Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.
Showing posts with label Kelebihan Surah Al Quran. Show all posts
Showing posts with label Kelebihan Surah Al Quran. Show all posts

Friday 7 September 2012

Kelebihan Surah Al Kahfi pada hari Jumaat

 
 
 
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
 
1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”.
(HR Muslim 809)

Sunday 19 February 2012

Kelebihan Surah Al Ikhlas

112. SURAH AL-IKHLAS (4 ayat) – ‘IKHLAS/ TULUS’
Terjemahannya:1.Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2.Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;  3.Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


FADILATNYA:-

1. Membaca surah ini 1 kali, Allah Taala memberi pahala sebanyak pahala 100 orang pahlawan syahid.

2. Sesiapa yang membaca surah ini 10 kali selepas tiap solat Subuh, maka tidak akan terjadi kepadanya suatu dosa pun, walaupun syaitan bersungguh-sungguh menggodanya.

3. Sesiapa yang membaca surah ini 1 kali maka seolah-olah dia membaca sepertiga Al Quran.

4. Sesiapa yang membaca surah ini 3 kali, maka seolah-olah dia membaca keseluruhan Al-Quran.

5. Baca surah ini dalam solat-solat fardhu, Allah SWT mengampuni pembacanya berserta kedua ibubapanya lalu menuliskan mereka dalam buku daftar orang-orang yang berjaya.

6. Membaca surah ini 10 kali, Allah SWT akan membinakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga.

7. Sesiapa yang membaca surah ini semasa dalam sakit yang membawa kepada kematiannya, maka ia tidak akan busuk di dalam kuburnya dan selamat dari kesempitan kubur serta para malaikat membawanya dengan sayap-sayap mereka sehingga melintasi titi Shiraathalmustaqim terus menuju ke syurga.

8. Baca surah ini di atas perkuburan sebanyak 11 kali dan pahalanya dihadiahkan kepada umat Islam yang telah meninggal dunia, maka diterimakan kepadanya pahala sebanyak mereka yang telah meninggal.

9. Membaca surah Al Ikhlas 200 kali pada setiap hari, Allah SWT mengampuni segala dosanya selama 50 tahun melainkan dosa hutang.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
- Riwayat al-Baihaqi


10. Membaca surah Al Ikhlas 51 kali pada setiap hari, nescaya dibangkitkan ia dari kubur terus ke syurga.

11. Barangsiapa terlupa membaca “Bismillah” pada permulaan makan, bacalah surah Al Ikhlas selepas selesai daripada makan.

12. Petua menawar bisa sengatan kala jengking – Ambil air dan tuangkan kedalam bekas dan masukkan sedikit garam, rendamkan tangan atau kaki yang terkena sengat itu di dalamnya sambil membaca surah Al Ikhlas, surah Al Falaq dan An-Naas. Teruslah berbuat demikian hingga rasa sakit bekas sengatannya hilang.

13. Pada bulan Ramadhan ketika berpuasa, kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga. Mesti sahur. Ketika hendak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.

Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi, sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tidak akan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

14. Surah Al Ikhlas itu adalah ayat-ayat yang dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita.

15. Diceritakan, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w mengadukan kemiskinannya, maka oleh baginda dikatakan yang membawa maksud: Apabila kamu masuk rumahmu, maka bacalah surah al-Ikhlas.

16.Baca surah ini 11 kali dan tiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan hati mereka.17. Sesiapa yang membaca surah ini dalam Solat Sunat Dhuha pada rakaat kedua sebanyak 10 kali setelah membaca Ayat Kursi 10 kali pada rakaat pertama, insyaAllah ada rezeki untuknya pada hari itu.

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."


2. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."


4. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

 5. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal-jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

7. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal-jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

9. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf."

10. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung didalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."


 11. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaannya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."