Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Saturday 15 December 2012

Saintis Temui Pasak Bumi

Saintis Temui Pasak Bumi (Bukti Kebenaran Al-Quran)



Naica Giant Crystal Cave


Assalamualaikum dan salam pembaca, pernahkah anda membaca terjemahan ayat -ayat suci ini.



Allah SWT berfirman (maksud):



"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)" (Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)



Allah SWT berfirman (maksud):


"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)



Dan Allah SWT berfiman juga berfirman (maksud):



"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu." (Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)



dalam sesetengah tafsir disebut


”Dan Dia menancapkan gunung-gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak berguncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”



Sebagai orang islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul.Sekarang tengok gambar ni pula.
Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang terletak di Naica Mexico, gua ini dipenuhi dengan batu-batu kristal yang berbentuk seperi pasak atau pancang seperti yang biasanya dipasang pada bangunan bangunan besar ada yang sampai dengan 12 meter panjang. Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai.

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave


Dikatakan sejak penemuan gua bawah tanah ini sudah ramai saintis seluruh dunia yang datang untuk melakukan kajian.



Pengarang buku The Earth" ("Bumi"). yang menjadi rujukan di banyak universiti-universiti di seluruh dunia. Dr. Frank Press. (Beliau juga pernah menjadi penasihat sains kepada bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter).



"Menyatakan bahawa gunung-ganang hanyalah sebahagian daripada sebuah ‘binaan yang besar’ dimana akarnya memanjang jauh ke dalam perut bumi. Dr. Press menulis lagi bahawa gunung-gunung sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi." Inilah yang diperkatakan oleh Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.
Gambar 7. Gunung-gunung memiliki akar yang dalam di bawah permukaan tanah. (Earth, Press dan Siever, hal. 413)
Gambar 7. Gunung-gunung memiliki akar yang dalam di bawah permukaan tanah. (Earth, Press dan Siever, hal. 413)
Gambar 8. Bagan potongan melintang. Gunung-gunung, sebagaimana pasak, memiliki akar yang menghunjam di bawah tanah. (Anatomy of the Earth, Cailleux, hal. 220)
Gambar 8. Bagan potongan melintang. Gunung-gunung, sebagaimana pasak memiliki akar yang menghunjam di bawah tanah. (Anatomy of the Earth, Cailleux, hal. 220)

Subahanallah,benarlah firman Allah Yang Maha Kuasa.

Bukti penemuan sainstis ini, Lihatlah semua 5 video dibawah :








Saturday 8 December 2012

Tanda Khatamun Nubuwwah

RINGKASAN ULASAN :  




Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a. dikemukakan:
“saudara ibuku membawa aku untuk menemui Nabi s.a.w., lantas ia berkata kepada Rasulullah s.a.w.: ,’ anak saudaraku ini sakit.’

Ketika itu, Rasulullah s.a.w. menyapu kepalaku (as-Sa’ib), mendoakan keberkahan untukku dan berwudhu. Air sisa wudhu’nya lalu kuminum. Setelah itu, aku berdiri di belakangnya; aku memandang kepada khatam (tanda) yang terletak di antara kedua bahunya. Ternyata, khatam itu sebesar telur burung dara.”

(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dari Hatim bin Ismail, dari Ja’d bin ‘Abdurrahman yang bersumber dari Sa’ib bin Yazid r.a.)

dari Jabir bin Samurah r.a. mengemukakan perihal Khatamun-Nabi sebagai berikut:
“Aku pernah melihat khatam (kenabian)… Ia terletak di antara kedua bahu Rasulullah s.a.w. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung dara.”

(Riwayat Sa’id bin Ya’qub at-Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah r.a.)

Seorang wanita bernama Rumaitsah bercerita kepada cucunya, iaitu Ashim bin ‘Umar r.a. sebagai berikut:
“Waktu aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, aku duduk berdampingan dengan beliau s.a.w., begitu dekatnya, seandainya aku mahu mengucup tanda kenabian yang terletak di antara kedua bahunya, tentu dapat kulakukan.

Adapun, sabda beliau yang ditujukan kepada Sa’ad bin Mu’adz di kala meninggal dunia ialah: ‘bergoncang Arasy Allah yang Maha Rahman kerananya (kerana kematian Sa’ad).’”

(Riwayat Abu Mush’ab al-Madini, dari Yusuf bin al-Majisyun, dari bapanya, dari ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah yang bersumber dari neneknya, iaitu Rumaitsah)

Ibrahim bin Muhammad pernah mendengar salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata:
“Apabila ‘Ali k.w. menceritakan sifat Rasulullah s.a.w., maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata: ‘Di antara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para Nabi.’”

(Riwayat Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin ‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w.)

Dalam suatu riwayat, Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri mengadakan dialog dengan Abu Zaid ‘Amr bin Akhthab al-Anshari r.a. sebagai berikut:
“Abu Zaid berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: ‘Wahai Abu Zaid mendekatlah kepadaku dan usaplah belakang tubuhku.’
Maka belakang tubuhnya kuusap, dan terasa jari jemariku menyentuh Khatam. Aku (Alba’ bin Ahmar al-Yaskuri) bertanya kepada Abu Zaid: ‘Apakah khatam itu?’
Abu Zaid menjawab: ‘Kumpulan bulu-bulu.’”

(Riwayat Muhammad bin Basyar, dari Abu ‘Ashim dari ‘Uzrah bin Tsabit, yang bersumber dari Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri)

Abu Buraidah r.a. menceritakan tentang pengalaman Salman al-Farisi sebagai berikut:
“Salman al-farisi datang membawa baki berisi kurma kepada Rasulullah s.a.w. (sewaktu ia baru tiba di Madinah). Baki itu diletakkannya di hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Wahai Salman! Apa ini?’
Salman menjawab: ‘Ini sedekah buat anda dan sahabat anda.’
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Angkatlah ini dari sini, kami tidak makan sedekah.’
Baki itu pun diangkat oleh Salman. Keesokan harinya, ia datang lagi dengan membawa makanan yang serupa dan diletakkan di hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘ Apakah ini wahai Salman?’
Salman menjawab: ‘ Ini adalah hadiah buat tuan.’
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya: ‘HIdangkanlah!’
Kemudian Salman memperhatikan Khatam yang terletak di belakang Rasulullah s.a.w. (bahagian belakang badannya sebelah atas) maka ia pun (Salman) menyatakan keimanannya kepada Beliau. Salman r.a. adalah budak seorang Yahudi, maka oleh rasulullah s.a.w. ia dibeli dengan beberapa dirham, yakni dengan cara mengupah menanam pohon kurma. Salman bekerja di kebun itu sampai pohon-pohon kurman itu berbuah. Rasulullah s.a.w. membantunya menanam pohon-pohon itu. Di antaranya ada sebatang pohon yang ditanam ‘Umar r.a.
Pohon-pohon itu tumbuh dengan subur, kecuali sebatang pohon yang mati.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Kenapa pohon yang satu ini?’
Umar r.a. menjawab: ‘Wahai Rasulullah, sayalah yang menanamnya.’
Rasulullah s.a.w. pun mencabutnya, kemudian menanaminya lagi, dan tumbuhlah dengan baik.”

(Riwayat Abu ‘Ammar bin Harits al-Khuza’i, dari ‘Ali bin Husein bin Waqid, dari ‘Abdullah bin Buraidah, yang bersumber dari Abu Buraidah r.a.)

Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:
Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah s.a.w.
Ia menjawab: ‘ Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yang menyembul.”

(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)

‘Abdullah bin Sirjis menceritakan pengalamannya tatkala bersama Rasulullah s.a.w.:
Aku datang menghadap Rasulullah s.a.w. sewaktu beliau sedang berada di antara sahabat-sahabatnya. Aku berkeliling sedemikian rupa di belakangnya. Rupanya beliau mengerti apa yang kuinginkan, maka beliau melepaskan selendang dari belakangnya, kemudian terlihatlah olehku tempat Khatam Kenabian yang berada di antara kedua bahunya sebesar genggaman tangan, di sekitarnya terdapat tahi lalat, seakan-akan kumpulan jerawat. Sebelum aku kembali, aku menghadap dulu kepada Rasulullah s.a.w., kemudian kukatakan:
‘Wahai Rasulullah, semoga Allah s.w.t. melimpahkan maghfirah-Nya kepada tuan!’
Beliau pun menjawab:
‘Bagimu juga.’
Orang-orang (yang berada) ketika itu bertanya:
‘Apakah Rasulullah s.a.w. memohonkan ampunan untukmu?’
Ia menjawab:
‘Ya, dan juga untuk kalian!’
Kemudian, ia membaca ayat yang bermaksud:
“Dan mohonlah ampun kerana dosamu dan mohonlah ampun untuk orang-orang Mu’min, lelaki dan perempuan.” (Muhammad:19)
(riwayat Ahmad bin al-Muqaddam ‘Abul Asy’ats al-’Ajali al-Bashri, dari Hammad bin Zaid dari ‘Ashim al-Ahwal, yang bersumber dari ‘Abdullah bin Sirjis).
Semoga maklumat yang disebarkan ini dapat menambahkan kefahaman dan kecintaan kita  bersama tentang kelebihan dan kemuliaan sifat peribadi Rasulullah SAW  .



sumber petikan dari  (http://salafytobat.wordpress.com )

Friday 7 December 2012

Rahsia Al Fatihah -Amalan Wali Sembilan

Sekiranya kita memerhatikan benar-benar amalan mereka memang menggerunkan kita. bilamana mereka telah berniat untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui perubatan, mereka saban malam berzikir al fatihah berulang kali tanpa henti-henti , dengan bilamana tiba kepada ayat :


إياك نعبد وإياك نستعين


mereka terus berniat di tunaikan hajat mereka untuk menyembuhkan sakit pesakit.


ada juga guru-guru mereka yang soleh mengajar berdoa bilamana tiba pada ayat:


إهدنا الصراط المستقيم



mereka terus berniat di sembuhkan penyakit


Bayangkan kesungguhan mereka yang tinggi, walaupun dengan amalan yang kita katakan pada hari ini cukup mudah, datanglah keberkatan yang akhirnya membawakan amalan mereka kepada mustajab.











sumber: http://warisansunankalijaga.blogspot.com



 

Hikmah Al Fatihah 2

Surah al-Fatihah:
-Membaca Fatihah kitab (al-Quran) mendapat pahala seperti membaca sepertiga al-Quran.
-Amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu’ dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya-Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan; di samping itu dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang merosakkan.
-Amalkan membaca al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca Surah al-Ikhlas tiga kali, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas, insya-Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
-Bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik, termasuk untuk mendapat kenaikan pangkat/darjat, untuk mendapat rezeki yang lumayan dari keadaan fakir, untuk dapat menyelesaikan hutang, untuk menyembuhkan penyakit, agar anak menjadi soleh dan berbagai hajat lagi, maka hendaklah memohon kepada Allah s.w.t. dengan membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali setiap hari. Waktunya ialah antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh. Amalkan amalan ini sehingga 40 hari, insya-Allah hajat kita akan di kurnia Allah s.w.t.
-Amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap lepas solat fardhu, insya-Allah akan memperolehi rezeki yang lumayan, pangkat/darjat yang baik di sisi masyarakat, baik akhlak. Mudah dalam urusan hidupnya dan kaum keluarga mendapat perlindungan Allah s.w.t.
-Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali semasa makan sahur malam. Insya-Allah akan dimakbulkan Allah s.w.t.
-Setengah ulama menganjurkan membaca al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap lepas solat Maghrib dan sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah s.w.t. Insya-Allah hajatnya akan termakbul.
- Baca al-Fatihah sebanyak 41 kali, insya-Allah dapat mengubati sakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

          “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkaubukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab‘Qaddasallaahusirrahu’
 
 
 
 
dari sumber: http://aura-hikmah.blogspot.com
 
 
 
 
 

Hikmah Al Fatihah 1



Al-Fatihah

ILMU HIKMAH SURAH AL-FATIHAH

Menyembuh penyakit

Bacakan al-fatihah sebanyak 40 kali ke dalam bekas yang ada air pastikan air itu mesti air hidup yakni air yang belum dimasak setelah sapukan  ke bahagian muka kepada, kedua belah tangan, kaki atau mana-mana anggota yang sakit insyallah dengan izin Allah swt penyakit yang kita alami akan beransur sembuh.

Akan tetapi jika seseorang itu bahagian badannya tidak boleh dikenakan dengan air maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali kepada air yang hidup dimana tidak dimasak kemudian ditiup setiap kali Al-Fatihah

kemudian bacalah doa dibawah:

“ YA ALLAH SEMBUHKAN, KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PENYEMBUH, YA ALLAH LINDUNGKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PERLINDUNG, YA ALLAH PULIHKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PEMULIH”
Berikanlah orang yang sakit itu air yang kita sediakan tadi.

Melepaskan daripada ikatan ataupun dibelenggu
Bacalah al-Fatihah sebanyak 121 kali kemudian tiupkan hembuskan ke atas ikatan ataupun belenggu ataupun rantai insyallah akan terhurai ikatan itu dengan izin allah ianya sangat mustajab.

Menghilangkan rasa lapar ataupun dahaga
Jika kita kehabisan bekalan atau minuman ataupun sesat didalam hutan ataupun dilautan dan merasa lapar dan apabila kita lapar maka perasaan takut akan tiba bacalah surah al-Fatihah pada telapak tangan 1 kali kemudian diusapkan pada muka hingga ke perut Dengan izin Allah perasaan lapar dan dahaga itu akan hilang.

Menyelesaikan pekara yang rumit-rumit ataupun masalah
Bacalah al-Fatihah sebanyak 41 kali di waktu tengah malam. Dengan izin Allah dimudahkan kerja atau masalah yang dihadapi.

Membuat minyak penyembuhan
Bacalah al-Fatihah sebanyak 70 kali ke dalam apa jua minyak dan kemudian disimpan agar tidak terlangkah. Ianya boleh dicuba atau diamalkan bagi mereka yang mengalami penyakit lumpuh, angin ahmar, menguatkan urat saraf sakit belakang atau sakit pinggang

Cara gunakan : gosokan minyak yang telah disediakan tadi ditempat-tempat yang sakit dan semasa kita gosokan sila baca doa syifa akan tetapi jika kita tidak ingin bacalah al-Fatihah pun boleh.

Meminta sesuatu hajat

Bacalah al-Fatihah sebanyak 41 kali selepas magrib kemudian berdoa dan mintalah apa-apa yang dikehendaki. Tetapi selepas salam terakhir pastikan kita tetapkan kedudukan kita atau erti lain jangan beralih daripada tempat kedudukan kita. Insyallah apa yang diminta akan dikurnaikan dengan pada ketentuannya.

Membuat air penerang hati
  • Bacalah al-fatihah sebanyak 70 kali sehari
  • Buatlah berterusan sehingga 7 hari berturut-turut
  • Bacalah dan dihembuskan ke dalam air dimana mengunakan air atau bekas yang sama setiap kali dibaca atau dihembus
  • Berilah minum pada anak kita atau sesiapa pun yang kurang pandai (bodoh) gelap hatinya atau
  • kurang cerdas insyallah berbukalah ikatan. Dimana yang kurang pandai akan dikurniakan
  • kepandaianya yang hati gelap akan diterangkan yang kurang cerdas akan dicerdaskan insyallah.
Mempermudahkan naik pangkat
Bacalah al-fatihah sebanayk 41 kali diantara sembahyang sunat subuh dan fardu selama 40 hari berturut-turut dengan tidak lebih dan tidak kurang. Selepas kita baca surah al-Fatihah itu maka niatkan sahaja apa yang dikehendaki ataupun yang dihajat ianya tidak semestinya untuk naik pangkat boleh digunakan untuk niat yang lain.


Memudahkan mendapatkan anak bagi yang mandul

Bacalah al-fatihah sebanayk 41 kali diantara sembahyang sunat subuh dan fardu selama 40 hari berturut-turut dengan tidak lebih dan tidak kurang. Selepas kita baca surah al-Fatihah itu maka niatkan sahaja apa yang dikehendaki ataupun yang dihajat ianya tidak semestinya untuk tujuan mandul boleh digunakan untuk tujuan yang lain.

Mempunyai hajat- hajat yang kecil ataupun besar
Jika kita mempunyai sebarang hajat samada kecil ataupun besar maka sila lakukan dibawah
  • Sembahyang hajat 2 rakaat
  • Teruskan menghapa kiblat
  • Bacalah ayat-ayat seperti dibawah dengan penuh tertib, khusuk
    Al-fatihah
    satu kali
    Al-Ikhlas
    tiga kali
  • Kemudian mintalah apa-apa yang dihajat atau yang kita mahu. Selepas kita itu disudahi dengan selawat nabi dan pujian-pujian bagi allah
Wirit al-Fatihah
Jika kita membaca al-Fatihah sebanyak 1,000 kali sehari. Insyallah akan dikurniakan perkara seperti berikut
  • Dibersihkan akan hatinya
  • Dimudahkan pekerjaan
  • Dilepaskan dari duka cita
  • Dijauhkan daripada kemudaratan
  • Diberi kerajinan dan semangat
  • Tidak dikecewakan
  • Diilhamkan kebajikan atau perkara-perkara yang kita tidak tahu
  • Diperbaiki kedudukan atau pangkatnya
  • Dan lain-lain perkara yang tidak dapat difikirkan oleh manusia.
Wirit al-Fatihah diantara fardu subuh
Solat sunat subuh terlebih dahulu kemudian duduk dan baca al-Fatihah sebanyak 41 kali sementara menunggu waktu fardu subuh insyallah akan :
  • Dinaikkan pangkat jika dihajati demikian dan izinnya
  • Dimewahkan rezeki sehingga menjadi kaya ataupun stabil dengan izinya
  • Dilepaskan daripada hutang yang banyak
  • Disembuhkan daripada penyakit yang amat sukar disembuhkan.
  • Dikuatkan semanggat /tenaga
  • Dan banyak lagi yang tidak dapat difikir oleh manusia.
Semoga ianya dapat membantu kita seharian. Insya Allah.


dari sumber: http://mysaffiyah.wordpress.com

Wednesday 5 December 2012

Selawat Tafrijiyah





"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".






Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Kelebihan Selawat Tafrijiah

 
Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke darjat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.


4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.







Tuesday 20 November 2012

Doa Agar Hilang Keinginan Untuk Berzina


Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

  Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.


Bacakan ke atas anak ketika dia sedang tidur dengan meletakkan tangan anda di atas dadanya (anak lelaki) dan tempat yang sesuai (anak perempuan).

Renungan Hadis

Daripada Abu Umamah r.a beliau bercerita: Suatu hari seorang pemuda datang kepada Nabi SAW, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah izinkan
saya berzina. Lalu para sahabat yang hadir menoleh kepada pemuda itu dan mencemuhnya. Lalu Rasulullah SAW memanggilnya: Mari dekat sini. Dia pun duduk dekat Rasulullah.
Rasulullah berkata: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu kamu?
Pemuda itu menjawab: Tidak, demi Allah, Moga Allah menjadikan aku tebusanmu (iaitu sekiranya engkau ditawan, aku rela jadi tebusanmu).
Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu mereka. Baginda bersabda lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada anak perempuanmu? Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu.
Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada anak-anak perempuan mereka. Baginda bersabda lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada saudara perempuan kamu? Pemuda itu menjawab: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu.
Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka. Rasulullah berkata lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu saudaramu (sebelah ayah)?
Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu.
Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka. Rasulullah berkata lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu saudaramu (sebelah ibu)?
Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu.
Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka. Kemudian Rasullullah meletakkan tangannya di (dada) lelaki itu dan berdoa: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Sesudah itu pemuda tersebut berpaling ( tidak berkeinginan) untuk berzina.

Riwayat Ahmad
 
 
sumber : majalah Solusi

8 Amalan Penambahan Rezeki


Friday 14 September 2012

Adab di pasar cara Rasullulah SAW

Panduan Ketika Hamil dan Bersalin

Ucaplah Bismillah

Minat Rasulullah S.A.W pada wangian

Rasulullah SAW sentiasa senyum

Bergaul dengan kanak-kanak cara Rasulullah SAW

Berwuduk cara Rasulullah SAW

Bersuci cara Rasulullah s.a.w






Bersuci cara Rasulullah..

1. Membasuh tangan
2. Membasuh tempat hadas dan menghilangkan bekas. Menyucikan najis di bahagian depan dan belakang
3. Berwuduk
4. Meleraikan rambut dengan jari jemari
5. Menuangkan air ke kepala agar seluruh rambut mengenai air sebanyak 3 kali
6. Membasuh sebelah kanan bahagian depan
7. Membasuh sebelah kanan bahagian belakang
8. Membasuh sebelah kiri bahagian depan
9. Membasuh sebelah kiri bahagian belakang
10. Membasuh kaki


"Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku nescaya kamu dicintai Allah" (Surah Al Imran : 31)

Lihat penuh video untuk mendengar ulasan berkaitan larangan membazir ketika berwuduk dan bersuci.

Alam Kubur

Part 1





Part 2


Video Alam Kubur Part 2













Azab Kubur







Thursday 13 September 2012

Pengakuan Syaitan Yang Terakhir



 
 
 
 
Maksudnya:
 
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.



(Surah Ibrahim, 14:22)

Sunday 9 September 2012

Antara Penghalang terkabulnya Doa

1-Makan dan minum serta memakai barang yang haram.

2-Terburu2 (mahu cepat-cepat dimakbulkan doa)

3-Melakukan kemaksiatan dan perkara-perkara yang haram

4-Meninggalkan kewajipan-kewajipan yang telah Allah telah perintahkan.

5-Berdoa dengan doa yang mengandungi dosa atau memutus silaturahim.


Tips mendapat ilmu yang berkat


1.           Memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran guru.
2.           Mendiamkan diri sewaktu guru menyampaikan ilmu
3.           Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan guru.
4.           Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh didengari.
5.           Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
6.           Menghormati guru di hadapan dan dibelakangnya.
7.           Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
8.           Mendoakan kebaikan baginya.
 
 
 
sumber: Majalah Al Ustaz

Adab-adab dalam berdoa


 

1.          Memulakan dan menutup doa dengan hamdalah dan selawat ke atas Nabi s.a.w.

2.          Sentiasa berdoa sama ada ketika lapang atau sibuk.

3.          Merendahkan suara ketika berdoa.

4.          Merendah diri di hadapan Allah ketika berdoa.

5.          Selalu mengulang-ulang dan terus menerus berdoa kepada Allah

6.          Mengakui segala dosa yang dilakukan dan segala nikmat yang telah diberikan ketika berdoa.

7.          Tidak bersajak-sajak dalam berdoa.

8.          Mengulangi doa sebanyak tiga kali.

9.          Menghadap kiblat.

10.    Mengangkat kedua tangan ketika berdoa.

11.    Berwuduk sebelum berdoa sekiranya tidak menyukarkan.

12.    Berdoa sambil menangis kerana takut kepada Allah.

13.    Menampakkan di hadapan Allah bahawa dirinya benar-benar berhajat dan mengadu segala keluhan di hadapan Allah.

14.    Memulakan berdoa dengan dirinya, jika ingin berdoa untuk orang lain

15.    Tidak melampaui batas dalam berdoa

16.    Bertaubat dan menolak segala bentuk kezaliman

17.    Mendahulukan dengan mengerjakan amal-amal soleh (seperti sedekah, solat, zakat dan sebagainya) ketika mahu berdoa.

 

 
sumber: majalah al Ustaz

Friday 7 September 2012

Ujian dari Allah....

Doa Ketetapan Hati

Kelebihan Surah Al Kahfi pada hari Jumaat

 
 
 
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
 
1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”.
(HR Muslim 809)