ILMU HIKMAH SURAH AL-FATIHAH
Menyembuh penyakit
Bacakan al-fatihah sebanyak 40 kali ke dalam bekas yang ada air pastikan air itu mesti air hidup yakni air yang belum dimasak setelah sapukan ke bahagian muka kepada, kedua belah tangan, kaki atau mana-mana anggota yang sakit insyallah dengan izin Allah swt penyakit yang kita alami akan beransur sembuh.
Akan tetapi jika seseorang itu bahagian badannya tidak boleh dikenakan dengan air maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali kepada air yang hidup dimana tidak dimasak kemudian ditiup setiap kali Al-Fatihah
kemudian bacalah doa dibawah:
Berikanlah orang yang sakit itu air yang kita sediakan tadi.“ YA ALLAH SEMBUHKAN, KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PENYEMBUH, YA ALLAH LINDUNGKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PERLINDUNG, YA ALLAH PULIHKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PEMULIH”
Melepaskan daripada ikatan ataupun dibelenggu
Bacalah al-Fatihah sebanyak 121 kali kemudian tiupkan hembuskan ke atas ikatan ataupun belenggu ataupun rantai insyallah akan terhurai ikatan itu dengan izin allah ianya sangat mustajab.
Menghilangkan rasa lapar ataupun dahaga
Jika kita kehabisan bekalan atau minuman ataupun sesat didalam hutan ataupun dilautan dan merasa lapar dan apabila kita lapar maka perasaan takut akan tiba bacalah surah al-Fatihah pada telapak tangan 1 kali kemudian diusapkan pada muka hingga ke perut Dengan izin Allah perasaan lapar dan dahaga itu akan hilang.
Menyelesaikan pekara yang rumit-rumit ataupun masalah
Bacalah al-Fatihah sebanyak 41 kali di waktu tengah malam. Dengan izin Allah dimudahkan kerja atau masalah yang dihadapi.
Membuat minyak penyembuhan
Bacalah al-Fatihah sebanyak 70 kali ke dalam apa jua minyak dan kemudian disimpan agar tidak terlangkah. Ianya boleh dicuba atau diamalkan bagi mereka yang mengalami penyakit lumpuh, angin ahmar, menguatkan urat saraf sakit belakang atau sakit pinggang
Cara gunakan : gosokan minyak yang telah disediakan tadi ditempat-tempat yang sakit dan semasa kita gosokan sila baca doa syifa akan tetapi jika kita tidak ingin bacalah al-Fatihah pun boleh.
Meminta sesuatu hajat
Bacalah al-Fatihah sebanyak 41 kali selepas magrib kemudian berdoa dan mintalah apa-apa yang dikehendaki. Tetapi selepas salam terakhir pastikan kita tetapkan kedudukan kita atau erti lain jangan beralih daripada tempat kedudukan kita. Insyallah apa yang diminta akan dikurnaikan dengan pada ketentuannya.
Membuat air penerang hati
- Bacalah al-fatihah sebanyak 70 kali sehari
- Buatlah berterusan sehingga 7 hari berturut-turut
- Bacalah dan dihembuskan ke dalam air dimana mengunakan air atau bekas yang sama setiap kali dibaca atau dihembus
- Berilah minum pada anak kita atau sesiapa pun yang kurang pandai (bodoh) gelap hatinya atau
- kurang cerdas insyallah berbukalah ikatan. Dimana yang kurang pandai akan dikurniakan
- kepandaianya yang hati gelap akan diterangkan yang kurang cerdas akan dicerdaskan insyallah.
Bacalah al-fatihah sebanayk 41 kali diantara sembahyang sunat subuh dan fardu selama 40 hari berturut-turut dengan tidak lebih dan tidak kurang. Selepas kita baca surah al-Fatihah itu maka niatkan sahaja apa yang dikehendaki ataupun yang dihajat ianya tidak semestinya untuk naik pangkat boleh digunakan untuk niat yang lain.
Memudahkan mendapatkan anak bagi yang mandul
Bacalah al-fatihah sebanayk 41 kali diantara sembahyang sunat subuh dan fardu selama 40 hari berturut-turut dengan tidak lebih dan tidak kurang. Selepas kita baca surah al-Fatihah itu maka niatkan sahaja apa yang dikehendaki ataupun yang dihajat ianya tidak semestinya untuk tujuan mandul boleh digunakan untuk tujuan yang lain.
Mempunyai hajat- hajat yang kecil ataupun besar
Jika kita mempunyai sebarang hajat samada kecil ataupun besar maka sila lakukan dibawah
- Sembahyang hajat 2 rakaat
- Teruskan menghapa kiblat
- Bacalah ayat-ayat seperti dibawah dengan penuh tertib, khusuk
Al-fatihah satu kali
Al-Ikhlas tiga kali - Kemudian mintalah apa-apa yang dihajat atau yang kita mahu. Selepas kita itu disudahi dengan selawat nabi dan pujian-pujian bagi allah
Wirit al-Fatihah
Jika kita membaca al-Fatihah sebanyak 1,000 kali sehari. Insyallah akan dikurniakan perkara seperti berikut- Dibersihkan akan hatinya
- Dimudahkan pekerjaan
- Dilepaskan dari duka cita
- Dijauhkan daripada kemudaratan
- Diberi kerajinan dan semangat
- Tidak dikecewakan
- Diilhamkan kebajikan atau perkara-perkara yang kita tidak tahu
- Diperbaiki kedudukan atau pangkatnya
- Dan lain-lain perkara yang tidak dapat difikirkan oleh manusia.
Solat sunat subuh terlebih dahulu kemudian duduk dan baca al-Fatihah sebanyak 41 kali sementara menunggu waktu fardu subuh insyallah akan :
- Dinaikkan pangkat jika dihajati demikian dan izinnya
- Dimewahkan rezeki sehingga menjadi kaya ataupun stabil dengan izinya
- Dilepaskan daripada hutang yang banyak
- Disembuhkan daripada penyakit yang amat sukar disembuhkan.
- Dikuatkan semanggat /tenaga
- Dan banyak lagi yang tidak dapat difikir oleh manusia.
dari sumber: http://mysaffiyah.wordpress.com
No comments:
Post a Comment