Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label Doa Khas. Show all posts
Showing posts with label Doa Khas. Show all posts

Monday 28 January 2013

Doa Mustajab Pelindung Daripada Kecurian

Oleh  Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din 

 

 

Bagi Mengembalikan Barang Hilang

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


 Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.
 
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.





3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.




Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dari sumber : Darussyifa’







Tuesday 20 November 2012

Doa Agar Hilang Keinginan Untuk Berzina


Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

  Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.


Bacakan ke atas anak ketika dia sedang tidur dengan meletakkan tangan anda di atas dadanya (anak lelaki) dan tempat yang sesuai (anak perempuan).

Renungan Hadis

Daripada Abu Umamah r.a beliau bercerita: Suatu hari seorang pemuda datang kepada Nabi SAW, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah izinkan
saya berzina. Lalu para sahabat yang hadir menoleh kepada pemuda itu dan mencemuhnya. Lalu Rasulullah SAW memanggilnya: Mari dekat sini. Dia pun duduk dekat Rasulullah.
Rasulullah berkata: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu kamu?
Pemuda itu menjawab: Tidak, demi Allah, Moga Allah menjadikan aku tebusanmu (iaitu sekiranya engkau ditawan, aku rela jadi tebusanmu).
Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu mereka. Baginda bersabda lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada anak perempuanmu? Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu.
Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada anak-anak perempuan mereka. Baginda bersabda lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada saudara perempuan kamu? Pemuda itu menjawab: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu.
Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka. Rasulullah berkata lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu saudaramu (sebelah ayah)?
Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu.
Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka. Rasulullah berkata lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu saudaramu (sebelah ibu)?
Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu.
Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka. Kemudian Rasullullah meletakkan tangannya di (dada) lelaki itu dan berdoa: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Sesudah itu pemuda tersebut berpaling ( tidak berkeinginan) untuk berzina.

Riwayat Ahmad
 
 
sumber : majalah Solusi

Wednesday 28 March 2012

Doa ketika mendengar salakan anjing waktu malam

"Apabila kamu mendengar salakan anjing maka pohonlah perlindungan dengan Allah daripada kerana sesungguhnya ia telah melihat sesuatu yang kamu tidak lihat."

Doa ketika mendengar kokokan ayam dan laungan keldai

"Apabila kamu mendengar kokokan ayam maka pohonlah rahmat daripada Allah kerana sesungguhnya ia telah melihat malaikat.

Apabila kamu mendengar surai keldai maka pohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan kerana sesungguhnya ia telah melihat."



sumber: Riwayat Al Bukhari dan Muslim 4/2092

Tuesday 6 March 2012

Doa ketika kita ditimpa musibah

"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali, Ya Allah, Berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya."


sumber: Riwayat Muslim 2/632

Doa dan Kelebihan ziarah orang sakit

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya."


sumber: Riwayat At Tirmizi 1/286, Ibnu Majah 1/244 dan Ahmad




"Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya Allah."


sumber: Riwayat A Bukhari 10/118


dan




"Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung supaya menyembuhkan engkau."  baca 7 kali


sumber: Riwayat At Tirmizi 2/210

Doa ketika menutup mayat





"Ya Allah, ampunilah (sebut namanya..) , angkatlah martabatnya di kalangan orag-orang yang diberi hidayah, gantilah dia selepas pemergianya, ampunilah kami dan dia wahai Tuhan Sekelian Alam, perluaskanlah kuburnya dan sinarilah cahaya di dalam kuburnya."




sumber: Riwayat Muslim 2/ 634

Doa ke atas musuh



"Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang pantas perhitungannya, kalahkanlah kumpulan kafir. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan goncangkanlah kedudukan mereka."

sumber : Riwayat Muslim 3/ 1362




"Ya Allah, lindungilah aku daripada kejahatan mereka dengan sesuatu yang Engkau kehendaki"



sumber : Riwayat Muslim 4/ 2300

Doa ketika berhadapan dengan musuh

" Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka."




sumber: Abu Daud 2/89

Saturday 3 March 2012

Doa ketika lulus cemerlang dalam peperiksaan

"Maha Suci Allah, Ya Allah ampunilah aku, sesungguhnya Engkaulah Pemberi Kurnia"




sumber: Riwayat Al Hakim 1849

Doa Memohon kejayaan


"Ya Allah, aku memohon kepada Mu kemurnianiman dan akhlak terpuji, serta kecemerlangan yang disertai kejayaan dan aku memohon curahan rahmat, kesihatan, pengampunan dan keredhaan daripadaMu."



sumber: Riwayat Al Hakim no 1919

Doa agar memudahkan menghadapi peperiksaan


"Ya Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau mengkehendakinya."


sumber: Ibnu Hibban 974

Doa agar anak mudah menghafal pelajaran



" Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahan, pilihlah kami jangan Engkau biarkan dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami"



sumber: Riwayat At Tirmizi 3173

Monday 27 February 2012

Doa Ketika Kemarau

Surah Ash-Shuraa  ayat 28




28) Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.

Doa para malaikat untuk orang bertaubat dan mengikuti jalan al-Qur'an

Surah Ghafir ayat 7-9








7) "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.

8) "Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

9) "Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)".

Doa Nabi Lut - Agar Selamat Dari ahli Maksiat

Surah Al Shu'ara'  ayat 169





169)"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."

Doa Penawar segala penyakit

Surah Al Mu'minun ayat 115 - 118






115) "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

116) Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.

117) Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.

118) Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"




Al-Hakim, Abu ya’la, Ibn abi Hatim, Ibn sunni dan al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa beliau telah membacakan ayat-ayat ini ke telinga seorang pesakit, lalu sembuhlah dia. Nabi s.a.w. telah bertanya kepadanya: “Apakah yang dibacanya itu?” Beliau menjawab: “ayat-ayat terakhir daripada surah al-Mu’minun.” Nabi bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada pada tangan-Nya, jika dibaca oleh seseorang kamu dengan yakin kepada gunung nescaya akan pecah gunung itu.” (ad-Durrul Manthur, tafsir ayat 115-118, surah al-Mu’minun)

Sunday 26 February 2012

Doa memohon tempat yang berkat

Surah Al Mu'minun ayat 29





29)  Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ' "