Showing posts with label Doa Khas. Show all posts

Monday, 28 January 2013
Bagi Mengembalikan Barang Hilang
Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.
3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
- Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
- Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
- Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
- Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan
keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin
daripada mula.
- Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
- Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga,
keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik
membaca Yaasin daripada mula.
- Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
- Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.
Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dari sumber : Darussyifa’
Tuesday, 20 November 2012
Doa Agar Hilang Keinginan Untuk Berzina
Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.
Bacakan
ke atas anak ketika dia sedang tidur dengan meletakkan tangan anda di
atas dadanya (anak lelaki) dan tempat yang sesuai (anak perempuan).
Renungan Hadis
Daripada Abu Umamah r.a beliau bercerita: Suatu hari seorang pemuda datang
kepada Nabi SAW, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah izinkan
saya berzina. Lalu para sahabat yang hadir menoleh kepada pemuda itu dan
mencemuhnya. Lalu Rasulullah SAW memanggilnya: Mari dekat sini. Dia pun duduk
dekat Rasulullah.
Rasulullah berkata: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu kamu?
Pemuda itu
menjawab: Tidak, demi Allah, Moga Allah menjadikan aku tebusanmu (iaitu
sekiranya engkau ditawan, aku rela jadi tebusanmu).
Baginda bersabda: Begitu
juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu mereka. Baginda bersabda
lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada anak perempuanmu? Pemuda itu
berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu.
Baginda bersabda:
Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada anak-anak perempuan
mereka. Baginda bersabda lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada saudara
perempuan kamu? Pemuda itu menjawab: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku
tebusanmu.
Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi
pada saudara perempuan mereka. Rasulullah berkata lagi: Adakah kamu suka zina
itu terjadi pada ibu saudaramu (sebelah ayah)?
Pemuda itu berkata: Demi Allah,
moga Allah menjadikan aku tebusanmu.
Baginda bersabda: Begitu juga orang lain
tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka. Rasulullah berkata lagi:
Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu saudaramu (sebelah ibu)?

Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.
Kemudian Rasullullah meletakkan tangannya di (dada) lelaki itu dan berdoa: Ya
Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Sesudah
itu pemuda tersebut berpaling ( tidak berkeinginan) untuk berzina.
Riwayat Ahmad
sumber : majalah Solusi
Bacakan ke atas anak ketika dia sedang tidur dengan meletakkan tangan anda di atas dadanya (anak lelaki) dan tempat yang sesuai (anak perempuan).

Thursday, 30 August 2012
Wednesday, 28 March 2012
Doa ketika mendengar salakan anjing waktu malam
"Apabila kamu mendengar salakan anjing maka pohonlah perlindungan dengan Allah daripada kerana sesungguhnya ia telah melihat sesuatu yang kamu tidak lihat."
Doa ketika mendengar kokokan ayam dan laungan keldai
"Apabila kamu mendengar kokokan ayam maka pohonlah rahmat daripada Allah kerana sesungguhnya ia telah melihat malaikat.
Apabila kamu mendengar surai keldai maka pohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan kerana sesungguhnya ia telah melihat."
sumber: Riwayat Al Bukhari dan Muslim 4/2092

Tuesday, 6 March 2012
Doa ketika kita ditimpa musibah
"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali, Ya Allah, Berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya."
sumber: Riwayat Muslim 2/632
sumber: Riwayat Muslim 2/632
Doa dan Kelebihan ziarah orang sakit
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya."
sumber: Riwayat At Tirmizi 1/286, Ibnu Majah 1/244 dan Ahmad
"Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya Allah."
sumber: Riwayat A Bukhari 10/118
dan
"Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung supaya menyembuhkan engkau." baca 7 kali
sumber: Riwayat At Tirmizi 2/210

Doa ketika menutup mayat
"Ya Allah, ampunilah (sebut namanya..) , angkatlah martabatnya di kalangan orag-orang yang diberi hidayah, gantilah dia selepas pemergianya, ampunilah kami dan dia wahai Tuhan Sekelian Alam, perluaskanlah kuburnya dan sinarilah cahaya di dalam kuburnya."
sumber: Riwayat Muslim 2/ 634
Doa ke atas musuh
"Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang pantas perhitungannya, kalahkanlah kumpulan kafir. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan goncangkanlah kedudukan mereka."
sumber : Riwayat Muslim 3/ 1362
"Ya Allah, lindungilah aku daripada kejahatan mereka dengan sesuatu yang Engkau kehendaki"
sumber : Riwayat Muslim 4/ 2300
Doa ketika berhadapan dengan musuh
" Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka."
sumber: Abu Daud 2/89
sumber: Abu Daud 2/89
Saturday, 3 March 2012
Doa ketika lulus cemerlang dalam peperiksaan
"Maha Suci Allah, Ya Allah ampunilah aku, sesungguhnya Engkaulah Pemberi Kurnia"
sumber: Riwayat Al Hakim 1849
sumber: Riwayat Al Hakim 1849
Doa Memohon kejayaan
"Ya Allah, aku memohon kepada Mu kemurnianiman dan akhlak terpuji, serta kecemerlangan yang disertai kejayaan dan aku memohon curahan rahmat, kesihatan, pengampunan dan keredhaan daripadaMu."
sumber: Riwayat Al Hakim no 1919
Doa agar memudahkan menghadapi peperiksaan
"Ya Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau mengkehendakinya."
sumber: Ibnu Hibban 974
Doa agar anak mudah menghafal pelajaran
" Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahan, pilihlah kami jangan Engkau biarkan dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami"
sumber: Riwayat At Tirmizi 3173
Monday, 27 February 2012
Doa Ketika Kemarau
Surah Ash-Shuraa ayat 28
28) Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.

Doa para malaikat untuk orang bertaubat dan mengikuti jalan al-Qur'an
Surah Ghafir ayat 7-9
7) "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.
8) "Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
9) "Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)".

Doa Nabi Lut - Agar Selamat Dari ahli Maksiat
Surah Al Shu'ara' ayat 169
169)"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."

Doa Penawar segala penyakit
Surah Al Mu'minun ayat 115 - 118
115) "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
116) Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
117) Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.
118) Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
Al-Hakim, Abu ya’la, Ibn abi Hatim, Ibn sunni dan al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa beliau telah membacakan ayat-ayat ini ke telinga seorang pesakit, lalu sembuhlah dia. Nabi s.a.w. telah bertanya kepadanya: “Apakah yang dibacanya itu?” Beliau menjawab: “ayat-ayat terakhir daripada surah al-Mu’minun.” Nabi bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada pada tangan-Nya, jika dibaca oleh seseorang kamu dengan yakin kepada gunung nescaya akan pecah gunung itu.” (ad-Durrul Manthur, tafsir ayat 115-118, surah al-Mu’minun)

Sunday, 26 February 2012
Doa memohon tempat yang berkat
Surah Al Mu'minun ayat 29
29) Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ' "

Subscribe to:
Posts (Atom)