Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Friday, 29 July 2011

Doa Rawatan Sakit Lutut / Sendi

Ubat sakit lutut dan Bengkak Sendi 

Bahan-bahan yang diperlukan:
1- Satu sudu kapor sirih
2- Satu biji limau nipis (perah ambil airnya)
3- Satu sudu madu lebah
4- Air


Gaul semua bahan-bahan tadi dan sapu di tempat yang sakit kemdian dibalut sebelum tidur
Doa yang perlu dibaca:


1- Al Fatihah
2- Selawat Syifa’
3- Surah al Hasyr ayat 21-23




21)Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
22) Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
23) Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.



sumber : DARUSSYIFA' BOTA


atau amalkan amalan berikut :



(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:


1. Surah An-Faal ayat 72 hingga 75, 
 
baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.


2. Surah Qaaf ayat 16 hingga 45,
baca 3 kali selepas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.




B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

1. Surah Qasas ayat 51 hingga 59,

baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.


 (Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.)
Sumber : sila rujuk  
http://www.syifa-alhidayah.com
, http://www.alhidayah-medic.com/

No comments:

Post a Comment