Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Tuesday 7 February 2012

Minda Separa Sedar

Perkataan "minda separa sedar" hanyalah merupakan satu istilah sains moden bagi menyatakan sesuatu yang misteri dan melangkaui corak pemikiran manusia yang terbatas. Minda separa sedar adalah seperti air yang sentiasa mengalir keluar dari saluran paip di rumah kita, dan bentuk pemikiran anda adalah acuan kacanya. Dari situ, corak hidup kita adalah hasil dari bentuk dan kebersihan acuan tersebut. Jika kaca tadahan tadi tidak bersih, air jernih pasti kelihatan keruh. Meditasi bertujuan menjernihkan acuan pemikiran kita.



Gambarajah 1: Sifat minda separa sedar.

Gambarajah di atas adalah bagi memudahkan pemahaman sifat minda separa sedar. Mari bayangkan tanah sebagai minda universal dan corak pemikiran bagi setiap aspek kehidupan anda adalah seperti benih. Tanah tidak mempersoalkan apa juga benih yang kita semai.

Tugasnya ialah memberi kegelapan, nutrien dan haba suam kepada benih tersebut. Tanpa kegelapan, benih tidak mungkin berkembang - tanpa kegelapan minda separa sedar, benih pemikiran kita tidak mungkin direalisasikan. Nutrien yang menyuburkan benih adalah seperti bahan neuro-kimia di dalam rangkaian neuron minda kita. Haba suam pula adalah seperti harmoni yang wujud didalam jiwa berketuhanan. Jika benih pemikiran yang kita tanam adalah positif, maka tanaman yang akan keluar dari benih itu juga positif. Jika benih pemikiran kita berdasarkan, sebagai contoh, kepercayaan yang "hidup ini mencabar" maka kehidupan nyata kita sudah pasti penuh dengan pancaroba.

Memahami sifat dunia kuantum fizik boleh membantu kita memahami sifar sebenar minda separa sedar. Kuantum fizik adalah kajian yang lebih mendalam tentang atom. Walaupun begitu dunia kuantum bertentangan sama sekali dengan realiti yang dilihat oleh mata kasar. Niels Bhor, salah seorang pelopor sains moden pernah menyatakan tentang dunia kuantum, "semua yang kita anggap sebagai benda nyata dihasilkan oleh benda yang tidak boleh dianggap nyata." Ini adalah kerana, sebiji atom jika dibelah ia akan berakhir dengan vakum yang kosong.
 
Contoh pertama:
Bagi fizik klasik, dunia ini wujud di luar jasad dan terpisah dari kita. Bagi kuantum fizik pula, dunia nyata sampai ke mata kasar dalam bentuk tenaga dan dari mata ianya dihantar ke otak sebagai informasi elektromagnetik. Otak kemudiannya mentafsirkan gelombang elektromagnetik itu kedalam bentuk objek nyata. Atas sebab itu, bagi kuantum fizik dunia nyata adalah hakikatnya ilusi yang wujud hanya didalam minda kita.


Contoh kedua:
Dalam fizik klasik jasad kita terbatas pada sesuatu masa dan tempat. Bagi kuantum fizik pula, realiti manusia tidak terbatas pada dimensi ini. Dengan ertikata lain, kita boleh wujud di dua tempat berbeza dalam suatu masa yang sama. Jika anda pernah mendengar cerita tentang sesetangah individu yang berada di Mekkah pada masa yang sama mereka berada di tempat lain, individu seperti ini memahami realiti kewujudan mereka dan hidup berteraskan kuasa minda separa sedar.)



Minda separa sedar sebenarnya adalah minda universal yang menjadi sumber kepada potensi, kebijaksanaan dan kesedaran semua makhluk yang pernah wujud, sedang wujud dan yang akan wujud di seluruh Alam Semesta. Kejernihan acuan kepada minda separa sedar kita adalah kunci yang memberi akses kepada kuasa yang hebat ini.
Berdasarkan gambarajah di atas, dalam diri anda ada dua jenis insan:
  • Insan pertama:
    Insan pertama ini adalah ciptaan minda sedar. Dianya bersifat maya, bepersonaliti, mempunyai nama dan pelbagai jenis sikap. Insan ini melihat dirinya sebagai satu individu yang kerdil, terasing dari individu lain dan terbatas pada dunia 4 dimensi (3 dimensi tempat dan 1 dimensi masa). Individu ini juga terikat di dalam dunia dualiti - dunia yang berkonsepkan baik dan buruk, miskin dan kaya, hidup dan mati, gembira dan sedih.
  • Insan Kedua:
    Insan kedua pula adalah insan minda separa sedar. Dia melihat dan mentafsirkan dirinya bukan sebagai individu, tetapi sebagai dunia di sekelilingnya. Dengan ertikata lain, dia memahami hakikat saling kait semua makhluk termasuklah dirinya dalam bentuk insan yang pertama tadi. Insan ini tidak bepersonaliti, tidak terbatas pada dunia 4 dimensi dan hidup dalam dimensi ke-5 (iaitu perspektif totaliti atau keesaan Tuhan); Dia melihat dunia dualiti seperti sekeping duit syiling - baik dan buruk, gembira dan sedih, hidup dan mati adalah permukaan yang berbeza pada syiling yang sama. Permukaan yang satu tidak boleh wujud tanpa permukaan yang satu lagi.
    Kebahagiaan, kegembiraan, kekayaan dan sifat kasih dalam diri insan ini berakar umbi dari realiti kewujudannya dan bukan berdasarkan emosi.



sumber : Mind Development Centre (http://www.mindec.com )

No comments:

Post a Comment