Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Monday 27 February 2012

Doa Nabi Ibrahim - Memohon mendapatkan anak yang soleh

Surah As Shaffat ayat 100






100) " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"

Doa Nabi Lut - Pertolongan Terhadap Orang Ingkar

Surah Al Ankabut ayat 30






30) "Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)".

Doa Memohon Rezeki Belas Kasihan

Surah Al Qasas ayat 24





24) "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".

Doa Nabi Musa - Agar Selamat Dari Kaum Yang Zalim

Surah Al Qasas ayat 16



16) "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim ".

Doa Nabi Musa - Memohon Ampun Setelah Menzalimi Diri Sendiri

Surah Al Qasas ayat 16







 16) "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Doa Nabi Sulaiman - Agar Menjadi Hamba Yang Bersyukur

Surah An Naml ayat 19






19)" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Doa Nabi Lut - Agar Selamat Dari ahli Maksiat

Surah Al Shu'ara'  ayat 169





169)"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."

Doa Nabi Ibrahim - Agar Selamat Dari Penghinaan

Surah Al Shu'ara' ayat 87






87) "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

Doa Nabi Ibrahim - Agar Digolongkan dalam Para Solihin

Surah Ash Shu'ar' ayat 83 - 89





83) "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

84) "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;

85) "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;

86) "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;

87) "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

88) "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

89) "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Doa menjadi ikutan orang bertakwa

Surah Al Furqan ayat 74





74)  "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Doa Penawar segala penyakit

Surah Al Mu'minun ayat 115 - 118






115) "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

116) Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.

117) Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.

118) Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"




Al-Hakim, Abu ya’la, Ibn abi Hatim, Ibn sunni dan al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa beliau telah membacakan ayat-ayat ini ke telinga seorang pesakit, lalu sembuhlah dia. Nabi s.a.w. telah bertanya kepadanya: “Apakah yang dibacanya itu?” Beliau menjawab: “ayat-ayat terakhir daripada surah al-Mu’minun.” Nabi bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada pada tangan-Nya, jika dibaca oleh seseorang kamu dengan yakin kepada gunung nescaya akan pecah gunung itu.” (ad-Durrul Manthur, tafsir ayat 115-118, surah al-Mu’minun)

Sunday 26 February 2012

Doa Agar Mendapat Keampunan Dan Rahmat

Surah Al Mu'minun ayat 109






109)Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat '.

Doa Perlindungan daripada syaitan (terkejut dari tidur)

Surah Al Mu'minun ayat 97-98



97) "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan
98) "Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".

Doa Tidak diletakkan bersama orang zalim

Surah Al Mu'minun ayat 93-94




93) "Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia),

94) "Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu".

Doa memohon tempat yang berkat

Surah Al Mu'minun ayat 29





29)  Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ' "

Doa Nabi Yunus - Ketika Dalam Kesusahan

Surah Al Anbia' ayat 87





87) "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Doa Nabi Ayub - Ketika menghadapi penderitaan penyakit

Surah Al Anbia' ayat 83





83) "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

Doa Nabi Ibrahim - Penawar mengenai Api

Surah Al Anbia' ayat 69





69) "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! "

Doa Ilmu pengetahuan

Surah Taha ayat 114




114) "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".

Doa Lapangkan dada, mudahkan urusan, dan fasih bertutur

Surah Taha ayat 25 - 28



 25) "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku,  26) "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; 27) "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
28) "Supaya mereka faham perkataanku;

Doa Nabi Zakaria - untuk memohon anak

Surah Maryam ayat 5-6



5) Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.

6) Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai".

Doa Apabila Berasa Takjub sewaktu memasuki kebun

Surah Al Kahfi ayat 39




39) (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

Doa memudahkan segala urusan

Surah Al Kahfi ayat 10




10) "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".

Doa untuk Ibubapa

Surah Al Isra' ayat 24





24)  "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Doa Nabi Ibrahim - Mohon keampunan diri dan keluarga

Surah Ibrahim ayat 40-41





40) "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

41) "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Doa Nabi Yusuf - Agar Mati Dalam Islam

Surah Yunus ayat 101





101) "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".

Doa Nabi Yusuf - Berlindung dari godaan wanita

Surah Yusuf ayat 23


23)  "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

Doa Nabi Nuh - Memohon Rahmat

Surah Hud ayat 47




47) "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi".

Doa Ketika Menaiki Kenderaan Di Air

Surah Hud ayat 41




41) "Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Saturday 25 February 2012

Doa menghindari dari kezaliman

Surah Yunus ayat 85-86


 


85) Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas

86) "Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir".