Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Thursday, 4 July 2013

IKHTIAR 'PAGAR' KENDERAAN ANDA


Pertamanya harus dipastikan terlebih dahulu, punca dan sumber perolehan kenderaan tersebut dari punca yang halal dan baik.

Setelah dipastikan semua itu, maka boleh diikhtiarkan kaedah yang akan dikongsikan nanti.

Kaedah ini, cukup sekali sahaja dibuat pada kenderaan milik kita, sama ada baru atau lama, cukup sekali sahaja. Jika lebih dari itu, bimbang akan meletup kenderaan tersebut.

Kaedahnya:

1) Sediakan satu baldi air bersih bersama dengan 'cetong' @ cebok @ apa-apa sahaja yang fungsinya untuk menyiram, pili bomba pun boleh..

2) Dibacakan pada air tersebut dengan Istighfar 11x (Doa, sambil bayangkan kenderaan), Selawat 21 (Doa, sambil bayangkan kenderaan), Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 3x dengan ulangan Wala Yaudhuhu Hifdzuhuma sebanyak 7x (Doa, sambil bayangkan kenderaan) pada setiap sekali ayatul Kursi, Al Isra' 45-46 3x (Doa, sambil bayangkan kenderaan), Al Ikhlas 3x, Al Falaq 1x, An Nas 1x.

3) Usai membacanya pada air, ditepuk perlahan 3x pada permukaan air di dalam baldi, tepukan pertama dibacakan lafadz SubhanALLAH, tepukan kedua AlhamduLILLAH, tepukan ketiga ALLAHu Akbar. Pada setiap kali tepukan, doa, mohon ALLAH lindungi kenderaan dari segala anasir bathil dan mara bahaya.

4) Selesai semuanya, air tadi disiramkan pada kenderaan, bermula dari tempat pemandu, iaitu bahu kiri ke arah kereta, seperti sedang tawaf kaabah. Siram keliling kenderaan sehingga bertemu semula tempat bermula tadi.

Lebihan air, disiram pada bahagian hadapan kenderaan, belakang kenderaan, bawah kenderaan dan atas bumbung kenderaan.

InsyaALLAH, semoga dilindungi ALLAH akan kenderaan kalian. Selamat berikhtiar.



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)

 

No comments:

Post a Comment