Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.
Showing posts with label TIAF. Show all posts
Showing posts with label TIAF. Show all posts

Thursday 4 July 2013

IKHTIAR MASALAH GANGGUAN GEMURUH



IKHTIAR MASALAH GANGGUAN GEMURUH, Al Hawatif.

Soalan:

Assalamualaikum ustaz. Moga ustaz dalam sihat walafiat.

Guru mengaji Quran saya yg juga imam utama sebuah surau telah mengalami gangguan..yang mana setiap kali beliau naik menjadi imam utk sembahyang fardu..beliau akan gelisah..berpeluh dan terketar2 sehingga bacaan surah2nya tidak lancar. Pernah sampai mic pin kat baju jatuh sendiri. Gangguan ini terjadi ketika beliau naik jadi imam shj..sebelum dan selesai shj solat kembali normal.

Mohon pencerahan dan bantuan dari ustaz..insyaAllah.

Jawapan :

Wsalam WMT, masalah yang berlaku itu adalah dipanggil masalah gangguan gemuruh.


Untuk permasalahan tersebut, dibacakan:

Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 3x, Al Fil 7x, pada beras atau gula.

Setiap satu genggam dibacakan setiap satu ayat, kemudian dimasukkan semula ke dalam bekasnya digaul, kemudian, diambil genggam baru, baca ayat seterusnya.
Beras atau gula tadi dijadikan makanannya, selama seminggu.
Lebih eloknya, Imam tersebut mandi Ais setiap waktu dhuha.

InsyaALLAH Tohour.



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com

IKHTIAR MASALAH BATU KARANG


IKHTIAR MASALAH BATU KARANG

SOALAN :

Assalamualaikum ust....sy mahu pencerahan mengenai sakit batu karang,dan mcm mana mengubatinya selain klinikal biasa?....

JAWAPAN :

Wsalam WMT, rawatan bagi masalah batu karang selain klinikal.

Sediakan 7 batang serai wangi, 7 daun limau purut dan 7 biji kurma (biji sahaja) serta gula batu. Direbuskan dengan air, dinasihatkan elakkan dari air mengelegak (iaitu kena sentiasa dikacau).

Rebus sehingga jadi pati, patinya disimpan.

Patinya dibahagikan kepada 7 bahagian, setiap satu bahagian dicampur dengan air putih (kalau eloknya RO water).

Diminum selama 7 pagi berturut-turut.

Air elok dibacakan dengan Al Faatihah 3x, At Taubah 129 7x, Selawat 11x (dengan doa).

InsyaALLAH tohour.



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com

IKHTIAR MASALAH SAKIT URAT



IKHTIAR MASALAH SAKIT URAT (PUNCA FIZIKAL DAN SPIRITUAL)

SOALAN:

Salam ustaz,
Saya ingin bertanya adakah amalan atau ayat2 yang boleh diamalkan sebagai usaha menangani sakit sakit atau salah urat yang mungkin disebabkan tersepak benda benda halus. Sekiranya ada, ustaz boleh mengongsikannya di wall ustaz. Terima kasih. Wassalam.

JAWAPAN :

W’Salam WMT, dari segi kaedah bagi mereka yang mempunyai salah urat atau sakit-sakit disebabkan tersepak makhluk halus atau orang johor panggil ‘denah’, ianya bersifat umum.

Umum dari segi perawatan.

Iaitu boleh saja, menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun sepiring, dicampur dengan sepotong sebesar ibu jari kunyit, sepotong sebesar ibu jari halia, secubit bunga cengkih dan sebatang kulit kayu manis. 


Semua bahan ini ditumbuk halus, dicampurkan dengan minyak tadi. Semasa tumbuk digalakkan membaca, Surah Asy-Syuara :130 (وإذا بطشتم بطشتم خبازين) , berulang kali, sehingga lumat semua ramuan, dengan niat lumatnya penyakit seperti mana lumatnya ramuan (dengan izin ALLAH).

Setelah campur, maka, dibacakan dengan :

Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 7x, Al Isra: 81-82 3x, Al Ikhlas 3x, 2 Qul 1x, Selawat ke atas Junjungan Sayyiduna Muhammad S.A.W 11x.

Minyak tersebut disapu pada tempat sakit, ditutup, kalau eloknya dibalut dengan kain kapas (napkin bayi).

Minyak ini, boleh digunakan untuk semua masalah sakit urat atau saraf dan masalah angin atau sakit-sakit badan, insyaALLAH Tohour.



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com



IKHTIAR KANSER HIDUNG DAN RESDUNG



KANSER HIDUNG DAN RESDUNG 

Secara maklumat ringkasnya, Kanser pangkal hidung adalah kanser yang terletak jauh dibelakang rongga hidung yang digelar sebagai nasopharyngeal carcinoma (NPC).

Punca kepada penyakit ini disebabkan beberapa faktor utama antaranya adalah :
1) Faktor keturunan
2) Jangkitan virus EBV (Epstein Bar Virus),
3) Pengambilan makanan yang diawet dengan kerap seperti ikan masin contohnya.
4) Pengambilan MSG
Dan lain-lain lagi.

Antara symptom utama yang mungkin boleh dijadikan panduan adalah, hidung kerap berdarah, yang diakibatkan oleh ketumbuhan yang dinamakan nasopharynx, yang terletak di belakang hidung dan di atas bahagian belakang tekak.

Jika kita ingin mengelak dari terkena penyakit ini, antaranya adalah:

1) Lazimkan melakukan intisyaq, iaitu memasukkan air ke dalam hidung lalu menghembuskannya. Bersabitkan dengan hadith ini :

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW pernah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangun dari tidurnya, hendaklah dia menyedut dan menghembus rongga khaisyummnya dengan air sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan sememangnya tinggal di dalam rongga khaisyum tersebut." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setiap kali keluar rumah, apabila masuk rumah, maka lakukan intisyaq.

2) Lazimkan mengambil cuka (khal) epal atau kurma, setiap kali selepas bangun tidur (sebelum sarapan) dan sebelum tidur, namun jika menghidapi masalah gastrik, maka disarankan mengambil khal ini bersama dengan madu.

3) Elakkan memakan nasi panas yang boleh melecurkan mulut dengan kerap. Kerana punca kanser ini adalah dari masalah ENT.

4) Amalkan memakan Madu + Habbatus sawda.

5) Kerapkan meminum susu kambing.

6) Sebelum tidur, amalkan Taawudz 10x, Istighfar 21x, Selawat 11x, dibacakan pada air (dengan doa), dan air tersebut digunakan untuk mencuci mulut, hidung dan lubang telinga.

InsyaALLAH tohour.



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com



IKHTIAR RAWATAN RESDUNG



IKHTIAR RAWATAN RESDUNG


1.   Sapukan minyak pati Habbatus Sawda pada wajah, leher hadapan dan belakang setiap kali sebelum tidur, disamping itu, sapukan sedikit ke dalam lubang hidung sebelum tidur. Amalkan setiap malam secara istiqomah selama 14 malam berturut.

2.   Setiap pagi, sebelum sarapan, telan satu cap (penutup) minyak pati Habbatus Sawda'.

3.  Amalkan berbekam 1 kali sebulan.

4.  Pantangkan pengambilan kafein, sama ada teh, kopi atau nescafe.



bagi individu yang menderita resdung yang kronik boleh mencuba:

penjagaan dalaman: 
mengamal telan cuka  asli:kurma/epal/delima/anggur



penjagaan luaran: 
lumurkan sedikit cuka ke seluruh wajah@ seperti pupur/mask dalam 5minit dan bilas dengan air. berfungsi untuk mengurangkan resah/kegatalan/ menjadikan muka lebih bersinar.cukup diamal 1-2kali seminggu. insyaAllah.



cuka kurma 3caps. larut dalam air putih.(bagi yang gastrik) campurkan madu asli 3 sudu.kacau2 terus minum setiap pagi ketika perut kosong. dan malam sebelum tidur.


sesuai sesiapa yang mengalami kahak berlendir,resdung dan ketidakselesaan tekak,hidung dan menstabilkan darah tinggi kembali normal,insyaAllah.juga merawat usus yang kotor ,melawaskan pembuangan air besar dan angin yang tersekat dalam badan. mencairkan kolesterol berlebihan.mengikis plak pada salur darah.dll khasiat.

~rasa lebih sedap bila dicampur madu asli.



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com







Ikhtiar mengelakkan masalah Jantung, Darah tinggi, Diabetes

Ikhtiar mengelakkan masalah Janda Manis (Jantung, darah tinggi, kencing manis)

Penyakitan ini jika dibiarkan akan mengundang kepada permasalahan kerosakan buah pinggang. Maka, disarankan diamalkan sebaik-baiknya.

1) Telan minyak zaitun + Madu + Habbatus sawda, setiap pagi sebelum sarapan.

2) Minum Cuka Epal setiap kali selepas makan tengahhari (Jika mengidap masalah gastrik, disarankan campur dengan madu lebah)

3) Minum cuka kurma/ epal setiap kali sebelum tidur. Boleh juga digantikan dengan pati delima.

Kaedah ini amat sesuai kepada mereka yang ingin menguruskan badan, juga amat berkesan mengelakkan masalah PJK bagi kaum lelaki.

InsyaALLAH diselamatkan ALLAH dari penyakitan sedemikian dan sewaktu dengannya.



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com


IKHTIAR MENGHADAPI TEMUDUGA

SOALAN :

Assalam ustaz,nok tanyo,ado dok ayat2@doa@selawat@amalan yg boleh kita buat sebelum kita gi interview..saya lemoh benar bab gi interview ni..

JAWAPAN :

W’salam WMT, semoga rahmat ALLAH sentiasa berada dalam lingkungan kalian.

Adapun, berkaitan dengan soalan yang telah ditanya itu, ada dua permasalahan berlaku.

1) Masalah psikosis iaitu kebiasaan, berdasarkan ayat ‘saya lemoh benar bab gi interview ni’. Masalah ini dapat diselesaikan dengan cuba membuang perkataan atau kalimah interview dari pemikiran, make it natural, like nothing and simple.

2) Masalah kurang keyakinan diri. Masalah ini dapat diselesaikan dengan sentiasa memandang cermin dengan pandangan yang penuh yakin, insyaALLAH serba sedikit akan menyelesaikan masalah Tuan dari sudut psikologi.

Sementelah itu, jika mengikut kaedah pengubatan Islam. Sehari sebelum interview, adalah disarankan :
- Sediakan sebotol air (untuk diminum).
- Istighfar 21x
- Dibacakan dengan Surah Al Faatihah , dengan ulangan ayat ke -4 sebanyak 21x bersama dengan doa.
- Surah Al Kaafirun 7x, sambil tangan dikepal
- Surah Al Kautsar 7x, sambil tangan dibuka kepal.
- Selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W sebanyak 21x

Setelah itu, ditiup atau ditepuk atau dipandang secara makrifat atau dinazar cahaya atau apa-apa jua pada air.

Air tersebut diminum sebelum keluar dari rumah.

Pada hari interview, sebelum keluar rumah, dibacakan dengan Mujadilah : 21, sebanyak 7x sebelum masuk ke pejabat interview.

InsyaALLAH. Semoga peroleh akan kalian bantuan dari ALLAH dengan usaha-usaha ini.




Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 

                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com



IKHTIAR 'PAGAR' KENDERAAN ANDA


Pertamanya harus dipastikan terlebih dahulu, punca dan sumber perolehan kenderaan tersebut dari punca yang halal dan baik.

Setelah dipastikan semua itu, maka boleh diikhtiarkan kaedah yang akan dikongsikan nanti.

Kaedah ini, cukup sekali sahaja dibuat pada kenderaan milik kita, sama ada baru atau lama, cukup sekali sahaja. Jika lebih dari itu, bimbang akan meletup kenderaan tersebut.

Kaedahnya:

1) Sediakan satu baldi air bersih bersama dengan 'cetong' @ cebok @ apa-apa sahaja yang fungsinya untuk menyiram, pili bomba pun boleh..

2) Dibacakan pada air tersebut dengan Istighfar 11x (Doa, sambil bayangkan kenderaan), Selawat 21 (Doa, sambil bayangkan kenderaan), Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 3x dengan ulangan Wala Yaudhuhu Hifdzuhuma sebanyak 7x (Doa, sambil bayangkan kenderaan) pada setiap sekali ayatul Kursi, Al Isra' 45-46 3x (Doa, sambil bayangkan kenderaan), Al Ikhlas 3x, Al Falaq 1x, An Nas 1x.

3) Usai membacanya pada air, ditepuk perlahan 3x pada permukaan air di dalam baldi, tepukan pertama dibacakan lafadz SubhanALLAH, tepukan kedua AlhamduLILLAH, tepukan ketiga ALLAHu Akbar. Pada setiap kali tepukan, doa, mohon ALLAH lindungi kenderaan dari segala anasir bathil dan mara bahaya.

4) Selesai semuanya, air tadi disiramkan pada kenderaan, bermula dari tempat pemandu, iaitu bahu kiri ke arah kereta, seperti sedang tawaf kaabah. Siram keliling kenderaan sehingga bertemu semula tempat bermula tadi.

Lebihan air, disiram pada bahagian hadapan kenderaan, belakang kenderaan, bawah kenderaan dan atas bumbung kenderaan.

InsyaALLAH, semoga dilindungi ALLAH akan kenderaan kalian. Selamat berikhtiar.



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)

 

RENUNGAN BERSAMA - MASALAH RUMAHTANGGA

BILA?

"Ustaz, rumahtangga saya selalu tak tenang, saya dengan isteri kerap bergaduh, pasal hal yang kecil pun boleh bergaduh, kadang-kadang hal yang tak masuk akal, pun boleh bergaduh. Saya dah pening, saya dah jumpa ramai USTAZ, semua kata saya ADA SAKA, saya dah jumpa dengan ramai orang, untuk buang saka saya nie, dah buang sana sini, tapi rumahtangga macam tu juga, jiwa selalu tak tenang, degil betul ya saka saya nie ye ustaz? Ustaz boleh tolong buang tak saka saya?"

Soalan dari sang faqir kepada kedua-dua mereka:

SUAMI
1) Bilakah kali terakhir mandi bersama?
2) Bilakah kali terakhir Solat Berjemaah bersama?
3) Bilakah kali terakhir Mengaji Al Quran bersama isteri?
4) Bilakah kali terakhir memeluk isteri dari belakang sewaktu isteri membuat kerja rumah?
5) Bilakah kali terakhir menyuap isteri makan?
6) Bilakah kali terakhir mengusap belakang isteri?
7) Bilakah kali terakhir memegang tangan isteri? Bilakah kali terakhir mengucapkan I Miss You pada isteri?
9) Bilakah kali terakhir memberi hadiah kepada isteri?

ISTERI
1) Bilakah kali terakhir 'iron' baju suami tanpa diminta suami?
2) Bilakah kali terakhir mengurut kaki suami tanpa permintaannya?
3) Bilakah kali terakhir makan bekasan suami?
4) Bilakah kali terakhir memicit bahu suami tatkala suami sedang menonton televisyen?
5) Bilakah kali terakhir memohon maaf kepada suami walau tidak buat salah?
6) Bilakah kali terakhir memandang wajah dan.mata suami dengan senyuman manis?
7) Bilakah kali terakhir mengucapkan I Love You pada suami? Bilakah kali terakhir menerima hadiah dari suami?
9) Bilakah kali terakhir meng'Aamiin'kan doa yang keluar dari mulut suami?

Kalian yang membaca boleh menilai persoalan tersebut kepada diri sendiri...

Cumanya sang faqir hendak ulas sedikit perihal USTAZ yang mudah membuat telahan atau dakwaan yang akan mengelirukan pesakit malahan akan menambahkan lagi masalah mereka.

Bayangkan tatkala mereka bertengkar, si suami akan ucapkan, 'ini SAKA awak punya pasallah nie.
Si isteri akan balas semula, 'saka awak pun apa kurangnya'

Persoalannya sampai bila masalah menyalahkan saka ini akan berlarutan?
Kesudahannya mereka akan berkata, 'kami selalu bergaduh kerana saka kami tak ngam'

Aduhai... para USTAZ atau yang menggelar diri sebagai 'perawat Islam', tolong jaga ETIKA, atau perlukah sang faqir terangkan apa itu ETIKA PERAWAT? Rasanya tidak perlu, antum sudah maklum akan hal tersebut, tetapi kenapa masih di'langgar'?

Ketahuilah bahawa, belaian dan usapan suami pada belikat dan ubun-ubun isteri dengan penuh kasih sayang walau sekejap, akan menghilangkan tekanan mereka selama mana sebelum belaian atau usapan itu dilakukan.

Fahamilah, urutan lembut pada kaki suami oleh isteri, biarpun sebentar saja, akan membuatkan suami hilang segala beban yang dipikul seharian bekerja.

Sebagai suami isteri, kedua-dua pihak perlu memahami psikologi serta jiwa masing-masing.

Kepada suami, ayuh cuba contohi cara Sayyiduna RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam menyantuni isteri-isteri Baginda Al Mustofa SallALLAHu Alaihi Wassalam.

Kepada isteri, cuba sebaik mungkin mencontohi akhlak Sayyiditina Khadijah Al Kubra dalam melayani Sayyiduna RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam. InsyaALLAH bahagia rumah tangga.

Jangan terlalu mengikat diri dengan perihal mistik sehingga terlepas pandang pada perkara yang lebih Realistik.



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)