Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.
Showing posts with label Doa Harian. Show all posts
Showing posts with label Doa Harian. Show all posts

Tuesday 2 August 2011

Doa solat Istikharah





Maksudnya:
Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini ................................................ (sebutkan perkara yang dihajati) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


Riwayat Abu Daud (1540)

Monday 1 August 2011

Doa Terjaga dari Tidur (Mimpi Buruk)



“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan, siksaan dan kejahatan hamba-hamba-Nya dan dari godaan syaitan sertajangan sampai syaitan mendatangiku".


sumber :  HR. Abu Dawud: 4/12. Shahih Tirmidz:i 3/171.



PERKARA DILAKUKAN JIKA BERMIMPI BURUK :
 
  1. Meniup (seperti meludah) tiga kali.
  2. Berlindung kepada Allah dari syaitan dan dari keburukan apa yang dia mimpikan.
  3. Tidak menceritakannya kepada siapapun.
  4. Merubah posisinya dari yang semula.
  5. Bangun dan shalat, jika dia menghendaki. 
Shahih Muslim: 4/1772-1773.

Friday 29 July 2011

Doa Masuk Hutan





sumber: DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH

Doa Pendinding & Penggerak





Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib)

Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.
Sumber: DARUSSYIFA' ONLINE

Friday 22 July 2011

Doa ketika dukacita dan sedih

(1)


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.


(2)


Maksudnya:



Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Doa supaya dapat membayar hutang


Maksudnya:
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada
orang lain.

Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.

Doa ketika menziarahi orang sakit


Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.








 Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.

"Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu." At-Tarmizi & Abu Daud.

Thursday 21 July 2011

Doa Ketika memakai kain Baju


Maksudnya :

Segala puji bagi Allah yang telah memberi pakaian kepadaku sebagai
rezeki daripadanya tanpa sebarang daya dan kuasa daripadaku





.

Doa Selepas berwuduk atau Mandi

Maksudnya:

Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan
Allah, jua tiada sekutu bagi-Nya, dan aku menyaksikan bahawa Nabi
Muhammad itu hamba-Nya dan pesuruh-Nya.

Tuesday 19 July 2011

Doa Memohon Keampunan dan Rahmat Allah SWT


Maksudnya:
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang- orang yang rugi".

(Surah al-A'raf: 23)

Doa pelindung dari Bala dan Kehinaan

Maksudnya:
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari
kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadha` dan
kegembiraan musuh (terhadap masalahku).

(Riwayat al Bukhari no. 6347 dan Muslim no. 2707)

DOA ISTIKHARAH

Sumber: DARUSSYIFA' ONLINE

Sunday 17 July 2011

Doa Agar Dilihat Mulia dan Berkarisma


"Ya Allah Ya Tuhanku, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku dlm keredaan-mu dan bimbinglah aku kepada kebaikan dan jadikan islam itu tempat aku meletakkan keredaan. Ya Allah Ya Tuhanku, aku lemah, maka kuatkanlah aku, aku ini hina maka muliakanlah aku, aku ini miskin maka kayakanlah aku dan kurniakanlah rezeki kepadaku"






(riwayat ibn abi syaiban no 29353, al-hakim 1931)