RENUNGLAH WAHAI IBUBAPA SEKALIAN
"Anak saya nie degil, takmau dengar cakap, pelajaran pun lembap,
macam-macam dah cuba, tapi masih tak menjadi, saya jumpa dengan ramai
USTAZ, perubatan Islam, ada yang kata saka dari saya, ada yang kata saka
dari suami saya, saya pun kadang-kadang selalu bergaduh dengan suami
saya, tolong buang saka saya ustaz."
Persoalan di atas adalah antara bermacam-macam soalan yang tampil menerjah sang faqir dalam ikhtiar berkaitan masalah anak atau rumahtangga.
Sebagai renungan bersama, berikut adalah persoalan yang sang faqir
ajukan kembali kepada penanya, semoga menjadi panduan kepada kita semua
jua.
1) Sejauh manakah anak-anak mengenali ALLAH dan RasulNYA?
2) Seakrab manakah anak-anak dengan Al Quran?
3) Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membaca hadis atau sirah kepada anak-anak?
4) Adakah 2-3 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membelai dan bermain dengan anak-anak yang masih kanak-kanak?
5) Berapa kerapkah dalam seminggu memeluk dan mencium ubun-ubun anak-anak yang masih kanak-kanak terutama sebelum mereka tidur?
6) Berapa kerapkah menyuap anak-anak makan dalam seminggu?
7) Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk berbual dengan anak-anak yang sedang meningkat umur(remaja)?
8) Berapa kerap dalam seminggu menunaikan solat 5 waktu berjemaah dengan anak-anak?
9) Berapa kerap mendengar anak-anak mendoakan ibubapa mereka dalam seminggu?
10) Pernahkah memandang wajah anak, sambil memegang tangan mereka dan
berkata, "nanti pegang tangan papa & mama/ abi& umi/ walid
&umi, macam nie tau masa masuk syurga."
Masing-masing kita boleh melihat persoalan-persoalan asas dalam mengharungi lautan keibubapaan ini.
Oleh kerana cenderungnya jiwa kepada perkara yang magikal, membuatkan
hati terlupa kepada hal yang lebih logikal, mata tertutup kepada
penyelesaian yang lebih rasional
Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka
(Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
http://terapi-alfatah.blogspot.com
Showing posts with label Sunnah Nabi SAW. Show all posts
Showing posts with label Sunnah Nabi SAW. Show all posts
Tuesday, 21 January 2014
Friday, 7 September 2012
Saturday, 1 September 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)