MINYAK ZAITUN DAN KANSER PAYUDARA
Kanser payudara adalah kanser yang amat ditakuti oleh kaum wanita.
Amalan pemakanan yang baik dan seimbang juga aktiviti menyusukan bayi
sehingga 2 tahun merupakan faktor yang dapat melindungi wanita dari
kanser ini.
Minyak zaitun ‘extra virgin’ telah dikaji
sebagai suatu bahan yang boleh melambatkan pertumbuhan sel kanser. Dalam
kajian yang diterbitkan dalam Jurnal BioMed Central yang diketuai oleh
Javier A. Menendez, PhD, dari Catalan Institute of Oncology di Girona,
Spain mendapati bahawa komponen secoiridoids dan lignans di dalamnya
telah dikaji berupaya membunuh sel-sel kanser yang mempunyai reseptor
Her-2, iaitu reseptor yang diekspresikan pada sesetengah sel kanser
payudara. Apa yang paling penting adalah minyak zaitun tersebut haruslah
dari perahan sejuk dan tidak ditapis agar kandungan komponen
fitokimianya sentiasa wujud dan tidak dirosakkan oleh pemprosesan haba
dan penapisan..
Walaupun kebanyakan doktor ortodoks Amerika
meragui penemuan ini kerana bagi mereka untuk sel2 kanser yang tidak
mempunyai reseptor Her-2, ianya tidak akan berkesan, namun bagi saya
komponen-komponen lain yang hebat di dalam minyak zaitun seperti
polyphenol nya yang bersaiz kecil tetap menguatkan sistem imun dan
sistem imun yang kuat akan menggerakkan homeostasis tubuh untuk melawan
sel asing(kanser).
Lagipun sel kanser bertumbuh di dalam badan
seseorang yang berimuniti rendah dan tidak mampu bertindakbalas dengan
ancaman sekitaran. Sebuah kajian klinikal yang diketuai oleh seorang
pakar onkologi, Dr Tejal Patel, sedang dijalankan di Houston Methodist
Cancer Centre, Amerika Syarikat. Dalam kajian ini mereka mengkaji kesan
pengambilan hydroxytyrosol terhadap tahap densiti payudara pada rajah
mamografi. Selama ini diketahui bahawa tahap densiti payudara yang
tinggi memberi risiko yang lebih untuk mendapat kanser payudara. Melalui
kajian preliminari yang telah dilakukan, mereka mendapati pengambilan
hydroxytyrosol mengurangkan tahap densiti payudara.
Sementara itu di Sepanyol, sebuah universiti di Bercelona sudah selesai
menjalankan kajian yang menunjukkan penggunaan minyak zaitun dapat
merencat aktiviti oncogene p21Ras yang memainkan peranan dalam kanser
payudara, menggalakkan kemusnahan sel tumor dan melindungi DNA sel dari
musnah. Penemuan-penemuan ini sudah cukup membuktikan yang pengambilan
minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan risiko pembentukan kanser
payudara. Pencegahan adalah lebih utama dari merawat.
Pati Minyak Zaitun Olive House boleh didapati
di Pusat Terapi Assyifa Nur Hikmah,
hubungi/ whatsapp : 010-536 6990
Friday, 29 August 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment