Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Monday, 27 February 2012

Doa Penawar segala penyakit

Surah Al Mu'minun ayat 115 - 118






115) "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

116) Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.

117) Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.

118) Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"




Al-Hakim, Abu ya’la, Ibn abi Hatim, Ibn sunni dan al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa beliau telah membacakan ayat-ayat ini ke telinga seorang pesakit, lalu sembuhlah dia. Nabi s.a.w. telah bertanya kepadanya: “Apakah yang dibacanya itu?” Beliau menjawab: “ayat-ayat terakhir daripada surah al-Mu’minun.” Nabi bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada pada tangan-Nya, jika dibaca oleh seseorang kamu dengan yakin kepada gunung nescaya akan pecah gunung itu.” (ad-Durrul Manthur, tafsir ayat 115-118, surah al-Mu’minun)

4 comments:

  1. Terima kasih atas tulisannya..http://doamustajab.16mb.com

    ReplyDelete
  2. boleh pulihkan rabun jauh ke ? reply please ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah amalkan doa penawar segala penyakit ini secara istiqamah bersama surah qaf ayat 22. rujuk link: http://mukjizatdoa.blogspot.com/2012/02/video-rawatan-bagi-rabun-mata.html

      Delete
  3. Numpang copy paste ya gan. di disable javascriptnya aja gampang sih. thank you ya. Muach muach muach

    ReplyDelete