Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Wednesday 5 December 2012

Selawat Tafrijiyah





"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".






Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Kelebihan Selawat Tafrijiah

 
Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke darjat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.


4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.







11 comments:

  1. dimana sumber dalil nya mendapat fadhilat tersebut. sila sertakan rujukkan nya dari alquran dan hadis2 sahih.

    ReplyDelete
  2. Lu bahlul dalil nya dari para ulama ulama shalaf fus sholeh

    ReplyDelete
  3. Selawat yang paling utama adalah yang diajar nabi seperti dalam bacaan tahyatul akhir solat..WA..

    ReplyDelete
  4. Kalau tak percaye.. jgn duk gatai nak bace..

    ReplyDelete
  5. ayat di atas kusus buat org yg percaye jer.. mengaji bagi habis baru tau asal usul.. klu tak tau kemende.. diam jgn pula mudah menghukum mengatakan itu salah.. ini salah.. nak hadis? nak dalil? Pi cari mengaji sendiri.. semua bende nak kena suap.. pa dia??

    ReplyDelete
  6. All solawat is to praise and appreciate Rasulullah for bringing Islam to us.
    Thus all solawat are valid as everyone has the right to express his feelings towards Rasulullah whether they live in the time of Rasul or not.
    All solawat are valid.
    Solawat Ibrahim is given to Rasulullah for solat purpose.
    All other solawat created by ulama and anyone out of love and gratitude and honor to Rasul are permissible,legal and valid .
    Don't worry.
    Don't fight.
    All is right and alright.

    ReplyDelete
  7. All solawat is to praise and appreciate Rasulullah for bringing Islam to us.
    Thus all solawat are valid as everyone has the right to express his feelings towards Rasulullah whether they live in the time of Rasul or not.
    All solawat are valid.
    Solawat Ibrahim is given to Rasulullah for solat purpose.
    All other solawat created by ulama and anyone out of love and gratitude and honor to Rasul are permissible,legal and valid .
    Don't worry.
    Don't fight.
    All is right and alright.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak salh bnyk bertanya n mendengar jika rasa blh dpakai kita amalkn jika tidak diamkn diri...tidak baik menuduh n bt kesimpulan hatta diri sendiri juga maseh hinggusan dlm bab agama..dlm hidup ni bnyk merendahkn diri n hati, jngn terus2an mendongak ke langit ditakuti nnti diri n hati kita dijangkiti virus sombong dn bongkak...pada hal n sebenarnye bodoh n kosong...

      Delete
  8. Tanya asal sesuatu amalan tu bukanlah satu kesalahan sehingga perlu dikutuk dan dinista.

    Jika dapat tahu sumbernya dapatlah kita amalkan dgn penuh yakin.

    Kenapala perlu berburuk sangka dan berbahasa kasar. Sikit pun tidak membantu dan memberi kebaikan kpd Islam...

    Memalukan....

    ReplyDelete
  9. Tanya asal sesuatu amalan tu bukanlah satu kesalahan sehingga perlu dikutuk dan dinista.

    Jika dapat tahu sumbernya dapatlah kita amalkan dgn penuh yakin.

    Kenapala perlu berburuk sangka dan berbahasa kasar. Sikit pun tidak membantu dan memberi kebaikan kpd Islam...

    Memalukan....

    ReplyDelete
  10. Amalkan selawat ni selain drpd solat wajib 5 waktu seharian selawat ibrahimiah. Selawat ni mmg benar.

    ReplyDelete