Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Sunday 26 February 2012

Doa memohon tempat yang berkat

Surah Al Mu'minun ayat 29





29)  Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ' "

Doa Nabi Yunus - Ketika Dalam Kesusahan

Surah Al Anbia' ayat 87





87) "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Doa Nabi Ayub - Ketika menghadapi penderitaan penyakit

Surah Al Anbia' ayat 83





83) "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

Doa Nabi Ibrahim - Penawar mengenai Api

Surah Al Anbia' ayat 69





69) "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! "

Doa Ilmu pengetahuan

Surah Taha ayat 114




114) "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".

Doa Lapangkan dada, mudahkan urusan, dan fasih bertutur

Surah Taha ayat 25 - 28



 25) "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku,  26) "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; 27) "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
28) "Supaya mereka faham perkataanku;

Doa Nabi Zakaria - untuk memohon anak

Surah Maryam ayat 5-6



5) Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.

6) Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai".

Doa Apabila Berasa Takjub sewaktu memasuki kebun

Surah Al Kahfi ayat 39




39) (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

Doa memudahkan segala urusan

Surah Al Kahfi ayat 10




10) "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".

Doa untuk Ibubapa

Surah Al Isra' ayat 24





24)  "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Doa Nabi Ibrahim - Mohon keampunan diri dan keluarga

Surah Ibrahim ayat 40-41





40) "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

41) "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Doa Nabi Yusuf - Agar Mati Dalam Islam

Surah Yunus ayat 101





101) "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".

Doa Nabi Yusuf - Berlindung dari godaan wanita

Surah Yusuf ayat 23


23)  "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

Doa Nabi Nuh - Memohon Rahmat

Surah Hud ayat 47




47) "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi".

Doa Ketika Menaiki Kenderaan Di Air

Surah Hud ayat 41




41) "Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Saturday 25 February 2012

Doa menghindari dari kezaliman

Surah Yunus ayat 85-86


 


85) Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas

86) "Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir".

Doa Nabi Musa Menghindari Sihir Dan Ilmu Hitam

Surah Yunus  ayat 81 - 82





81) "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. "

82) "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa".

Doa Nabi Musa a.s. 1

Surah Al A'raf ayat 151





151) "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani".

Doa Kesabaran dan mati dalam Islam

Surah Al A'raf ayat 126



126) "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".

Doa Agar Dihukumkan Dengan Keadilan Dan Kebenaran

Surah Al A'raf ayat 23



23) Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim".

Doa Memohon Ampun dan Rahmat Allah

Surah Al A'raf ayat 23



23) "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Doa Nabi Isa untuk diturunkan hidangan dari langit

Surah Al Ma'idah ayat 114



114) Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki".

Doa agar ditempatkan bersama Orang yang Beriman:

Surah Al - Ma'idah ayat 83











83) Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w)

Doa Agar Selamat Daripada Golongan Zalim

Surah An-Nisa' ayat 75




75) "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".

Doa lepas daripada kejahatan

Juga doa untuk diijauhkan daripada azab Api, ampun atas kesalahan, mati sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat


Surah Ali Imran ayat 191 - 194





191) "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

192) Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

193) Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

194) Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

Doa Ketika Menghadapi Tekanan (Stress)

Surah Ali Imran ayat 173



173)  "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".

Doa Teguhkan Pendirian

juga untuk Doa Memohon ampun atas kesalahan dan yang berlebihan dalam urusan  pertolongan terhadap musuh

Doa Menjadi Seorang Saksi Bagi Allah Dan Kitab-Nya

Surah Ali Imran ayat 53



53) "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".

Doa untuk mendapatkan anak

Surah Ali Imran ayat 38



38) Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

Doa Hati tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk

Surah Ali Imran ayat 8 dan 9




8) (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

9) "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.