MINYAK ZAITUN DAN KANSER USUS
 
    
Alhamdulillah , syukur pada Allah kerana sifat pengasih dan penyayang 
Nya menyebabkan kita dikurniakan pelbagai nikmat hasil dari 
penciptaanNya. Maka tidak perlu kita berpalin
g lagi
 dan mencari ciptaan manusia kerana sudah tentunya kesembuhan itu milik 
Allah sama ada secara terus dariNya atau hasil ciptaanNya dengan 
izinNya.
 
    Minyak zaitun sememangnya suatu keajaiban yang 
telah diabaikan hampir 100 tahun terutamanya oleh masyarakat Melayu. 
Sedangkan ianya jelas dipilih oleh Allah untuk dinyatakan dalam Quran 
yang mulia. Maka dengan pengabaian ini, rugilah seluruh tubuh ciptaan 
Allah ini tanpa disirami nikmat khasiat yang ada dalam minyak zaitun.
 Minyak zaitun adalah suatu khasiat yang sangat diperlukan oleh saluran 
penghadaman dan dari saluran penghadaman ini jugalah bermulanya semua 
penyakit. Maka dari situ jugalah bermulanya kesembuhan.
 
     
Kandungan sebatian phenol yang pelbagai di dalamnya atau disebut 
polyphenol merupakan adunan khas kombinasi phenol oleh Allah yang maha 
Mengetahui untuk kesihatan sel manusia. Apabila minyak yang mulia ini 
bersentuhan dengan mukosa usus kita, proses penyembuhan terus bermula. 
 
     Kanser usus adalah kebanyakannya disebabkan faktor makanan proses  
yang merosakkan vilus-vilus pencernaan dan juga pengambilan ubat-ubatan 
contohnya antibiotik yang memusnahkan bacteria baik di daalm usus 
seterusnya mengganggu keseimbangan ekologi dalaman usus. Bila ekologi 
ini terganggu, biasanya pesakit akan mendapat cirit birit yang kerap 
atau pun masalah sembelit. Masalah ini sekiranya diatasi dengan 
pengambilan ubatan kimia yang bersifat simptomatik tanpa melakukan 
perubahan dalam pemakanan, akan menerukkan lagi keadaan. Antara gejala 
kanser usus adalah berak berdarah, menurunnya berat badan, masalah 
penyerapan dan hilang selera makan.
 
      Minyak zaitun sudah 
dibuktikan sebagai pemakanan yang dapat membantu penderita kanser usus 
dan jika disinergikan dengan madu dan habbatus sauda, hasilnya amat 
memberangsangkan.
 Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik di 
Universiti Ulster, Ireland diketuai Dr Gill, mendapati kandungan 
polyphenol dalam minyak zaitun menyebabkan sel terlindung dari kerosakan
 DNA dan apabila diuji ke atas sel kanser usus, ianya mengurangkan 
pembahagian sel kanser dalam pelbagai peringkat(anti-promoter effect in 
carcinogenesis pathway).
 
      Mungkin ramai di antara kita yang
 sedang mempunyai kanser tetapi masih di peringkat awal dan tidak 
menunjukkan gejala. Untuk kanser peringkat ini, ianya amatlah sukar 
untuk dikesan oleh doktor dengan pasti. Maka adalah lebih baik kita 
mengamalkan minyak zaitun setiap hari sebagai langkah pencegahan yang 
tentunya lebih utama dari perawatan.
 
     Kajian yang dilakukan 
manusia memberi bukti yang kukuh dan mengangkat martabat minyak zaitun 
di mata manusia. Namun bagi manusia yang telah yakin 100% dengan kata2 
Allah, beramallah dengan minyak zaitun setiap hari dan jadikan ia 
senjata untuk melawan serangan penyakit yang semakin parah di zaman ini.
 Wallahu A’lam
Friday, 29 August 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)














No comments:
Post a Comment