Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Saturday 25 February 2012

Doa Menjadi Seorang Saksi Bagi Allah Dan Kitab-Nya

Surah Ali Imran ayat 53



53) "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".

Doa untuk mendapatkan anak

Surah Ali Imran ayat 38



38) Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

Doa Hati tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk

Surah Ali Imran ayat 8 dan 9




8) (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

9) "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Doa Tidak menjadi orang Jahil (bodoh)

surat al baqarah ayat 67



67) Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".

Zikir Untuk Memudahkan segala urusan penting




129) "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."



Baca 7 kali ayat di atas.

"Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, Allah SWT mencukupi apa yang diperlukan dirinya daripada pekerjaan di dunia dan akhirat"
-riwayat Ibn Al-Sunni (71), Abu Daud (5081).

Thursday 23 February 2012

Kelebihan Kuasa Minda Anda

Semuanya tidak mustahil. Cuma latihkan minda anda dengan teknik yang betul.




Video Fenomena Azan

Video Kelebihan Solat menurut Sains

Kelebihan Sains Solat









Video Rawatan - Penawar Saka & ayat Pendinding

Video Rawatan - Mengelak Gangguan Jin






Baca surah At - Thariq ayat 4



4) Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).

Video Rawatan - Penawar Batu Karang, Senggugut

Ustaz Sharhan



Penawar Batu Karang, Batu Hempedu, Senggugut





1) Beli Buah Delima dan rebus kulit buah delima
2) Baca surah Al An'am ayat 99 dan 141
3) Baca surah Ar-Rahman ayat 68



Surah Al An'am ayat 99

















99) Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.


Surah Al An'am ayat 141
















141) Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.



Surah Ar-Rahman ayat 68


68) Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

Video Rawatan - Penawar Sakit Tumit

Ustaz Sharhan






1) Baca surah Al Fatihah dan Ayatul Kursi
3) Baca surah Al Taubah ayat 14
4) Baca surah Al Hasyir ayat 21



surah Al Taubah ayat 14









1) Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.



surah Al Hasyir ayat 21













21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

Tuesday 21 February 2012

Video - Rawatan Sakit Migrain



sumber : Ustaz Sharhan




1)Baca surah Al Waqiah ayat 19 dan kemudian hembuskan pada tangan.

2)Letakkan tangan atas kepala di tempat sakit. dan Letakkan tangan atas kepala di tempat sakit



surah Al Waqiah ayat 19




19) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya

Doa Kuat Ingatan & Tak Mudah Lupa

sumber Ustaz Sharhan.

Amalkan surah Al Israa' ayat 70. Masa Baca ayat tersebut letakkan tangan atas kepala.






70) Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

Video - Rawatan Sakit Sendi




Kaedah Rawatan

1) Ambil daun pokok lidah buaya (Alovera), ambil lendir dan
2) Baca surah Al Fatihah dan Ayatul Kursi
3) Baca surah Al Baqarah ayat 22
4) Baca surah Al Mukminun ayat 11 hingga 14

surah Al Baqarah ayat 22













surah Al Mukminun ayat 11 hingga 14

Sunday 19 February 2012

Video Rawatan Elak Pukau & Buatan Orang






Surah Hud ayat 56 - Baca selepas  solat





.

Kelebihan Surah Al Ikhlas

112. SURAH AL-IKHLAS (4 ayat) – ‘IKHLAS/ TULUS’
Terjemahannya:1.Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2.Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;  3.Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


FADILATNYA:-

1. Membaca surah ini 1 kali, Allah Taala memberi pahala sebanyak pahala 100 orang pahlawan syahid.

2. Sesiapa yang membaca surah ini 10 kali selepas tiap solat Subuh, maka tidak akan terjadi kepadanya suatu dosa pun, walaupun syaitan bersungguh-sungguh menggodanya.

3. Sesiapa yang membaca surah ini 1 kali maka seolah-olah dia membaca sepertiga Al Quran.

4. Sesiapa yang membaca surah ini 3 kali, maka seolah-olah dia membaca keseluruhan Al-Quran.

5. Baca surah ini dalam solat-solat fardhu, Allah SWT mengampuni pembacanya berserta kedua ibubapanya lalu menuliskan mereka dalam buku daftar orang-orang yang berjaya.

6. Membaca surah ini 10 kali, Allah SWT akan membinakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga.

7. Sesiapa yang membaca surah ini semasa dalam sakit yang membawa kepada kematiannya, maka ia tidak akan busuk di dalam kuburnya dan selamat dari kesempitan kubur serta para malaikat membawanya dengan sayap-sayap mereka sehingga melintasi titi Shiraathalmustaqim terus menuju ke syurga.

8. Baca surah ini di atas perkuburan sebanyak 11 kali dan pahalanya dihadiahkan kepada umat Islam yang telah meninggal dunia, maka diterimakan kepadanya pahala sebanyak mereka yang telah meninggal.

9. Membaca surah Al Ikhlas 200 kali pada setiap hari, Allah SWT mengampuni segala dosanya selama 50 tahun melainkan dosa hutang.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
- Riwayat al-Baihaqi


10. Membaca surah Al Ikhlas 51 kali pada setiap hari, nescaya dibangkitkan ia dari kubur terus ke syurga.

11. Barangsiapa terlupa membaca “Bismillah” pada permulaan makan, bacalah surah Al Ikhlas selepas selesai daripada makan.

12. Petua menawar bisa sengatan kala jengking – Ambil air dan tuangkan kedalam bekas dan masukkan sedikit garam, rendamkan tangan atau kaki yang terkena sengat itu di dalamnya sambil membaca surah Al Ikhlas, surah Al Falaq dan An-Naas. Teruslah berbuat demikian hingga rasa sakit bekas sengatannya hilang.

13. Pada bulan Ramadhan ketika berpuasa, kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga. Mesti sahur. Ketika hendak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.

Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi, sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tidak akan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

14. Surah Al Ikhlas itu adalah ayat-ayat yang dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita.

15. Diceritakan, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w mengadukan kemiskinannya, maka oleh baginda dikatakan yang membawa maksud: Apabila kamu masuk rumahmu, maka bacalah surah al-Ikhlas.

16.Baca surah ini 11 kali dan tiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan hati mereka.17. Sesiapa yang membaca surah ini dalam Solat Sunat Dhuha pada rakaat kedua sebanyak 10 kali setelah membaca Ayat Kursi 10 kali pada rakaat pertama, insyaAllah ada rezeki untuknya pada hari itu.

Doa Rawatan Berhenti Pendarahan

Jika luka berdarah, baca surah ini sambil menekan tempat luka untuk meyekat darah daripada terus mengalir keluar.




Terjemahannya:
1.Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!  2.Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.  3.Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.  4.Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. 5.Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."


2. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."


4. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

 5. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal-jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

7. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal-jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

9. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf."

10. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung didalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."


 11. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaannya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."




Doa Rawatan Penyakit Istihadah

Pesakit yang telah mengalami istihadah sejak permulaan haidnya. Kini setelah umurnya meningkat 20an dia masih mengalami istihadah. Haidnya selalu melebihi 15 hari.

Menurut sebuah hadis Nabi; secara mafhumnya istihadah berpunca dari aktiviti syaitan di dalam rahim wanita yang menyebabkan rahimnya luka dan berdarah. Maka darah yang keluar dari rahimnya tersebut adalah darah penyakit.

Cara rawatan istihadah adalah:

1) Baca Ruqyah Syariyyah kepada 3 / 7 botol air mineral. Tambahan untuk Ruqyah Istihadah ini adalah Ayat 38 Surah Yaasin dan Surah Al Masad. Niat ketika membaca surah ini: "Supaya penyakit istihadah dihentikan Allah."

Berikut adalah senarai ayat-ayat Ruqyah Syari' ah yang digunakan oleh perawat Darul Hikmah untuk merawat pesakit:

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

2) Cari 3 biji putik kelapa dan belah dua. Rebus bersama air Ruqyah. 1 putik kelapa direbus bersama 1 periuk air Ruqyah.

3) Minum segelas setiap pagi satu jam sebelum makan pagi. Ulang sehingga istihadah berhenti / semua air habis...

Insya Allah, jika Allah izin akan disembuhkanNya!!!


Rujukan:http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009_08_01_archive.html

Doa Rawatan Menghindarkan Penyakit Berjangkit

Amalan ini diberi oleh salah seorang guru perawat di Pulau Pinang Tok Su Li. Amalan ini bertujuan untuk menghindar diri dari penyakit berjangkit secara khususnya. Boleh juga untuk merawatnya. InsyaALLAH, segalanya datang dari ALLAH, kembali kepada ALLAH jua.

Amalannya:

Surah Yasin : Ayat 58

58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
1) Selepas selesai solat Fardhu, amalkan membaca Yasin : Ayat 58 sebanyak 7, 9, 12 atau 27x senafas. InsyaALLAH terhindar dari segala unsur-unsur negatif.

2) Sebelum keluar rumah, amalkan membaca Yasin : Ayat 58 7x senafas, insyaALLAH terhindar dari segala penyakit berjangkit, sihir atau gangguan makhluk halus dan santau terutamanya.

3) Dalam sehari, jadikan mandian untuk menghindar dari penyakit berjangkit dan segala penyakit dengan izin ALLAH – Yasin : Ayat 58 sebanyak 77x. Ditiupkan pada air di dalam baldi. InsyaALLAH.

4) Bagi yang terkena, boleh diikhtiarkan dengan menyediakan air satu baldi:-

- Garam Bukit 3-7 sudu (bergantung kepada tahap kekronikan sakit)

- Daun pokok Ketapang 7 helai

- Daun pokok Ara 7 helai

- Kulit pokok Rambai 7 Keping ( Ditumbuk halus )

- Daun Bidara (jika kes gangguan)

Lalu dicampurkan semuanya dalam satu baldi dengan tuangan satu persatu lalu dibacakan dengan :

a) Al Fatihah 7 kali dengan ulangan Fatihah : Ayat 4 sebanyak 7 kali setiap satu.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

b) Ayat Kursi 7 kali dengan ulangan ayat yang digariskan sebanyak 9 kali setiap satu.

255. "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia-lah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"
c) Yasin : Ayat 58 - 63x.




d) 5 Qul ( Al Jin 1-5, Al Kafirun, Al-Ikhlas, Al- Falaq, An-Nas). Al-Ikhlas seelok-eloknya dibaca sebanyak dalam bilangan yang berikut samada 1, 3, 5, 7, 9 atau 12x.










Maka, setelah selesai, dimandikan pesakit tadi. Adalah lebih bagus jika yang sihat mengamalkannya sekali sebulan, sekurang-kurangnya, kerana mengelak lebih baik dari mengubati.

Ramai juga yang tertanya-tanya, bahan-bahan di atas agak sukar untuk diperolehi jika tinggal di kawasan bandar. Boleh saja digantikan dengan limau nipis sebanyak 7 biji dan garam bukit.

Tidak perlu dipeningkan kepala dengan kaedah atau bahan-bahan. Yang paling penting dan utama adalah penyerahan dan pengabdian diri kepada ALLAH semata-mata. Bahan dan kaedah hanya sandaran tetapi pergantungan tetap kepada ALLAH semata-mata, tiada duanya. Ada jalan masuk, pasti ada jalan keluar, InsyaALLAH. ALLAHu Robbi.



Sekadar tambahan, bagi yang akan menghadapi temuduga, boleh juga amalkan dengan membaca Yasin : Ayat 58 ini 7x senafas di muka pintu sebelum keluar rumah sambil membayangkan diri sendiri, lalu hembuskan nafas perlahan, isyarat menghembus diri kita yang dibayangkan itu. InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan segalanya.



Amin Ya Robbal A'lamin.

Dipetik dari:
http://terapi-alfatah.blogspot.com/search/label/Amalan