Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Friday 29 August 2014

MINYAK ZAITUN DAN KANSER PAYUDARA

MINYAK ZAITUN DAN KANSER PAYUDARA

Kanser payudara adalah kanser yang amat ditakuti oleh kaum wanita. Amalan pemakanan yang baik dan seimbang juga aktiviti menyusukan bayi sehingga 2 tahun merupakan faktor yang dapat melindungi wanita dari kanser ini.

Minyak zaitun ‘extra virgin’ telah dikaji sebagai suatu bahan yang boleh melambatkan pertumbuhan sel kanser. Dalam kajian yang diterbitkan dalam Jurnal BioMed Central yang diketuai oleh Javier A. Menendez, PhD, dari Catalan Institute of Oncology di Girona, Spain mendapati bahawa komponen secoiridoids dan lignans di dalamnya telah dikaji berupaya membunuh sel-sel kanser yang mempunyai reseptor Her-2, iaitu reseptor yang diekspresikan pada sesetengah sel kanser payudara. Apa yang paling penting adalah minyak zaitun tersebut haruslah dari perahan sejuk dan tidak ditapis agar kandungan komponen fitokimianya sentiasa wujud dan tidak dirosakkan oleh pemprosesan haba dan penapisan..

Walaupun kebanyakan doktor ortodoks Amerika meragui penemuan ini kerana bagi mereka untuk sel2 kanser yang tidak mempunyai reseptor Her-2, ianya tidak akan berkesan, namun bagi saya komponen-komponen lain yang hebat di dalam minyak zaitun seperti polyphenol nya yang bersaiz kecil tetap menguatkan sistem imun dan sistem imun yang kuat akan menggerakkan homeostasis tubuh untuk melawan sel asing(kanser). 


Lagipun sel kanser bertumbuh di dalam badan seseorang yang berimuniti rendah dan tidak mampu bertindakbalas dengan ancaman sekitaran. Sebuah kajian klinikal yang diketuai oleh seorang pakar onkologi, Dr Tejal Patel, sedang dijalankan di Houston Methodist Cancer Centre, Amerika Syarikat. Dalam kajian ini mereka mengkaji kesan pengambilan hydroxytyrosol terhadap tahap densiti payudara pada rajah mamografi. Selama ini diketahui bahawa tahap densiti payudara yang tinggi memberi risiko yang lebih untuk mendapat kanser payudara. Melalui kajian preliminari yang telah dilakukan, mereka mendapati pengambilan hydroxytyrosol mengurangkan tahap densiti payudara.

Sementara itu di Sepanyol, sebuah universiti di Bercelona sudah selesai menjalankan kajian yang menunjukkan penggunaan minyak zaitun dapat merencat aktiviti oncogene p21Ras yang memainkan peranan dalam kanser payudara, menggalakkan kemusnahan sel tumor dan melindungi DNA sel dari musnah. Penemuan-penemuan ini sudah cukup membuktikan yang pengambilan minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan risiko pembentukan kanser payudara. Pencegahan adalah lebih utama dari merawat.



Pati Minyak Zaitun Olive House  boleh didapati 
di Pusat Terapi Assyifa Nur Hikmah, 

hubungi/ whatsapp : 010-536 6990

MINYAK ZAITUN DAN KANSER USUS

MINYAK ZAITUN DAN KANSER USUS

Alhamdulillah , syukur pada Allah kerana sifat pengasih dan penyayang Nya menyebabkan kita dikurniakan pelbagai nikmat hasil dari penciptaanNya. Maka tidak perlu kita berpalin

g lagi dan mencari ciptaan manusia kerana sudah tentunya kesembuhan itu milik Allah sama ada secara terus dariNya atau hasil ciptaanNya dengan izinNya.

Minyak zaitun sememangnya suatu keajaiban yang telah diabaikan hampir 100 tahun terutamanya oleh masyarakat Melayu. Sedangkan ianya jelas dipilih oleh Allah untuk dinyatakan dalam Quran yang mulia. Maka dengan pengabaian ini, rugilah seluruh tubuh ciptaan Allah ini tanpa disirami nikmat khasiat yang ada dalam minyak zaitun.



Minyak zaitun adalah suatu khasiat yang sangat diperlukan oleh saluran penghadaman dan dari saluran penghadaman ini jugalah bermulanya semua penyakit. Maka dari situ jugalah bermulanya kesembuhan.

Kandungan sebatian phenol yang pelbagai di dalamnya atau disebut polyphenol merupakan adunan khas kombinasi phenol oleh Allah yang maha Mengetahui untuk kesihatan sel manusia. Apabila minyak yang mulia ini bersentuhan dengan mukosa usus kita, proses penyembuhan terus bermula.

Kanser usus adalah kebanyakannya disebabkan faktor makanan proses yang merosakkan vilus-vilus pencernaan dan juga pengambilan ubat-ubatan contohnya antibiotik yang memusnahkan bacteria baik di daalm usus seterusnya mengganggu keseimbangan ekologi dalaman usus. Bila ekologi ini terganggu, biasanya pesakit akan mendapat cirit birit yang kerap atau pun masalah sembelit. Masalah ini sekiranya diatasi dengan pengambilan ubatan kimia yang bersifat simptomatik tanpa melakukan perubahan dalam pemakanan, akan menerukkan lagi keadaan. Antara gejala kanser usus adalah berak berdarah, menurunnya berat badan, masalah penyerapan dan hilang selera makan.

Minyak zaitun sudah dibuktikan sebagai pemakanan yang dapat membantu penderita kanser usus dan jika disinergikan dengan madu dan habbatus sauda, hasilnya amat memberangsangkan.
Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Ulster, Ireland diketuai Dr Gill, mendapati kandungan polyphenol dalam minyak zaitun menyebabkan sel terlindung dari kerosakan DNA dan apabila diuji ke atas sel kanser usus, ianya mengurangkan pembahagian sel kanser dalam pelbagai peringkat(anti-promoter effect in carcinogenesis pathway).

Mungkin ramai di antara kita yang sedang mempunyai kanser tetapi masih di peringkat awal dan tidak menunjukkan gejala. Untuk kanser peringkat ini, ianya amatlah sukar untuk dikesan oleh doktor dengan pasti. Maka adalah lebih baik kita mengamalkan minyak zaitun setiap hari sebagai langkah pencegahan yang tentunya lebih utama dari perawatan.

Kajian yang dilakukan manusia memberi bukti yang kukuh dan mengangkat martabat minyak zaitun di mata manusia. Namun bagi manusia yang telah yakin 100% dengan kata2 Allah, beramallah dengan minyak zaitun setiap hari dan jadikan ia senjata untuk melawan serangan penyakit yang semakin parah di zaman ini.


Wallahu A’lam

MINYAK ZAITUN DAN DARAH TINGGI

MINYAK ZAITUN DAN DARAH TINGGI

Darah tinggi adalah suatu diagnosis yang diberikan oleh doktor perubatan moden sekiranya tekanan darah mencapai atau melebihi bacaan 140/90mmHg dalam 2 bacaan berlainan yang diambil sekurang-kurangnya dalam sela masa 6 jam. Apa sebenarnya yang berlaku dalam tubuh adalah sistem pengawalaturan tekanan darah telah terganggu. Sistem jantung dan aliran darah sepatutnya bekerja dalam satu sistem yang terkawal dan mengekalkan tekanan darah pada paras normal tidak kira apa juga aktiviti yang dilakukan.

Namun apa yang terjadi dalam penghidap darah tinggi, terdapatnya gangguan dalam aliran darah sama ada salur darah hilang kekenyalan, komponen darah menjadi pekat atau kemusnahan salur darah-salur darah mikro atau kecil yang membekali sel. Biasanya sel buah pinggang yang terlibat bila mana sel nefron(buah pinggang) menerima kurang bekalan darah, sel juxtaglumerular akan merembeskan sejenis bahan yang dipanggil renin agar tekanan darah dinaikkan seterusnya bekalan darah kepada sel nefron tadi dapat dipenuhi. Ini adalah respon tindakbalas biasa. Cuma , apabila keadaan tidak dibaiki dengan pemakanan yang memudaratkan, aliran darah akan semakin teruk dan seterusnya tekanan darah akan semakin tinggi dan boleh menyebabkan stroke.

Minyak zaitun mempunyai antioksida yang tinggi dalam bentuk polyphenol yang boleh meneutralkan radikal bebas yang banyak berlegar dalam aliran darah. Radikal bebas ini boleh memusnahkan sel salur darah seterusnya mengganggu penukaran bahan ke sel untuk proses penyembuhan. Apabila radikal bebas telah dihapuskan , maka aliran darah menjadi lancer dan pertukaran bahan nutrisi kepada sel juga akan menjadi normal dan kesembuhan sel berlaku. Lama- kelamaan tekanan darah akan menjadi normal kembali apabila sel nefron telah menerima bekalan darah yang cukup. Namun , bagi kes darah tinggi di usia muda, sebab-sebab lain haruslah dikaji contohnya wujudnya tumour di buah pinggang, masalah endokrin seperti hyperthyroid dan juga masalah salur darah tidak normal (stenosis atau’ atriovenous malformation’). Bagi kes-kes sebegini , ada rawatan khusus yang diperlukan dan minyak zaitun juga boleh diambil sebagai makanan tambahan.

Dalam jurnal Archives of Internal Medicine tahun 2000, Dr Aldo Ferrara, Associate Professor of Internal Medicine di Frederico II University, Naples,Italy,mengatakan yang menjalankan kajian mendapati pengambilan 40gram sehari minyak zaitun asli (bersamaan 4 sudu besar) dapat mengurangkan 50% dos ubatan darah tinggi yang diambil oleh pesakit . Kajian ini dilakukan selama setahun dan dibandingkan dengan minyak bunga matahari.

Dalam pesakit yang menggunakan minyak bunga matahari yang tiada kandungan polyphenols dos ubatan mereka tidak dapat diturunkan seperti dalam pesakit yang diberi minyak zaitun. Ada juga pesakit yang berjaya menghentikan terus ubatan darah tinggi mereka dengan mengamalkan minyak zaitun ‘extra-virgin’. Cara hidup yang aktif haruslah diamalkan dengan konsisten. Lakukan senaman ringan 30 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Elakkan selalu duduk lama di depan komputer dan ‘gadget’ yang bukan sahaja tidak menggerakkan anggota tubuh malah memberi impak kesan buruk radiasi.

FIBROID DAN CYST

FIBROID DAN CYST

♛ RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA ♛

TANDA – TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DI RAWAT?



Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuhan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuhan itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.

RAHIM HANYA ADA SATU.. TIADA GANTINYA LAGI.. JAGALAH IA SEBAIK-BAIKNYA..!!

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu-satu pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA???
Tidak perlu di jaga???
Tidak perlu di manja???
Tidak perlu berpantang???

“Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan di anggap sebagai mati syahid.”
SUNGGUH TINGGI DARJAT WANITA..!!

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang di sediakan untuknya??
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba??

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka di hujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka di lapah 7 lapisan, termasuk rahim di hiris, satu persatu demi menlahirkan seorang anak.

DAN KEPADA WANITA..!!
Rahim anda hanya sebesar buah pear. Di situ anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia??

Lalu, jika dapat di fikir menggunakan akal, jika dapat di hisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang??
Atau akan datang???

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah di tenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kasihan. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

JIKA ANDA SAYANGKAN IBU/ISTERI ANDA..!!

RADANG SENDI/GOUT

RADANG SENDI/GOUT :

Secara asasnya ianya adalah penyakit di mana terdapatnya inflamasi pada sendi. Inflamasi (proses pertahanan tisu dari kerosakan yang berterusan).

Dalam kes gout, asid urik menjadi terlalu tinggi dalam darah dan seterusnya bergumpal menjadi kristal di sendi. Bukan semua orang yang mempunyai paras asid urik yang tinggi akan terkena gout.


Menurut kajian hanya 10% dari mereka yang mempunyai paras asid urik yang tinggi (hyperuricemia) akan terkena gout. Menurut kajian lagi, 90% dari kes ini di sebabkan ginjal gagal mengeksresi asid urik ini, hanya 10% di sebabkan penghasilan dari makanan.

Maka sekali lagi ianya adalah masalah pada buah pinggang di sebabkan pemakanan kita yang terlalu banyak menghasilkan perubahan kimia dan seterusnya penghasilan radikal bebas maka lebih banyak sel yang akan musnah dan buah pinggang harus menyeimbangkan banyak perkara seperti pH darah, paras elektrolit dan pelbagai lagi, lalu ini juga mengganggu ekskresi asid urik.

REMEDINYA : 
 
Berhenti ambil ubat tahan sakit kerana ubat ini menyekat proses inflamasi. Kita tidak mahu inflamasi berhenti sekiranya terdapat ancaman kepada sel, inflamasi memelihara sel kita.

Jadi apa yang patut kita buat adalah membantu badan agar punca proses inflamasi itu di keluarkan dan mempercepatkan inflamasi yang sedia ada agar ia selesai dan proses baik pulih akan berlaku.

PATI MINYAK ZAITUN akan menolong mengawal penghasilan radikal bebas. Sapukan juga minyak zaitun di sendi yang terlibat.

Bekam akan mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa inflamasi keluar dari tubuh dan juga membantu fungsi buah pinggang membuang asid urik berlebihan.

Antara remedi lain adalah kunyit hidup iaitu sebanyak 250mg hingga 500 mg, 3 kali sehari. Juga boleh di cuba bijan (sesame seed) sebanyak 40gram sehari (4 sudu besar).

Allah S.W.T.tidak menurunkan penyakit kecuali Allah telah menurunkan penawarnya. Semuanya telah tersedia. Just search and try. We don't need invention.

Di samping itu, SARI CUKA TEEN juga boleh tolong tubuh mengekalkan pH alkali darah (7.35-7.45). Dan ini mengurangkan pembentukan deposit kristal asid urik pada sendi malah menolong menghancurkan kristal yang sudah terbentuk. Selain meminum cuka, sendi yang terlibat boleh di rendam dalam air cuka tersebut atau pun cuka boleh di sapu terus pada sendi yang terlibat.

Saranan Daripada;
Dr. Hafizah Amanulla
 
 
 

Tuesday 4 March 2014

Simptom-simptom Gangguan Jin di Rumah & Premis Perniagaan

Simptom-simptom Gangguan Jin di Rumah & Premis Perniagaan
----------------------------------
Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan adanya gangguan Jin (angkara Sihir, Saka atau Lintasan) di Rumah atau Premis Perniagaan (kedai, pejabat dll) berkenaan:

1. Bau wangian / kemenyan / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
2. Bayi kerap menangis bila berada dalam rumah / premis perniagaan
3. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya

4. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi

5. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)

6. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
7. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
8. Bunyi pasir / benda berat jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
9. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
10. Kedai / Pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan / seperti tidak beroperasi
11. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya

12. Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi
13. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
14. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
15. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik
16. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
17. Rasa resah gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah / premis perniagaan
18. Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah / premis perniagaan
19. Selalu melihat kelibat / bayangan di dalam rumah / premis perniagaan
20. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
21. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
22. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
23. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
24. Suhu di dalam rumah / premis perniagaan terasa aliran bahang panas
25. Tanda lebam pada anggota badan
26. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
27. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
28. Terasa bahu ditepuk dari belakang
29. Terasa terkena renjisan air
30. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat
dan sebagainya lagi…

PENTING: Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang diyakini untuk mendapatkan ikhtiar rawatan. Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius. Wallahua’lam.





sumber fb:
Ustaz Muhammad Abdullah Imantherapy



(0132073001/0168803001)




Scan Diri Sendiri samada terkena ganguan Jin pun Sihir

Mau pastikan sama ada diri terkena gangggun Jin mahu pun sihir

Baca Surah Al Fatihah 10x,
Ayat Kursi 7x,
Surah Al-ikhlas 10x,
Surah Al -Falaq 3x,

Surah An nas 11x,


Kemudian minum segelas ke 2 gelas air...Jika pening-pening, meremang, semput, gatal teramat ketika beramal dan muntah..Petanda sudah bermula...

Jangan risau, baca semula dan minum lagi air tadi, Insya Allah jika muntah yang banyak...Maha Suci Allah, penyakit dah clear 



sumber FB: 
Ustaz Muhammad Abdullah Imantherapy
 
 
 
 

Wednesday 22 January 2014

IKHTIAR UNTUK DENGGI


IKHTIAR MASALAH DENGGI
Demam denggi disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (Genus Flavivirus) yang dibawa oleh nyamuk aedes betina.

Simptom-simptom seperti :

1) Demam mengejut dan tidak kebah, dengan
2) Sakit kepala teruk,
3) Sakit di belakang bebola mata (pedih dan sengal).
4) Sakit sendi dan otot


Adalah antara tanda awal bagi masalah jangkitan virus ini. Jika ada tanda-tanda seperti di atas ini, maka jangan berlengah ke hospital berhampiran atau mengambil langkah kawalan awalan. 
Kegagalan atau kelewatan merawatnya akan menyebabkan :

1) Radang hati
2) Radang otak
3) Radang Otot kardiak (otot jantung)


Yang dalam ertikata lain
MEMBAWA MAUT.

Secara ringkasnya, bagi permasalahan ini, terdapat dua keadaan penting untuk membendungnya, iaitu :

1) Mencegah
2) Merawat

Dua keadaan ini amat berbeza keadaannya serta kaedah menguruskannya.

Bagi Mencegah jangkitan virus denggi ini, adalah :
1) Menelan Pati Habbatussawda (3ml) setiap pagi sebelum sarapan bagi mengaktifkan sistem lobulus di dalam hati (liver) untuk sumber metabolisme hati bagi mencegah segala antigen(virus) yang menganggu sistem tubuh.

2) Amalkan memakan sekurang-kurangnya
sebiji kurma sebagai awalan sarapan.

3) Amalkan
meminum susu kambing sebagai ambilan sarapan.

4) Banyakkan meminum
air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari.


Selain daripada memastikan tiada air bertakung di kawasan kediaman atau premis perniagaan.

Bagi kaedah Merawat, boleh dicuba :

1)
Air kelapa muda 250ml + Halia 2 inci (ditumbuk), kemudian diberi minum setiap 2jam.

Atau

2)
Daun sirih 3helai + Air panas (150ml) + Cengkih 7kuntum + Bunga Lawang 3 kuntum. Direndam kesemua bahan di dalam air panas tersebut, tunggu sehingga suam, kemudian diberi minum kepada pesakit yang berisiko, setiap 2 jam.

Atau

3)
Habbatussawda (pati 6ml / bijian 5 cubit) + Madu lebah 5sudu besar (5ml x 5) + Pati Delima 5 sudu besar (5ml x 5). Digaulkan kesemua bahan, biarkan selama seminit (untuk sebatian). Kemudian diberi pesakit berisiko telan sebaiknya sebelum memakan makanan berat. Selepas 1-3 minit, pesakit disarankan meminum air putih.

Banyak lagi kaedah bagi menangani masalah Virus Genus Flavivirus (Denggi) ini.
 
Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com
 

Tuesday 21 January 2014

RENUNGLAH WAHAI IBUBAPA SEKALIAN

RENUNGLAH WAHAI IBUBAPA SEKALIAN

"Anak saya nie degil, takmau dengar cakap, pelajaran pun lembap, macam-macam dah cuba, tapi masih tak menjadi, saya jumpa dengan ramai USTAZ, perubatan Islam, ada yang kata saka dari saya, ada yang kata saka dari suami saya, saya pun kadang-kadang selalu bergaduh dengan suami saya, tolong buang saka saya ustaz."

Persoalan di atas adalah antara bermacam-macam soalan yang tampil menerjah sang faqir dalam ikhtiar berkaitan masalah anak atau rumahtangga.

Sebagai renungan bersama, berikut adalah persoalan yang sang faqir ajukan kembali kepada penanya, semoga menjadi panduan kepada kita semua jua.

1) Sejauh manakah anak-anak mengenali ALLAH dan RasulNYA?

2) Seakrab manakah anak-anak dengan Al Quran?

3) Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membaca hadis atau sirah kepada anak-anak?

4) Adakah 2-3 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membelai dan bermain dengan anak-anak yang masih kanak-kanak?

5) Berapa kerapkah dalam seminggu memeluk dan mencium ubun-ubun anak-anak yang masih kanak-kanak terutama sebelum mereka tidur?

6) Berapa kerapkah menyuap anak-anak makan dalam seminggu?

7) Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk berbual dengan anak-anak yang sedang meningkat umur(remaja)?

8) Berapa kerap dalam seminggu menunaikan solat 5 waktu berjemaah dengan anak-anak?

9) Berapa kerap mendengar anak-anak mendoakan ibubapa mereka dalam seminggu?

10) Pernahkah memandang wajah anak, sambil memegang tangan mereka dan berkata, "nanti pegang tangan papa & mama/ abi& umi/ walid &umi, macam nie tau masa masuk syurga."

Masing-masing kita boleh melihat persoalan-persoalan asas dalam mengharungi lautan keibubapaan ini.

Oleh kerana cenderungnya jiwa kepada perkara yang magikal, membuatkan hati terlupa kepada hal yang lebih logikal, mata tertutup kepada penyelesaian yang lebih rasional



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com 


IKHTIAR MASALAH GANGGUAN

IKHTIAR MASALAH GANGGUAN :

1) Pastikan diri dalam keadaan berwudhuk, berada di tempat yang bersih dan tenang (tidak dikhalayak)

2) Sebaiknya dirikan solat sunat taubat 2 rakaat.

3) Selesai solat, jari telunjuk kanan diletakkan (tunjuk) ke dada kiri, mata dipejamkan dan hadirkan kalimah الله di depan wajah.

4) Tarik nafas melalui hidung, dalam hati, ucap Ismuzzat, الله , tahan nafas, (dalam hati) ucapkan kalimah Toyyibah لا إله إلا الله, sebanyak mungkin.

5) Lepaskan nafas perlahan-lahan, dengan Kalimah Huu. Dengan doa, MOHON semoga ALLAH Azza Wajalla keluarkan segala yang bathil.

6) Ulang langkah dalam bilangan ganjil. Sepanjang amalan, jangan dialihkan 'pandangan' daripada kalimah الله di depan mata.

7) Jika selepas dilepaskan nafas, ada berbau terbakar atau hangit, adalah lebih baik, membuat mandian. (Pastikan periksa rumah dahulu, bimbang dapur yang terbakar )

InsyaALLAH, jika ada berbau hangit atau terbakar, itu bermaksud, anda telah dibebaskan oleh ALLAH dari gangguan tersebut.

Paling utama, HARAP pada Redha dan Rahmat ALLAH Jalla WaAla akan segala amal dan perbuatan.

BarakALLAHu fikum.




Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com