renungan : Surah Al Baqarah 216


sumber : Senyom Design Studio