Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Wednesday 22 January 2014

IKHTIAR UNTUK DENGGI


IKHTIAR MASALAH DENGGI
Demam denggi disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (Genus Flavivirus) yang dibawa oleh nyamuk aedes betina.

Simptom-simptom seperti :

1) Demam mengejut dan tidak kebah, dengan
2) Sakit kepala teruk,
3) Sakit di belakang bebola mata (pedih dan sengal).
4) Sakit sendi dan otot


Adalah antara tanda awal bagi masalah jangkitan virus ini. Jika ada tanda-tanda seperti di atas ini, maka jangan berlengah ke hospital berhampiran atau mengambil langkah kawalan awalan. 
Kegagalan atau kelewatan merawatnya akan menyebabkan :

1) Radang hati
2) Radang otak
3) Radang Otot kardiak (otot jantung)


Yang dalam ertikata lain
MEMBAWA MAUT.

Secara ringkasnya, bagi permasalahan ini, terdapat dua keadaan penting untuk membendungnya, iaitu :

1) Mencegah
2) Merawat

Dua keadaan ini amat berbeza keadaannya serta kaedah menguruskannya.

Bagi Mencegah jangkitan virus denggi ini, adalah :
1) Menelan Pati Habbatussawda (3ml) setiap pagi sebelum sarapan bagi mengaktifkan sistem lobulus di dalam hati (liver) untuk sumber metabolisme hati bagi mencegah segala antigen(virus) yang menganggu sistem tubuh.

2) Amalkan memakan sekurang-kurangnya
sebiji kurma sebagai awalan sarapan.

3) Amalkan
meminum susu kambing sebagai ambilan sarapan.

4) Banyakkan meminum
air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari.


Selain daripada memastikan tiada air bertakung di kawasan kediaman atau premis perniagaan.

Bagi kaedah Merawat, boleh dicuba :

1)
Air kelapa muda 250ml + Halia 2 inci (ditumbuk), kemudian diberi minum setiap 2jam.

Atau

2)
Daun sirih 3helai + Air panas (150ml) + Cengkih 7kuntum + Bunga Lawang 3 kuntum. Direndam kesemua bahan di dalam air panas tersebut, tunggu sehingga suam, kemudian diberi minum kepada pesakit yang berisiko, setiap 2 jam.

Atau

3)
Habbatussawda (pati 6ml / bijian 5 cubit) + Madu lebah 5sudu besar (5ml x 5) + Pati Delima 5 sudu besar (5ml x 5). Digaulkan kesemua bahan, biarkan selama seminit (untuk sebatian). Kemudian diberi pesakit berisiko telan sebaiknya sebelum memakan makanan berat. Selepas 1-3 minit, pesakit disarankan meminum air putih.

Banyak lagi kaedah bagi menangani masalah Virus Genus Flavivirus (Denggi) ini.
 
Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com
 

Tuesday 21 January 2014

RENUNGLAH WAHAI IBUBAPA SEKALIAN

RENUNGLAH WAHAI IBUBAPA SEKALIAN

"Anak saya nie degil, takmau dengar cakap, pelajaran pun lembap, macam-macam dah cuba, tapi masih tak menjadi, saya jumpa dengan ramai USTAZ, perubatan Islam, ada yang kata saka dari saya, ada yang kata saka dari suami saya, saya pun kadang-kadang selalu bergaduh dengan suami saya, tolong buang saka saya ustaz."

Persoalan di atas adalah antara bermacam-macam soalan yang tampil menerjah sang faqir dalam ikhtiar berkaitan masalah anak atau rumahtangga.

Sebagai renungan bersama, berikut adalah persoalan yang sang faqir ajukan kembali kepada penanya, semoga menjadi panduan kepada kita semua jua.

1) Sejauh manakah anak-anak mengenali ALLAH dan RasulNYA?

2) Seakrab manakah anak-anak dengan Al Quran?

3) Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membaca hadis atau sirah kepada anak-anak?

4) Adakah 2-3 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membelai dan bermain dengan anak-anak yang masih kanak-kanak?

5) Berapa kerapkah dalam seminggu memeluk dan mencium ubun-ubun anak-anak yang masih kanak-kanak terutama sebelum mereka tidur?

6) Berapa kerapkah menyuap anak-anak makan dalam seminggu?

7) Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk berbual dengan anak-anak yang sedang meningkat umur(remaja)?

8) Berapa kerap dalam seminggu menunaikan solat 5 waktu berjemaah dengan anak-anak?

9) Berapa kerap mendengar anak-anak mendoakan ibubapa mereka dalam seminggu?

10) Pernahkah memandang wajah anak, sambil memegang tangan mereka dan berkata, "nanti pegang tangan papa & mama/ abi& umi/ walid &umi, macam nie tau masa masuk syurga."

Masing-masing kita boleh melihat persoalan-persoalan asas dalam mengharungi lautan keibubapaan ini.

Oleh kerana cenderungnya jiwa kepada perkara yang magikal, membuatkan hati terlupa kepada hal yang lebih logikal, mata tertutup kepada penyelesaian yang lebih rasional



Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com 


IKHTIAR MASALAH GANGGUAN

IKHTIAR MASALAH GANGGUAN :

1) Pastikan diri dalam keadaan berwudhuk, berada di tempat yang bersih dan tenang (tidak dikhalayak)

2) Sebaiknya dirikan solat sunat taubat 2 rakaat.

3) Selesai solat, jari telunjuk kanan diletakkan (tunjuk) ke dada kiri, mata dipejamkan dan hadirkan kalimah الله di depan wajah.

4) Tarik nafas melalui hidung, dalam hati, ucap Ismuzzat, الله , tahan nafas, (dalam hati) ucapkan kalimah Toyyibah لا إله إلا الله, sebanyak mungkin.

5) Lepaskan nafas perlahan-lahan, dengan Kalimah Huu. Dengan doa, MOHON semoga ALLAH Azza Wajalla keluarkan segala yang bathil.

6) Ulang langkah dalam bilangan ganjil. Sepanjang amalan, jangan dialihkan 'pandangan' daripada kalimah الله di depan mata.

7) Jika selepas dilepaskan nafas, ada berbau terbakar atau hangit, adalah lebih baik, membuat mandian. (Pastikan periksa rumah dahulu, bimbang dapur yang terbakar )

InsyaALLAH, jika ada berbau hangit atau terbakar, itu bermaksud, anda telah dibebaskan oleh ALLAH dari gangguan tersebut.

Paling utama, HARAP pada Redha dan Rahmat ALLAH Jalla WaAla akan segala amal dan perbuatan.

BarakALLAHu fikum.




Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka 
                (Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
                http://terapi-alfatah.blogspot.com