Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Thursday 4 July 2013

Ikhtiar mengelakkan masalah Jantung, Darah tinggi, Diabetes

Ikhtiar mengelakkan masalah Janda Manis (Jantung, darah tinggi, kencing manis)

Penyakitan ini jika dibiarkan akan mengundang kepada permasalahan kerosakan buah pinggang. Maka, disarankan diamalkan sebaik-baiknya.

1) Telan minyak zaitun + Madu + Habbatus sawda, setiap pagi sebelum sarapan.

2) Minum Cuka Epal setiap kali selepas makan tengahhari (Jika mengidap masalah gastrik, disarankan campur dengan madu lebah)

3) Minum cuka kurma/ epal setiap kali sebelum tidur. Boleh juga digantikan dengan pati delima.

Kaedah ini amat sesuai kepada mereka yang ingin menguruskan badan, juga amat berkesan mengelakkan masalah PJK bagi kaum lelaki.

InsyaALLAH diselamatkan ALLAH dari penyakitan sedemikian dan sewaktu dengannya.



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com


IKHTIAR MENGHADAPI TEMUDUGA

SOALAN :

Assalam ustaz,nok tanyo,ado dok ayat2@doa@selawat@amalan yg boleh kita buat sebelum kita gi interview..saya lemoh benar bab gi interview ni..

JAWAPAN :

W’salam WMT, semoga rahmat ALLAH sentiasa berada dalam lingkungan kalian.

Adapun, berkaitan dengan soalan yang telah ditanya itu, ada dua permasalahan berlaku.

1) Masalah psikosis iaitu kebiasaan, berdasarkan ayat ‘saya lemoh benar bab gi interview ni’. Masalah ini dapat diselesaikan dengan cuba membuang perkataan atau kalimah interview dari pemikiran, make it natural, like nothing and simple.

2) Masalah kurang keyakinan diri. Masalah ini dapat diselesaikan dengan sentiasa memandang cermin dengan pandangan yang penuh yakin, insyaALLAH serba sedikit akan menyelesaikan masalah Tuan dari sudut psikologi.

Sementelah itu, jika mengikut kaedah pengubatan Islam. Sehari sebelum interview, adalah disarankan :
- Sediakan sebotol air (untuk diminum).
- Istighfar 21x
- Dibacakan dengan Surah Al Faatihah , dengan ulangan ayat ke -4 sebanyak 21x bersama dengan doa.
- Surah Al Kaafirun 7x, sambil tangan dikepal
- Surah Al Kautsar 7x, sambil tangan dibuka kepal.
- Selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W sebanyak 21x

Setelah itu, ditiup atau ditepuk atau dipandang secara makrifat atau dinazar cahaya atau apa-apa jua pada air.

Air tersebut diminum sebelum keluar dari rumah.

Pada hari interview, sebelum keluar rumah, dibacakan dengan Mujadilah : 21, sebanyak 7x sebelum masuk ke pejabat interview.

InsyaALLAH. Semoga peroleh akan kalian bantuan dari ALLAH dengan usaha-usaha ini.




Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 

                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com



IKHTIAR 'PAGAR' KENDERAAN ANDA


Pertamanya harus dipastikan terlebih dahulu, punca dan sumber perolehan kenderaan tersebut dari punca yang halal dan baik.

Setelah dipastikan semua itu, maka boleh diikhtiarkan kaedah yang akan dikongsikan nanti.

Kaedah ini, cukup sekali sahaja dibuat pada kenderaan milik kita, sama ada baru atau lama, cukup sekali sahaja. Jika lebih dari itu, bimbang akan meletup kenderaan tersebut.

Kaedahnya:

1) Sediakan satu baldi air bersih bersama dengan 'cetong' @ cebok @ apa-apa sahaja yang fungsinya untuk menyiram, pili bomba pun boleh..

2) Dibacakan pada air tersebut dengan Istighfar 11x (Doa, sambil bayangkan kenderaan), Selawat 21 (Doa, sambil bayangkan kenderaan), Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 3x dengan ulangan Wala Yaudhuhu Hifdzuhuma sebanyak 7x (Doa, sambil bayangkan kenderaan) pada setiap sekali ayatul Kursi, Al Isra' 45-46 3x (Doa, sambil bayangkan kenderaan), Al Ikhlas 3x, Al Falaq 1x, An Nas 1x.

3) Usai membacanya pada air, ditepuk perlahan 3x pada permukaan air di dalam baldi, tepukan pertama dibacakan lafadz SubhanALLAH, tepukan kedua AlhamduLILLAH, tepukan ketiga ALLAHu Akbar. Pada setiap kali tepukan, doa, mohon ALLAH lindungi kenderaan dari segala anasir bathil dan mara bahaya.

4) Selesai semuanya, air tadi disiramkan pada kenderaan, bermula dari tempat pemandu, iaitu bahu kiri ke arah kereta, seperti sedang tawaf kaabah. Siram keliling kenderaan sehingga bertemu semula tempat bermula tadi.

Lebihan air, disiram pada bahagian hadapan kenderaan, belakang kenderaan, bawah kenderaan dan atas bumbung kenderaan.

InsyaALLAH, semoga dilindungi ALLAH akan kenderaan kalian. Selamat berikhtiar.



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)

 

RENUNGAN BERSAMA - MASALAH RUMAHTANGGA

BILA?

"Ustaz, rumahtangga saya selalu tak tenang, saya dengan isteri kerap bergaduh, pasal hal yang kecil pun boleh bergaduh, kadang-kadang hal yang tak masuk akal, pun boleh bergaduh. Saya dah pening, saya dah jumpa ramai USTAZ, semua kata saya ADA SAKA, saya dah jumpa dengan ramai orang, untuk buang saka saya nie, dah buang sana sini, tapi rumahtangga macam tu juga, jiwa selalu tak tenang, degil betul ya saka saya nie ye ustaz? Ustaz boleh tolong buang tak saka saya?"

Soalan dari sang faqir kepada kedua-dua mereka:

SUAMI
1) Bilakah kali terakhir mandi bersama?
2) Bilakah kali terakhir Solat Berjemaah bersama?
3) Bilakah kali terakhir Mengaji Al Quran bersama isteri?
4) Bilakah kali terakhir memeluk isteri dari belakang sewaktu isteri membuat kerja rumah?
5) Bilakah kali terakhir menyuap isteri makan?
6) Bilakah kali terakhir mengusap belakang isteri?
7) Bilakah kali terakhir memegang tangan isteri? Bilakah kali terakhir mengucapkan I Miss You pada isteri?
9) Bilakah kali terakhir memberi hadiah kepada isteri?

ISTERI
1) Bilakah kali terakhir 'iron' baju suami tanpa diminta suami?
2) Bilakah kali terakhir mengurut kaki suami tanpa permintaannya?
3) Bilakah kali terakhir makan bekasan suami?
4) Bilakah kali terakhir memicit bahu suami tatkala suami sedang menonton televisyen?
5) Bilakah kali terakhir memohon maaf kepada suami walau tidak buat salah?
6) Bilakah kali terakhir memandang wajah dan.mata suami dengan senyuman manis?
7) Bilakah kali terakhir mengucapkan I Love You pada suami? Bilakah kali terakhir menerima hadiah dari suami?
9) Bilakah kali terakhir meng'Aamiin'kan doa yang keluar dari mulut suami?

Kalian yang membaca boleh menilai persoalan tersebut kepada diri sendiri...

Cumanya sang faqir hendak ulas sedikit perihal USTAZ yang mudah membuat telahan atau dakwaan yang akan mengelirukan pesakit malahan akan menambahkan lagi masalah mereka.

Bayangkan tatkala mereka bertengkar, si suami akan ucapkan, 'ini SAKA awak punya pasallah nie.
Si isteri akan balas semula, 'saka awak pun apa kurangnya'

Persoalannya sampai bila masalah menyalahkan saka ini akan berlarutan?
Kesudahannya mereka akan berkata, 'kami selalu bergaduh kerana saka kami tak ngam'

Aduhai... para USTAZ atau yang menggelar diri sebagai 'perawat Islam', tolong jaga ETIKA, atau perlukah sang faqir terangkan apa itu ETIKA PERAWAT? Rasanya tidak perlu, antum sudah maklum akan hal tersebut, tetapi kenapa masih di'langgar'?

Ketahuilah bahawa, belaian dan usapan suami pada belikat dan ubun-ubun isteri dengan penuh kasih sayang walau sekejap, akan menghilangkan tekanan mereka selama mana sebelum belaian atau usapan itu dilakukan.

Fahamilah, urutan lembut pada kaki suami oleh isteri, biarpun sebentar saja, akan membuatkan suami hilang segala beban yang dipikul seharian bekerja.

Sebagai suami isteri, kedua-dua pihak perlu memahami psikologi serta jiwa masing-masing.

Kepada suami, ayuh cuba contohi cara Sayyiduna RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam menyantuni isteri-isteri Baginda Al Mustofa SallALLAHu Alaihi Wassalam.

Kepada isteri, cuba sebaik mungkin mencontohi akhlak Sayyiditina Khadijah Al Kubra dalam melayani Sayyiduna RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam. InsyaALLAH bahagia rumah tangga.

Jangan terlalu mengikat diri dengan perihal mistik sehingga terlepas pandang pada perkara yang lebih Realistik.



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)

Friday 26 April 2013

Bilik Rawatan Bekam AsSyifa Nur Hikmah




Sesiapa yang berada di sekitar Ipoh, Pengkalan, Lahat, Perak ingin datang berbekam, sila buat temujanji terlebih dahulu.

Sila hubungi : 
010- 536 6990 (Jurubekam Lelaki) , 
010- 505 3575 (Jurubekam Wanita)


Alamat:

Pusat Terapi AsSyifa Nur Hikmah
15 Laluan Lapangan Perdana 2,
Panorama Lapangan Perdana,
31650 Ipoh. Perak
 email: assyifanurhikmah@gmail.com






Saturday 20 April 2013

HARI TERBAIK UNTUK BERBEKAM HAMPIR TIBA

Hari terbaik untuk Berbekam.

Waktu terbaik untuk servis tubuh kita. Sila hubungi Ahli-Ahli Bekam yang berhampiran dengan anda untuk buat temujanji.

Sekiranya anda berada di sekitar kawasan Ipoh, Perak boleh buat temujanji dengan saya.
 sila lawati http://assyifanurhikmah.blogspot.com untuk maklumat lanjut.


peralatan bekam yang digunakan


 

Saturday 9 March 2013

DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP




Bagus diamalkan untuk.... a) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh b) Hati yang tertutup untuk melakukan amal jariah c) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat d) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup e) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup f) Hati yang tertutup untuk berkahwin




Friday 1 February 2013

Berkat Hari Jumaat Penghulu segala Hari

Untuk Murah Rezeki dan hapuskan dosa

Berikut adalah amalan daripada guru saya.

saya telah amalkannya. hasilkan amat menakjubkan.

kita amalkan sama-sama ye. Ambil berkat Jumaat Penghulu segala hari.


selepas solat fardhu jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam).
Insya-Allah di ampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan aman sehingga jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga Insya-Allah.

bacalah
1) Subhanallahi wabihamdihi 1 kali
2)Surah Al-Fatihah 7 kali,
3) Surah Al-Ikhlas 7 kali
4) Surah Al-Falaq 7 kali
5) Surah An-Nas 7 kali 




 maklumat lanjut: http://assyifanurhikmah.blogspot.com/





Monday 28 January 2013

Doa Mustajab Pelindung Daripada Kecurian

Oleh  Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din 

 

 

Bagi Mengembalikan Barang Hilang

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


 Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.
 
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.





3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.




Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dari sumber : Darussyifa’







Sunday 27 January 2013

Amalan Pembuka Khazanah Rezeki

Bagi sesiapa yang  menghadapi masalah kewangan, kesempitan hidup dan hutang keliling pinggang.   

Dapatkan buku Amalan Pembuka Khazanah Rezeki yang menghimpunkan beberapa amalan ampuh lagi mustajab.

Ilmu amalan ini telah diperturunkan dari turun-temurun daripada Alim Ulama Silam dan juga Tok Guru Pondok di Nusantara.

Amalan yang ampuh ini telah terbukti keberkesanan oleh setiap yang mengamalkannya.




Antara ilmu yang akan diijazahkan dalam buku amalan ini adalah:


1) Menarik Rezeki Dari 4 Penjuru Alam.

Suatu kaedah yang amat mudah dan sederhana pengamalannya.Tidak perlu berpuasa, jampi mentera, meditasi, olah nafas atau zikir yang panjang. Dengan izin Allah dalam tempoh 41 hari pengamalan atau tempoh lebih singkat akan tercapai hajat duniawi khusus pada urusan kerezekian. Inilah dia kaedah kerohanian yang ampuh telah dibuktikan oleh pengamalnya.




2) Pembuka rezeki dengan Selawat Nabi  



Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat sebanyak 70 yang sentiasa berjalan/bertebaran di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam daripada umatku. Apabila ada seseorang umatku yang membaca selawat untukku dalam sehari 100 kali, maka Allah mengabulkan 100 hajatnya; 70 di antara hajat itu di akhirat & 30 di dunia."


Amalan ini amat mudah tapi kesannya amat besar. Ketahui kaedahnya....

3) Riadah untuk melancarkan rezeki, Menambah Harta, Mendapat yang Tinggi dan Mendapat Keperluan Duniawi.


Ketahui Amalan harian yang amat mudah mengikut keperluan masing-masing serta kemampuan anda.

4) Amalan Solat Sunat untuk melunaskan Segala Hutang.


Sekiranya anda menghadapi masalah hutang yang bertimbun dan sukar untuk membayarnya kerana kesempitan hidup maka usahalah meminta pertolongan Allah SWT dengan kaedah solat ini. Dengan izin Allah, Anda akan menemui jalan keluar bagi melunaskan segala hutang dalam tempoh yang singkat.


5) Penderas rezeki dengan Solat Hajat.


Kaedah mempercepatkan rezeki dan segala hajat dengan mengerjakan solat sunat hajat.

6) Rahsia Memanggil Rezeki yang tak disangka-sangka
Amalan harian yang mudah dengan ayat 1000 dinar dan amalan asma ul husna.

7) Kaedah menarik Rezeki yang berlimpah ruah serta berkat.
  
  
8) 20 Amalan Murah Rezeki 


AMALAN BONUS - KHAS UNTUK TINGKAT GURU

9) Ilmu Membuah Wang Ghaib

10) Kaedah Menarik Tender/ Bisnes / Proposal dan lain-lain rezeki. 
 
 

Ilmu amalan ini boleh diperolehi secara online atau hadir…

Setelah anda membeli buku amalan ini, anda boleh memilih ilmu yang diperlukan mengikut kemampuan anda.  Saya telah mengamalkan ilmu secara istiqamah dan terbukti dengan izin dan rahmat Allah, kini rezeki saya tak putus-putus mengalir ke kocek saya. 

Dan kini saya kongsikan ilmu ini kepada anda yang memerlukan.



Harga buku amalan ini amat berpatutan berbanding dengan rezeki yang akan anda perolehi akan datang.


Miliki Buku Amalan ini yang akan merubah kehidupan anda dalam tempoh yang singkat.  Biiznillah 


Tingkat Biasa: RM100  RM 50
Tingkat Guru: RM200  RM100




Jika anda berminat memiliki kitab ini boleh transfer ke Maybank akaun
108 010 963 934
(Rostam Abdul Rahman).Selesai bank in sila sms butiran, jumlah, tarikh ,jam ,email dan nama penuh anda ke email: assyifanurhikmah@gmail.com untuk bukti pembayaran.


atau layari: http://assyifanurhikmah.blogspot.com



Nota:

Ilmu tingkat biasa - ilmu yang ijazahkan untuk kegunaan diri sendiri sahaja.
Ilmu Tingkat Guru - Ilmu yang ijazahkan untuk kegunaaan diri sendiri dan anda juga boleh mengijazahkannya kepada orang lain.





Saturday 15 December 2012

Saintis Temui Pasak Bumi

Saintis Temui Pasak Bumi (Bukti Kebenaran Al-Quran)



Naica Giant Crystal Cave


Assalamualaikum dan salam pembaca, pernahkah anda membaca terjemahan ayat -ayat suci ini.



Allah SWT berfirman (maksud):



"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)" (Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)



Allah SWT berfirman (maksud):


"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)



Dan Allah SWT berfiman juga berfirman (maksud):



"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu." (Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)



dalam sesetengah tafsir disebut


”Dan Dia menancapkan gunung-gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak berguncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”



Sebagai orang islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul.Sekarang tengok gambar ni pula.
Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang terletak di Naica Mexico, gua ini dipenuhi dengan batu-batu kristal yang berbentuk seperi pasak atau pancang seperti yang biasanya dipasang pada bangunan bangunan besar ada yang sampai dengan 12 meter panjang. Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai.

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave


Dikatakan sejak penemuan gua bawah tanah ini sudah ramai saintis seluruh dunia yang datang untuk melakukan kajian.



Pengarang buku The Earth" ("Bumi"). yang menjadi rujukan di banyak universiti-universiti di seluruh dunia. Dr. Frank Press. (Beliau juga pernah menjadi penasihat sains kepada bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter).



"Menyatakan bahawa gunung-ganang hanyalah sebahagian daripada sebuah ‘binaan yang besar’ dimana akarnya memanjang jauh ke dalam perut bumi. Dr. Press menulis lagi bahawa gunung-gunung sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi." Inilah yang diperkatakan oleh Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.
Gambar 7. Gunung-gunung memiliki akar yang dalam di bawah permukaan tanah. (Earth, Press dan Siever, hal. 413)
Gambar 7. Gunung-gunung memiliki akar yang dalam di bawah permukaan tanah. (Earth, Press dan Siever, hal. 413)
Gambar 8. Bagan potongan melintang. Gunung-gunung, sebagaimana pasak, memiliki akar yang menghunjam di bawah tanah. (Anatomy of the Earth, Cailleux, hal. 220)
Gambar 8. Bagan potongan melintang. Gunung-gunung, sebagaimana pasak memiliki akar yang menghunjam di bawah tanah. (Anatomy of the Earth, Cailleux, hal. 220)

Subahanallah,benarlah firman Allah Yang Maha Kuasa.

Bukti penemuan sainstis ini, Lihatlah semua 5 video dibawah :








Saturday 8 December 2012

Tanda Khatamun Nubuwwah

RINGKASAN ULASAN :  




Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a. dikemukakan:
“saudara ibuku membawa aku untuk menemui Nabi s.a.w., lantas ia berkata kepada Rasulullah s.a.w.: ,’ anak saudaraku ini sakit.’

Ketika itu, Rasulullah s.a.w. menyapu kepalaku (as-Sa’ib), mendoakan keberkahan untukku dan berwudhu. Air sisa wudhu’nya lalu kuminum. Setelah itu, aku berdiri di belakangnya; aku memandang kepada khatam (tanda) yang terletak di antara kedua bahunya. Ternyata, khatam itu sebesar telur burung dara.”

(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dari Hatim bin Ismail, dari Ja’d bin ‘Abdurrahman yang bersumber dari Sa’ib bin Yazid r.a.)

dari Jabir bin Samurah r.a. mengemukakan perihal Khatamun-Nabi sebagai berikut:
“Aku pernah melihat khatam (kenabian)… Ia terletak di antara kedua bahu Rasulullah s.a.w. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung dara.”

(Riwayat Sa’id bin Ya’qub at-Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah r.a.)

Seorang wanita bernama Rumaitsah bercerita kepada cucunya, iaitu Ashim bin ‘Umar r.a. sebagai berikut:
“Waktu aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, aku duduk berdampingan dengan beliau s.a.w., begitu dekatnya, seandainya aku mahu mengucup tanda kenabian yang terletak di antara kedua bahunya, tentu dapat kulakukan.

Adapun, sabda beliau yang ditujukan kepada Sa’ad bin Mu’adz di kala meninggal dunia ialah: ‘bergoncang Arasy Allah yang Maha Rahman kerananya (kerana kematian Sa’ad).’”

(Riwayat Abu Mush’ab al-Madini, dari Yusuf bin al-Majisyun, dari bapanya, dari ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah yang bersumber dari neneknya, iaitu Rumaitsah)

Ibrahim bin Muhammad pernah mendengar salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata:
“Apabila ‘Ali k.w. menceritakan sifat Rasulullah s.a.w., maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata: ‘Di antara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para Nabi.’”

(Riwayat Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin ‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w.)

Dalam suatu riwayat, Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri mengadakan dialog dengan Abu Zaid ‘Amr bin Akhthab al-Anshari r.a. sebagai berikut:
“Abu Zaid berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: ‘Wahai Abu Zaid mendekatlah kepadaku dan usaplah belakang tubuhku.’
Maka belakang tubuhnya kuusap, dan terasa jari jemariku menyentuh Khatam. Aku (Alba’ bin Ahmar al-Yaskuri) bertanya kepada Abu Zaid: ‘Apakah khatam itu?’
Abu Zaid menjawab: ‘Kumpulan bulu-bulu.’”

(Riwayat Muhammad bin Basyar, dari Abu ‘Ashim dari ‘Uzrah bin Tsabit, yang bersumber dari Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri)

Abu Buraidah r.a. menceritakan tentang pengalaman Salman al-Farisi sebagai berikut:
“Salman al-farisi datang membawa baki berisi kurma kepada Rasulullah s.a.w. (sewaktu ia baru tiba di Madinah). Baki itu diletakkannya di hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Wahai Salman! Apa ini?’
Salman menjawab: ‘Ini sedekah buat anda dan sahabat anda.’
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Angkatlah ini dari sini, kami tidak makan sedekah.’
Baki itu pun diangkat oleh Salman. Keesokan harinya, ia datang lagi dengan membawa makanan yang serupa dan diletakkan di hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘ Apakah ini wahai Salman?’
Salman menjawab: ‘ Ini adalah hadiah buat tuan.’
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya: ‘HIdangkanlah!’
Kemudian Salman memperhatikan Khatam yang terletak di belakang Rasulullah s.a.w. (bahagian belakang badannya sebelah atas) maka ia pun (Salman) menyatakan keimanannya kepada Beliau. Salman r.a. adalah budak seorang Yahudi, maka oleh rasulullah s.a.w. ia dibeli dengan beberapa dirham, yakni dengan cara mengupah menanam pohon kurma. Salman bekerja di kebun itu sampai pohon-pohon kurman itu berbuah. Rasulullah s.a.w. membantunya menanam pohon-pohon itu. Di antaranya ada sebatang pohon yang ditanam ‘Umar r.a.
Pohon-pohon itu tumbuh dengan subur, kecuali sebatang pohon yang mati.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Kenapa pohon yang satu ini?’
Umar r.a. menjawab: ‘Wahai Rasulullah, sayalah yang menanamnya.’
Rasulullah s.a.w. pun mencabutnya, kemudian menanaminya lagi, dan tumbuhlah dengan baik.”

(Riwayat Abu ‘Ammar bin Harits al-Khuza’i, dari ‘Ali bin Husein bin Waqid, dari ‘Abdullah bin Buraidah, yang bersumber dari Abu Buraidah r.a.)

Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:
Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah s.a.w.
Ia menjawab: ‘ Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yang menyembul.”

(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)

‘Abdullah bin Sirjis menceritakan pengalamannya tatkala bersama Rasulullah s.a.w.:
Aku datang menghadap Rasulullah s.a.w. sewaktu beliau sedang berada di antara sahabat-sahabatnya. Aku berkeliling sedemikian rupa di belakangnya. Rupanya beliau mengerti apa yang kuinginkan, maka beliau melepaskan selendang dari belakangnya, kemudian terlihatlah olehku tempat Khatam Kenabian yang berada di antara kedua bahunya sebesar genggaman tangan, di sekitarnya terdapat tahi lalat, seakan-akan kumpulan jerawat. Sebelum aku kembali, aku menghadap dulu kepada Rasulullah s.a.w., kemudian kukatakan:
‘Wahai Rasulullah, semoga Allah s.w.t. melimpahkan maghfirah-Nya kepada tuan!’
Beliau pun menjawab:
‘Bagimu juga.’
Orang-orang (yang berada) ketika itu bertanya:
‘Apakah Rasulullah s.a.w. memohonkan ampunan untukmu?’
Ia menjawab:
‘Ya, dan juga untuk kalian!’
Kemudian, ia membaca ayat yang bermaksud:
“Dan mohonlah ampun kerana dosamu dan mohonlah ampun untuk orang-orang Mu’min, lelaki dan perempuan.” (Muhammad:19)
(riwayat Ahmad bin al-Muqaddam ‘Abul Asy’ats al-’Ajali al-Bashri, dari Hammad bin Zaid dari ‘Ashim al-Ahwal, yang bersumber dari ‘Abdullah bin Sirjis).
Semoga maklumat yang disebarkan ini dapat menambahkan kefahaman dan kecintaan kita  bersama tentang kelebihan dan kemuliaan sifat peribadi Rasulullah SAW  .



sumber petikan dari  (http://salafytobat.wordpress.com )

Friday 7 December 2012

Rahsia Al Fatihah -Amalan Wali Sembilan

Sekiranya kita memerhatikan benar-benar amalan mereka memang menggerunkan kita. bilamana mereka telah berniat untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui perubatan, mereka saban malam berzikir al fatihah berulang kali tanpa henti-henti , dengan bilamana tiba kepada ayat :


إياك نعبد وإياك نستعين


mereka terus berniat di tunaikan hajat mereka untuk menyembuhkan sakit pesakit.


ada juga guru-guru mereka yang soleh mengajar berdoa bilamana tiba pada ayat:


إهدنا الصراط المستقيم



mereka terus berniat di sembuhkan penyakit


Bayangkan kesungguhan mereka yang tinggi, walaupun dengan amalan yang kita katakan pada hari ini cukup mudah, datanglah keberkatan yang akhirnya membawakan amalan mereka kepada mustajab.











sumber: http://warisansunankalijaga.blogspot.com



 

Hikmah Al Fatihah 2

Surah al-Fatihah:
-Membaca Fatihah kitab (al-Quran) mendapat pahala seperti membaca sepertiga al-Quran.
-Amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu’ dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya-Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan; di samping itu dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang merosakkan.
-Amalkan membaca al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca Surah al-Ikhlas tiga kali, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas, insya-Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
-Bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik, termasuk untuk mendapat kenaikan pangkat/darjat, untuk mendapat rezeki yang lumayan dari keadaan fakir, untuk dapat menyelesaikan hutang, untuk menyembuhkan penyakit, agar anak menjadi soleh dan berbagai hajat lagi, maka hendaklah memohon kepada Allah s.w.t. dengan membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali setiap hari. Waktunya ialah antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh. Amalkan amalan ini sehingga 40 hari, insya-Allah hajat kita akan di kurnia Allah s.w.t.
-Amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap lepas solat fardhu, insya-Allah akan memperolehi rezeki yang lumayan, pangkat/darjat yang baik di sisi masyarakat, baik akhlak. Mudah dalam urusan hidupnya dan kaum keluarga mendapat perlindungan Allah s.w.t.
-Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali semasa makan sahur malam. Insya-Allah akan dimakbulkan Allah s.w.t.
-Setengah ulama menganjurkan membaca al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap lepas solat Maghrib dan sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah s.w.t. Insya-Allah hajatnya akan termakbul.
- Baca al-Fatihah sebanyak 41 kali, insya-Allah dapat mengubati sakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

          “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkaubukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab‘Qaddasallaahusirrahu’
 
 
 
 
dari sumber: http://aura-hikmah.blogspot.com