Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Sunday 19 February 2012

Bagi Anak Yang Teramat Degil

 


Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan DIA lah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa - Surah As-Syura ; Ayat 19.


Baca 19 kali pada air dan bagi minum kepada yang berkenaan . baca 19 kali pada ubun-ubun (anak-anak yang degil atau sesiapa yang dihajati). Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan kepadanya.
Ustaz Kazim
"Tanyalah Ustaz"



. Ayat 200 Surah Al Imran
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.



2. Ayat 30-31 Surah AnNaml

30."Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
31. "Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah).”

Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Surah Al Isra' - Ayat 82
 Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.


20 comments:

  1. Terima kasih dengan perkongsian ini.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana berkongsi pengetahuan ini

    ReplyDelete
  3. salam dan selamat hari raya, izinkan saya menggunakan blog ini sebagai rujukan dan juga doa-doa yang terdapat disini. Terima kasih semoga mendapat pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih..moga Allah sentiasa merahmati semua yg baik.

    ReplyDelete
  5. assalam. terima kasih. insyaallah sy ingin amalkan

    http://mawihasni.blogspot.com/2013/11/inner-tudung-wafiyya-anti-tembamcover.html

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam.Sesiapa yang ingin berkongsi ilmu dan amalan di dalam blog ini dipersilakan. Sesungguhnya ilmu ini milik Allah. Moga sama-sama dapat manafaat dan beramal ikhlas kerana Allah.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum wbt saudara...
    Izinkan saya jadikan blog tuan untuk rujukan dan amalan...
    Terima kasih berkongsi ilmu Allah ini.

    ReplyDelete
  8. Mohon untuk saya mengamalkan nya. Tkasih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Syukran boleh saya kongsi ilmu ini..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Syukran boleh saya kongsi ilmu ini..

    ReplyDelete
  11. Mohon untuk share dan mengamalkannya..terima kasih

    ReplyDelete
  12. terima kasih di atas perkongsian ilmu yang sangat bermanafaat ini.

    ReplyDelete
  13. trima kasih..izinkan sy share dan amalkan

    ReplyDelete
  14. terima kasih...mohon share dan amalkannya..

    ReplyDelete
  15. terima kasih izin share dan amalkanya

    ReplyDelete
  16. Tks atas perkongsian

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah perkongsian yang amat berguna..

    ReplyDelete