Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Tuesday, 6 March 2012

Doa ketika berhadapan dengan musuh

" Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka."




sumber: Abu Daud 2/89

Monday, 5 March 2012

Video - Doa Solat Dhuha

Video - Tafsir Surah Al Falaq

Ustaz Zahazan Mohamed










1) Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
2) "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
3) "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
4) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
5) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

Video - Tafsir Surah Al Ikhlas

Ustaz Zahazan Mohamed








Video Kelebihan Ayat 1000 dinar

Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang







Surah At Talaq ayat 2- 3




2) sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

3) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Video Ceramah Cintailah Al Quran

Lirik Cinta Siapa
Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki


Video - Ketahui Password Doa



Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang

Video Kuliah - Wuduk ketika Sakit




Ustaz Don

Video Kuliah - Al Fatihah Ustaz Don

Mari Belajar sebutan surah Al Fatihah dengan betul.





Sunday, 4 March 2012

Video Rawatan Demam Campak

Ustaz Sharhan Shafie












 

surah Al Baqarah ayat 22







22) Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).



Video Rawatan - Ayat Pendinding kepada Pesakit

Kelebihan Doa Sujud Tilawah (Sujud Sajadah)




"Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta".






Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu tentang fadhilat melakukan sujud tilawah, Baginda bersabda yang maksudnya :


“Apabila anak Adam itu membaca ayat al-Quran yang menuntut untuk sujud, syaitan akan mengasingkan dirinya lalu menangis dan berkata:” “Celakalah! Anak Adam telah diperintahkan untuk sujud ia pun sujud, maka baginya balasan syurga, dan aku diperintahkan untuk sujud maka aku enggan, maka balasan bagiku adalah neraka.

(Hadis riwayat Ibnu Majah)





SYARAT-SYARAT SUJUD TILAWAH

Di dalam kitab Al-Majmuk menurut Ashhab Syafi‘ieyah bahawa hukum sujud tilawah itu sama seperti hukum sembahyang sunat dari segi syarat-syarat sahnya sujud itu, syarat-syarat itu adalah seperti berikut:

(i) Bersih daripada hadas kecil atau besar dan juga bersih daripada najis sama ada pada tubuh badan, pakaian dan juga tempat.

(ii) Orang yang hendak melakukan sujud tilawah itu juga di kehendaki dalam keadaan menutup aurat.

(iii) Untuk melakukannya hendaklah menghadap kiblat.

(iv) Hendaklah masuk waktunya ketika melakukan sujud itu. Adapun masuknya waktu sujud itu ialah sejurus sahaja ia selesai mambaca atau mendengar keseluruhan ayat sajdah. Jika sekiranya ia bersujud sebelum lagi habis ayat itu di bacanya atau didengarnya maka sujud tilawah itu tidak sah dan tidak memadai.

Saturday, 3 March 2012

Doa Rawatan Demam Panas 2

"Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung padanya, Tuhan yang Maha Mulia, dari kejahatan setiap sesuatu dorongan dan hati, dan kejahatan yang datang dari kepanasan api."




dan juga letakkan tangan ke tempat sakit dan  baca Bismillah 3 kali, serta baca doa di bawah


"Aku berlindung diri dengan kebesaran Allah dan kekuasaaNya daripada kejahatan yang aku rasakan dan aku takut"

Doa Rawatan Sakit Perut

Baca 3 kali ayat di bawah pada air dan suruhlah pesakit meminum air tesebut.




47) Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.

Doa Pesakit yang telah lama menderita penyakitnya


" Ya Allah, aku mohon kesembuhan daripadaMu atas penyakit yang kuderitai ini, Atau berilah kesabaran menderita cubaanMu, atau keluar dari dunia ini dengan mendapat rahmatMu. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih."

Doa mengelak tekena wabak penyakit



"Aku membentengkan diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam tidak nyata, aku bertawakkal kepada Tuhan yang hidup dan tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya kami Ya Allah dari bala dan wabak, Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."





sumber: ustaz kazim elias

Doa Rawatan memulihkan penglihatan


"Ya Allah, aku memohon dan menghadap kepadaMu bersama nabiMu, Nabi rahmat saw, Ya Muhammad, sesungguhnya aku menghadap bersamamu kepada Tuhanku kerana hajatku ini semoga dikabulkanNya untukku. Ya Allah sembuhkanlah daku."

Doa Ketika melihat sahabat dalam kesusahan

"Segala pujian bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada musibah yang Engkau timpakan dan yang melebihkan aku mengatasi segala makhluk yang dijadikanNya."



sumner: Riwayat At Tirmizi 3431

Doa ketika lulus cemerlang dalam peperiksaan

"Maha Suci Allah, Ya Allah ampunilah aku, sesungguhnya Engkaulah Pemberi Kurnia"




sumber: Riwayat Al Hakim 1849

Doa Memohon kejayaan


"Ya Allah, aku memohon kepada Mu kemurnianiman dan akhlak terpuji, serta kecemerlangan yang disertai kejayaan dan aku memohon curahan rahmat, kesihatan, pengampunan dan keredhaan daripadaMu."



sumber: Riwayat Al Hakim no 1919

Doa menghilangkan sifat was-was dan ketetapan hati


"Ya Allah Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepadaMu."

sumber: Riwayat Muslim 2654



"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agamaMu."


sumber: Riwayat at-Tirmizi 3522

Doa agar mudah dikasihi keluarga dan rakan-rakan


Ya Allah jadikanlah pada hambaMu ini perasaan sayang kepada orang yang beriman, dan jadikanlah perasaan sayang orang beriman kepada daku."



sumber: Riwayat Muslim 2491

Doa agar memudahkan menghadapi peperiksaan


"Ya Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau mengkehendakinya."


sumber: Ibnu Hibban 974

Doa agar anak mudah menghafal pelajaran



" Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahan, pilihlah kami jangan Engkau biarkan dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami"



sumber: Riwayat At Tirmizi 3173

Wednesday, 29 February 2012

Doa Menambah Susu Ibu

Surah Ali Imran ayat 18




8) Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.

9) Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya).



8) Allah knows what every female carries and what the wombs lose [prematurely] or exceed. And everything with Him is by due measure.

9) [He is] Knower of the unseen and the witnessed, the Grand, the Exalted.






Baca ayat di atas pada air dan diberi minum.

Khasiat Habbatus Sauda

Habbatus Sauda (Jintan Hitam) adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.


 

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.


Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin a
  • Kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Doa Rawatan untuk pesakit koma

1) Baca surah Al Fatihah - 7 kali

2) Selawat Syifa'

3)   Selawat ke atas Nabi S.A.W

4) Baca surah Ali Imran ayat 26 - 27




26) Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


27) "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

26) Say, "O Allah , Owner of Sovereignty, You give sovereignty to whom You will and You take sovereignty away from whom You will. You honor whom You will and You humble whom You will. In Your hand is [all] good. Indeed, You are over all things competent.

27) You cause the night to enter the day, and You cause the day to enter the night; and You bring the living out of the dead, and You bring the dead out of the living. And You give provision to whom You will without account."




Baca pada ayat di atas pada air zam -zam dan sapukan pada kedua belah bibir penyakit.



sumber: ustaz kazim elias