MINYAK ZAITUN DAN DARAH TINGGI
Darah
 tinggi adalah suatu diagnosis yang diberikan oleh doktor perubatan 
moden sekiranya tekanan darah mencapai atau melebihi bacaan 140/90mmHg 
dalam 2 bacaan berlainan yang diambil sekurang-kurangnya dalam sela masa
 6 jam.
Apa sebenarnya yang berlaku dalam tubuh adalah sistem pengawalaturan 
tekanan darah telah terganggu. Sistem jantung dan aliran darah 
sepatutnya bekerja dalam satu sistem yang terkawal dan mengekalkan 
tekanan darah pada paras normal tidak kira apa juga aktiviti yang 
dilakukan.
Namun apa yang terjadi dalam penghidap darah tinggi, 
terdapatnya gangguan dalam aliran darah sama ada salur darah hilang 
kekenyalan, komponen darah menjadi pekat atau kemusnahan salur 
darah-salur darah mikro atau kecil yang membekali sel. Biasanya sel buah
 pinggang yang terlibat bila mana sel nefron(buah pinggang) menerima 
kurang bekalan darah, sel juxtaglumerular akan merembeskan sejenis bahan
 yang dipanggil renin agar tekanan darah dinaikkan seterusnya bekalan 
darah kepada sel nefron tadi dapat dipenuhi. Ini adalah respon 
tindakbalas biasa. Cuma , apabila keadaan tidak dibaiki dengan pemakanan
 yang memudaratkan, aliran darah akan semakin teruk dan seterusnya 
tekanan darah akan semakin tinggi dan boleh menyebabkan stroke.
Minyak zaitun mempunyai antioksida yang tinggi dalam bentuk polyphenol 
yang boleh meneutralkan radikal bebas yang banyak berlegar dalam aliran 
darah. Radikal bebas ini boleh memusnahkan sel salur darah seterusnya 
mengganggu penukaran bahan ke sel untuk proses penyembuhan. Apabila 
radikal bebas telah dihapuskan , maka aliran darah menjadi lancer dan 
pertukaran bahan nutrisi kepada sel juga akan menjadi normal dan 
kesembuhan sel berlaku. Lama- kelamaan tekanan darah akan menjadi normal
 kembali apabila sel nefron telah menerima bekalan darah yang cukup.
Namun , bagi kes darah tinggi di usia muda, sebab-sebab lain haruslah 
dikaji contohnya wujudnya tumour di buah pinggang, masalah endokrin 
seperti hyperthyroid dan juga masalah salur darah tidak normal (stenosis
 atau’ atriovenous malformation’). Bagi kes-kes sebegini , ada rawatan 
khusus yang diperlukan dan minyak zaitun juga boleh diambil sebagai 
makanan tambahan.
Dalam jurnal Archives of Internal Medicine tahun 2000, Dr Aldo Ferrara, 
Associate Professor of Internal Medicine di Frederico II University, 
Naples,Italy,mengatakan yang menjalankan kajian mendapati pengambilan 
40gram sehari minyak zaitun asli (bersamaan 4 sudu besar) dapat 
mengurangkan 50% dos ubatan darah tinggi yang diambil oleh pesakit . 
Kajian ini dilakukan selama setahun dan dibandingkan dengan minyak bunga
 matahari.
Dalam pesakit yang menggunakan minyak bunga matahari yang 
tiada kandungan polyphenols dos ubatan mereka tidak dapat diturunkan 
seperti dalam pesakit yang diberi minyak zaitun. Ada juga pesakit yang 
berjaya menghentikan terus ubatan darah tinggi mereka dengan mengamalkan
 minyak zaitun ‘extra-virgin’.
Cara hidup yang aktif haruslah diamalkan dengan konsisten. Lakukan 
senaman ringan 30 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Elakkan 
selalu duduk lama di depan komputer dan ‘gadget’ yang bukan sahaja tidak
 menggerakkan anggota tubuh malah memberi impak kesan buruk radiasi.
Friday, 29 August 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)














No comments:
Post a Comment