MINYAK ZAITUN DAN KANSER PAYUDARA
Kanser payudara adalah kanser yang amat ditakuti oleh kaum wanita.
Amalan pemakanan yang baik dan seimbang juga aktiviti menyusukan bayi
sehingga 2 tahun merupakan faktor yang dapat melindungi wanita dari
kanser ini.
Minyak zaitun ‘extra virgin’ telah dikaji
sebagai suatu bahan yang boleh melambatkan pertumbuhan sel kanser. Dalam
kajian yang diterbitkan dalam Jurnal BioMed Central yang diketuai oleh
Javier A. Menendez, PhD, dari Catalan Institute of Oncology di Girona,
Spain mendapati bahawa komponen secoiridoids dan lignans di dalamnya
telah dikaji berupaya membunuh sel-sel kanser yang mempunyai reseptor
Her-2, iaitu reseptor yang diekspresikan pada sesetengah sel kanser
payudara. Apa yang paling penting adalah minyak zaitun tersebut haruslah
dari perahan sejuk dan tidak ditapis agar kandungan komponen
fitokimianya sentiasa wujud dan tidak dirosakkan oleh pemprosesan haba
dan penapisan..
Walaupun kebanyakan doktor ortodoks Amerika
meragui penemuan ini kerana bagi mereka untuk sel2 kanser yang tidak
mempunyai reseptor Her-2, ianya tidak akan berkesan, namun bagi saya
komponen-komponen lain yang hebat di dalam minyak zaitun seperti
polyphenol nya yang bersaiz kecil tetap menguatkan sistem imun dan
sistem imun yang kuat akan menggerakkan homeostasis tubuh untuk melawan
sel asing(kanser).
Lagipun sel kanser bertumbuh di dalam badan
seseorang yang berimuniti rendah dan tidak mampu bertindakbalas dengan
ancaman sekitaran. Sebuah kajian klinikal yang diketuai oleh seorang
pakar onkologi, Dr Tejal Patel, sedang dijalankan di Houston Methodist
Cancer Centre, Amerika Syarikat. Dalam kajian ini mereka mengkaji kesan
pengambilan hydroxytyrosol terhadap tahap densiti payudara pada rajah
mamografi. Selama ini diketahui bahawa tahap densiti payudara yang
tinggi memberi risiko yang lebih untuk mendapat kanser payudara. Melalui
kajian preliminari yang telah dilakukan, mereka mendapati pengambilan
hydroxytyrosol mengurangkan tahap densiti payudara.
Sementara itu di Sepanyol, sebuah universiti di Bercelona sudah selesai
menjalankan kajian yang menunjukkan penggunaan minyak zaitun dapat
merencat aktiviti oncogene p21Ras yang memainkan peranan dalam kanser
payudara, menggalakkan kemusnahan sel tumor dan melindungi DNA sel dari
musnah. Penemuan-penemuan ini sudah cukup membuktikan yang pengambilan
minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan risiko pembentukan kanser
payudara. Pencegahan adalah lebih utama dari merawat.
Pati Minyak Zaitun Olive House boleh didapati
di Pusat Terapi Assyifa Nur Hikmah,
hubungi/ whatsapp : 010-536 6990
Showing posts with label Pati Minyak Zaitun. Show all posts

Friday, 29 August 2014
MINYAK ZAITUN DAN KANSER USUS
MINYAK ZAITUN DAN KANSER USUS
Alhamdulillah , syukur pada Allah kerana sifat pengasih dan penyayang Nya menyebabkan kita dikurniakan pelbagai nikmat hasil dari penciptaanNya. Maka tidak perlu kita berpalin
g lagi dan mencari ciptaan manusia kerana sudah tentunya kesembuhan itu milik Allah sama ada secara terus dariNya atau hasil ciptaanNya dengan izinNya.
Minyak zaitun sememangnya suatu keajaiban yang telah diabaikan hampir 100 tahun terutamanya oleh masyarakat Melayu. Sedangkan ianya jelas dipilih oleh Allah untuk dinyatakan dalam Quran yang mulia. Maka dengan pengabaian ini, rugilah seluruh tubuh ciptaan Allah ini tanpa disirami nikmat khasiat yang ada dalam minyak zaitun.
Minyak zaitun adalah suatu khasiat yang sangat diperlukan oleh saluran penghadaman dan dari saluran penghadaman ini jugalah bermulanya semua penyakit. Maka dari situ jugalah bermulanya kesembuhan.
Kandungan sebatian phenol yang pelbagai di dalamnya atau disebut polyphenol merupakan adunan khas kombinasi phenol oleh Allah yang maha Mengetahui untuk kesihatan sel manusia. Apabila minyak yang mulia ini bersentuhan dengan mukosa usus kita, proses penyembuhan terus bermula.
Kanser usus adalah kebanyakannya disebabkan faktor makanan proses yang merosakkan vilus-vilus pencernaan dan juga pengambilan ubat-ubatan contohnya antibiotik yang memusnahkan bacteria baik di daalm usus seterusnya mengganggu keseimbangan ekologi dalaman usus. Bila ekologi ini terganggu, biasanya pesakit akan mendapat cirit birit yang kerap atau pun masalah sembelit. Masalah ini sekiranya diatasi dengan pengambilan ubatan kimia yang bersifat simptomatik tanpa melakukan perubahan dalam pemakanan, akan menerukkan lagi keadaan. Antara gejala kanser usus adalah berak berdarah, menurunnya berat badan, masalah penyerapan dan hilang selera makan.
Minyak zaitun sudah dibuktikan sebagai pemakanan yang dapat membantu penderita kanser usus dan jika disinergikan dengan madu dan habbatus sauda, hasilnya amat memberangsangkan.
Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Ulster, Ireland diketuai Dr Gill, mendapati kandungan polyphenol dalam minyak zaitun menyebabkan sel terlindung dari kerosakan DNA dan apabila diuji ke atas sel kanser usus, ianya mengurangkan pembahagian sel kanser dalam pelbagai peringkat(anti-promoter effect in carcinogenesis pathway).
Mungkin ramai di antara kita yang sedang mempunyai kanser tetapi masih di peringkat awal dan tidak menunjukkan gejala. Untuk kanser peringkat ini, ianya amatlah sukar untuk dikesan oleh doktor dengan pasti. Maka adalah lebih baik kita mengamalkan minyak zaitun setiap hari sebagai langkah pencegahan yang tentunya lebih utama dari perawatan.
Kajian yang dilakukan manusia memberi bukti yang kukuh dan mengangkat martabat minyak zaitun di mata manusia. Namun bagi manusia yang telah yakin 100% dengan kata2 Allah, beramallah dengan minyak zaitun setiap hari dan jadikan ia senjata untuk melawan serangan penyakit yang semakin parah di zaman ini.
Wallahu A’lam

MINYAK ZAITUN DAN DARAH TINGGI
MINYAK ZAITUN DAN DARAH TINGGI
Darah tinggi adalah suatu diagnosis yang diberikan oleh doktor perubatan moden sekiranya tekanan darah mencapai atau melebihi bacaan 140/90mmHg dalam 2 bacaan berlainan yang diambil sekurang-kurangnya dalam sela masa 6 jam. Apa sebenarnya yang berlaku dalam tubuh adalah sistem pengawalaturan tekanan darah telah terganggu. Sistem jantung dan aliran darah sepatutnya bekerja dalam satu sistem yang terkawal dan mengekalkan tekanan darah pada paras normal tidak kira apa juga aktiviti yang dilakukan.
Namun apa yang terjadi dalam penghidap darah tinggi, terdapatnya gangguan dalam aliran darah sama ada salur darah hilang kekenyalan, komponen darah menjadi pekat atau kemusnahan salur darah-salur darah mikro atau kecil yang membekali sel. Biasanya sel buah pinggang yang terlibat bila mana sel nefron(buah pinggang) menerima kurang bekalan darah, sel juxtaglumerular akan merembeskan sejenis bahan yang dipanggil renin agar tekanan darah dinaikkan seterusnya bekalan darah kepada sel nefron tadi dapat dipenuhi. Ini adalah respon tindakbalas biasa. Cuma , apabila keadaan tidak dibaiki dengan pemakanan yang memudaratkan, aliran darah akan semakin teruk dan seterusnya tekanan darah akan semakin tinggi dan boleh menyebabkan stroke.
Minyak zaitun mempunyai antioksida yang tinggi dalam bentuk polyphenol yang boleh meneutralkan radikal bebas yang banyak berlegar dalam aliran darah. Radikal bebas ini boleh memusnahkan sel salur darah seterusnya mengganggu penukaran bahan ke sel untuk proses penyembuhan. Apabila radikal bebas telah dihapuskan , maka aliran darah menjadi lancer dan pertukaran bahan nutrisi kepada sel juga akan menjadi normal dan kesembuhan sel berlaku. Lama- kelamaan tekanan darah akan menjadi normal kembali apabila sel nefron telah menerima bekalan darah yang cukup. Namun , bagi kes darah tinggi di usia muda, sebab-sebab lain haruslah dikaji contohnya wujudnya tumour di buah pinggang, masalah endokrin seperti hyperthyroid dan juga masalah salur darah tidak normal (stenosis atau’ atriovenous malformation’). Bagi kes-kes sebegini , ada rawatan khusus yang diperlukan dan minyak zaitun juga boleh diambil sebagai makanan tambahan.
Dalam jurnal Archives of Internal Medicine tahun 2000, Dr Aldo Ferrara, Associate Professor of Internal Medicine di Frederico II University, Naples,Italy,mengatakan yang menjalankan kajian mendapati pengambilan 40gram sehari minyak zaitun asli (bersamaan 4 sudu besar) dapat mengurangkan 50% dos ubatan darah tinggi yang diambil oleh pesakit . Kajian ini dilakukan selama setahun dan dibandingkan dengan minyak bunga matahari.
Dalam pesakit yang menggunakan minyak bunga matahari yang tiada kandungan polyphenols dos ubatan mereka tidak dapat diturunkan seperti dalam pesakit yang diberi minyak zaitun. Ada juga pesakit yang berjaya menghentikan terus ubatan darah tinggi mereka dengan mengamalkan minyak zaitun ‘extra-virgin’. Cara hidup yang aktif haruslah diamalkan dengan konsisten. Lakukan senaman ringan 30 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Elakkan selalu duduk lama di depan komputer dan ‘gadget’ yang bukan sahaja tidak menggerakkan anggota tubuh malah memberi impak kesan buruk radiasi.

RADANG SENDI/GOUT
RADANG SENDI/GOUT :
Secara asasnya ianya adalah penyakit di mana terdapatnya inflamasi pada sendi. Inflamasi (proses pertahanan tisu dari kerosakan yang berterusan).
Dalam kes gout, asid urik menjadi terlalu tinggi dalam darah dan seterusnya bergumpal menjadi kristal di sendi. Bukan semua orang yang mempunyai paras asid urik yang tinggi akan terkena gout.
Menurut kajian hanya 10% dari mereka yang mempunyai paras asid urik yang tinggi (hyperuricemia) akan terkena gout. Menurut kajian lagi, 90% dari kes ini di sebabkan ginjal gagal mengeksresi asid urik ini, hanya 10% di sebabkan penghasilan dari makanan.
Maka sekali lagi ianya adalah masalah pada buah pinggang di sebabkan pemakanan kita yang terlalu banyak menghasilkan perubahan kimia dan seterusnya penghasilan radikal bebas maka lebih banyak sel yang akan musnah dan buah pinggang harus menyeimbangkan banyak perkara seperti pH darah, paras elektrolit dan pelbagai lagi, lalu ini juga mengganggu ekskresi asid urik.
REMEDINYA :

Berhenti ambil ubat tahan sakit kerana ubat ini menyekat proses inflamasi. Kita tidak mahu inflamasi berhenti sekiranya terdapat ancaman kepada sel, inflamasi memelihara sel kita.
Jadi apa yang patut kita buat adalah membantu badan agar punca proses inflamasi itu di keluarkan dan mempercepatkan inflamasi yang sedia ada agar ia selesai dan proses baik pulih akan berlaku.
PATI MINYAK ZAITUN akan menolong mengawal penghasilan radikal bebas. Sapukan juga minyak zaitun di sendi yang terlibat.
Bekam akan mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa inflamasi keluar dari tubuh dan juga membantu fungsi buah pinggang membuang asid urik berlebihan.
Antara remedi lain adalah kunyit hidup iaitu sebanyak 250mg hingga 500 mg, 3 kali sehari. Juga boleh di cuba bijan (sesame seed) sebanyak 40gram sehari (4 sudu besar).
Allah S.W.T.tidak menurunkan penyakit kecuali Allah telah menurunkan penawarnya. Semuanya telah tersedia. Just search and try. We don't need invention.
Di samping itu, SARI CUKA TEEN juga boleh tolong tubuh mengekalkan pH alkali darah (7.35-7.45). Dan ini mengurangkan pembentukan deposit kristal asid urik pada sendi malah menolong menghancurkan kristal yang sudah terbentuk. Selain meminum cuka, sendi yang terlibat boleh di rendam dalam air cuka tersebut atau pun cuka boleh di sapu terus pada sendi yang terlibat.
Saranan Daripada;
Dr. Hafizah Amanulla
Subscribe to:
Posts (Atom)