Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Monday 30 January 2012

7 Warna- Warna Cakra



Cakra utama yang berjumlah tujuh dan punya nama dan warna tertentu, serta memberi intensitas energi sendiri-sendiri pada tiap wilayah kesehatan organ dari tubuh fisik itu sendiri yang dijabarkan sebagai berikut.

1. Cakra dasar warna MERAH bertanggung jawab untuk kesehatan tulang dan otot di tubuh fisik dan memberi energi pada semangat hidup seseorang.

2. Cakra kedua warna OREN bertanggung jawab untuk kesehatan organ-organ reproduksi dan memberi energi pada kemampuan berinteraksi dengan sesama.

3. Cakra ketiga warna KUNING bertanggung jawab untuk kesehatan organ-organ reproduksi dan memberi energi pada ambisi seseorang baik positif maupun negatif.

4. Cakra keempat warna HIJAU bertanggung jawab pada semua organ yang berada dalam rongga dada dan memberi energi pada timbang rasa perasaan seseorang.

5. Cakra kelima warna BIRU bertanggung jawab pada organ dalam rongga leher termasuk telinga, hidung dan tenggorokan (THT) dan memberi energi pada kemampuan seseorang dalam berinteraksi dan berkomunikasi, juga berkreativitas halus seperti melukis, dan menulis.

6. Cakra keenam warna INDIGO indigo disebut juga nilai yang bertanggung jawab pada seluruh organ dalam rongga kepala termasuk pancaindera dan memberi energi pada kepekaan intuisi dan ketajaman perasaan (felling) untuk hal-hal abstrak, seperti berpikir cepat.

7. Cakra ketujuh warna UNGU bertanggung jawab pada semua organ di kepala, khususnya otak dan memberi energi pada sikap seseorang berhubungan dengan keillahian.

Sunday 29 January 2012

Rahsia Tenaga Piramid

Piramid merujuk kepada bentuk geometri yang terdiri daripada satu tapak dengan pepenjuru yang bersambung dengan kemuncak yang sama, membentuk segitiga. Sekiranya tidak dinyatakan, tapak biasanya empat segi sama. Isipadu piramid adalah A × h / 3, dimana A merupakan luas tapak dan h merupakan ketinggian tapak sehingga ke puncak.

Binaan piramid
Bangunan berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam. Yang paling terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir silam, dimana piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser (2650 SM).

Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya kelihatan hebat ketika ia siap dibina. Pada masa sekarang kebanyakan kelonsong batu kapur tersebut telahpun diambil sebagai bahan binaan bangunan sekitarnya pada zaman selepasnya, meninggalkan permukaan batu kasar yang kelihatan pada masa sekarang.

Di selatan Mesir, terdapat juga piramid dibina oleh orang-orang Nubia. Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir, tetapi ia jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukanya sebagai makam. Piramid Nubia dibina sehingga 300s S.M. (A.D.)

Orang-orang Babylon juga membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat, sementara piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai ziggurat. Menara Babel dalam kitab Injil dipercayai merujuk kepada ziggurat orang-orang Babylon.


Piramid di Mexico
Beberapa peradapan Mesoamerika seperti Maya, juga membina binaan berbentuk pyramid. Ia biasanya bertingkat dan selalunya digunakan sebagai tempat pengorbanan manusia dan haiwan.
Terdapat juga monumen silam berbentuk piramid di Amerika Tengah dan sebahagian Asia.





TENAGA PIRAMID



PENDAHULUAN
PYRA - tenaga
MID - tertumpu
PYRAMID - Tenaga yang Tetumpu

Anda mungkin mengetahui tentang kewujudan piramid di dunia ini tetapi pernahkan anda mendengar mengenai daya dan tenaga yang dihasilkan daripada piramid yang ada di muka bumi ini ? Bagaimana tenaga ini terhasil dan bagaimana kaedah untuk menggunakannya untuk memenuhi keperluan seharian kita ?

Tenaga Piramid merupakan bentuk tenaga mistik yang masih lagi dikaji oleh penyelidik mengenainya. Namun telah ramai yang menggunakan tenaga tersebut dan terbukti keberkesanannya. Pengunaan tenaga ini tidak dikaitkan dengan sebarang amalan keagamaan kerana ia bersifat semulajadi dan universal. Percaya atau tidak tentang keupayaan tenaga Piramid ini adalah bergantung sejauh mana anda dapat menggunakan tenaga ini mengikut kaedah yang ditunjukkan. Ingat, piramid tidak berkuasa tetapi tenaga yang ada di dalamnya adalah anugerah Allah untuk kita ,sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menggunakannya.

Tenaga yang terdapat di dalam binaan Piramid hanya merujuk kepada tenaga , daya dan kuasa yang terdapat di alam semesta ciptaan Allah . Ia sama seperti tenaga tenaga lain yang diketahui oleh sains seperti tenaga cahaya, mekanikal, bunyi , cahaya dan sebagainya. Bezanya Cuma sains moden tidak mengiktiraf tenaga piramid sebagai satu tenaga dalam erti kata sains moden kerana para saintis tidak dapat menjelaskan mengapa terdapatnya kuasa di dalam binaan piramid atau mengapa tenaga dan daya dapat disalurkan dan dikumpulkan dengan hanya menggunakan sebuah piramid.

Secara saintifiknya, bahagian tajam atau runcing yang menghala ke atas akan menarik ion-ion atau tenaga dari atmosfera sebagaimana bahagian tajam yang dipasang di atas bumbung struktur tinggi untuk menarik pancaran kilat ke bumi. Bahagian di bawah bentuk tajam atau runcing pula akan mengumpulkan tenaga yang berada di bawahnya sebagaimana terdapatnya kebocoran di lapisan ozon tertentu di atmosfera kerana bahagian tersebut merupakan bahagian yang meruncing berbanding bahagian lapisan ozon yang lain.

Kesimpulannya struktur binaan piramid akan menarik tenaga dari alam ini dan mengumpulkannya di dalam binaannya serta akan dipancarkan ke empat penjuru mengikut penjuru yang ada pada binaan piramid. Pancaran tenaga itu tidak dapat berbuat apa apa kecuali difokuskan dengan penggunaan minda kita yang juga merupakan sebahagian daripada pancaran gelombang yang boleh diubahsuai mengikut keadaan. Sebagai contoh, pancaran cahaya matahari tidak dapat membakar kecuali kita menggunakan kanta untuk memokuskan pancaran menjadi terkumpul dan membakar objek yang disinarinya.

Dengan menghalakan diri anda kepada piramid yang terdapat di Mesir atau di mana mana sahaja di alam ini, atau ke permukaan piramid yang anda bina sendiri ( daripada kadbod ), akan berlakulah perkara-perkara yang mengagumkan serta dapat menyelesaikan masalah kehidupan anda.

KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN

Barang dan objek yang diletakkan di dalam piramid akan :-

Mengekalkan warna bunga ros
Mengekalkan ketajaman pisau cukur
Mengering dan mengekalkan bentuk serta buah epal
Mengekalkan kilauan barang – barang perhiasan
Mengekalkan kesegaran susu segar dalam masa yang lebih panjang
Membantu perkembangan pokok
Meningkatkan rasa / aroma kopi dan jus buah buahan
Mengeringkan daging dan makanan mentah tanpa mngubah rasanya
Meningkatkan kualiti tidur dan rehat
Meningkatkan daya penyembuhan penyakit
Memudahkan proses meditasi dan menenangkan fikiran


PENETAPAN LOKASI PIRAMID

1. Mengikut unjuran Utara – Selatan. Gunakan kompas untuk penentuan
2. Jauh daripada sumber elektrik, medan magnet dan elektrostatik
3. Tempat yang tidak menjadi tumpuan ramai
4. Tempat yang tenang dan bebas daripada kebisingan
5. Tempat yang kedudukan piramid tidak akan diganggu oleh orang lain.
6. Boleh diletakkan di luar rumah tetapi ada perlindungan daripada panas dan hujan
7. Di atas permukaan yang rata.
8. ’Bersihkan’ energi tempat untuk perletakan Piramid sebelum meletaknya di lokasi
berkenaan kerana energi negatif yang sedia ada di lokasi berkenaan akan mempengaruhi energi yang akan dipancarkan oleh piramid berkenaan
9. Sebagai penambahan, letakkan beberapa kristal terpilih di sekitar piramid serta gunakan wangi wangian di sekitarnya untuk menambahkan lagi keberkesanan tenaga yang dipancarkan oleh piramid.
10. Sekarang, andaikan lokasi berkenaan adalah tempat yang istimewa dan jauhi daripada berkata sesuatu yang negatif, emosi yang negatif serta perbuatan yang tidak sepatutnya di lokasi berkenaan kerana semua ini akan mempengaruhi tenaga yang dipancarkan oleh piramid.
11. Seeloknya, lakukan solat dan aktiviti kerohanian seperti berzikir dan membaca al Quran di lokasi berkenaan.
12. Tenaga Piramid boleh digunakan mengikut kaedah yang akan diterangkan dan keperluan yang anda mahukan.

Apakah yang akan berlaku bila piramid telah berada di lokasi yang betul ?

Setelah di tempatkan di lokasi yang tepat, maka anda akan dapati tidak ada apa apa yang akan berlaku. Ini samalah seperti mana anda meletakkan kedudukan antena TV di tempat yang betul, tidak ada apa apa yang akan berlaku pada TV anda.

Ingatlah bahawa piramid adalah sebuah alat seperti antena TV. Maka untuk mendapatkan hasil yang berkesan, anda perlu membuat penyelarasan gelombang iaitu dengan menggunakan kekuatan minda ataupun kekuatan daya pemikiran anda iaitu FOKUS MINDA terhadap kemahuan yang anda hajati.
RAHSIA PERMUKAAN PIRAMID
1. Permukaan Utara - Kekayaan Kebendaan ( Fizikal )

Permukaan Utara dapat dikaitkan dengan perkara-perkara yang boleh dilihat dan disentuh. Dengan membuat penyelarasan keserasian diri anda dengan gelombang tenaga yang dipancarkan oleh piramid berkenaan, maka anda dapat menggunakannya untuk mencapai kehendak anda berkaitan kebendaan atau material. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa tenaga piramid mematuhi hukum alam, maka anda tidak seharusnya mengambil sikap tamak dan takbur dalam mengejar impian keduniaan ini.

2. Permukaan Timur – Perasaan kasih Sayang dan Kedamaian Jiwa ( Emosi )

Perasaan kasih sayang di sini tidak bermaksud atas dorongan nafsu seks tapi adalah nilai kasih sayang yang abadi serta semulajadi. Sebagai contoh untuk menguatkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan ikatan rumah tangga, kedamaian dalam kehidupan dan seumpamanya.

Jangan disalahgunakan Tenaga Permukaan Timur ini dengan berhajat agar sesaorang yang tidak sukakan anda akan menjadi sebaliknya hingga ke tahap sukar melupakan anda. Ini menyeleweng dari tujuan sebenarnya pengunaan tenaga piramid yang berkaitan dengan hukum alam.

3. Permukaan Selatan – Perlindungan dan Penyerangan

Permukaan Selatan mempunyai daya tenaga yang kuat. Ini kerana Permukaan Selatan mewakili simbul API. Jesteru itu tenaga permukaan ini dapat digunakan bagi tujuan kebaikan dan kejahatan. Perlu diingatkan bahawa di dalam hukum karma dan alam, setiap perbuatan ada balasan serta kesannya kepada diri kita sendiri. Maka berhati hatilah dalam menggunakan Tenaga Permukaan Selatan ini dalam kehidupan seharian.

Walaupun tenaga ini boleh digunakan untuk perlindungan dan penyerangan, penggunaan sebagai perlindungan adalah lebih baik. Penggunaan tenaga secara penyerangan hanya dapat digunakan secara defensif iaitu mengembalikan tenaga negatif yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita dan bukannya memancarkan tenaga untuk merosakkan orang lain.


4. Permukaan Barat – Kesihatan dan Kekuatan

Permukaan Selatan ini mewakili simbol AIR yang bersifat suci lagi menyucikan. Dengan Tenaga Permukaan Barat ini, anda boleh menggunakannya untuk tujuan rawatan dan juga menambahkan kekuatan tubuh badan. Perlu diingat, penggunaan Tenaga Penyembuhan ini hanyalah bersifat ”supplementary effort”, maka untuk itu ubat-ubatan dan makanan tambahan berkhasiat masih diperlukan untuk mempercepatkan lagi penyembuhan diri anda.
 
 
 
 
sumber : AURA ASSHIFA ( http://auraasshifa.blogspot.com/ )
 
 
 
 
 
 
 
 

Apakah itu REIKI ?

Apakah itu Aura ?

Monday 17 October 2011

RAHSIA MEKAH & NOMBOR 1.618 -- Keajaiban Allah

Video - Allah bertanya Iblis Menjawab

Doa Rawatan Menghilangkan rasa sakit



"Dengan Allah, Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan sesuatu yang aku jumpai dan aku takuti"





sumber : Riwayat Muslim no 2202


Dengan cara meletakkan tangan pada bahagian sakit dan bacalah doa ini.

Doa Rawatan Mengelak daripada Keracunan, Serangga Berbisa

"Aku mohon perlindungan dengan perkataan Allah yang sempurna daripada kejahatan apa yang diciptakannya"




sumber : Riwayat Muslim, Ibnu Hibban



Dalam Sahih Muslim, abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadis tentan seorang lelaki yang mengadu kepada Nabi s.a.w tentang kala jengking yang menyengatnya. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: " Jika kamu membaca do a di atas, nescaya kamu tidak akan dimudaratkan.

Doa Rawatan Batu Karang Atau Penyakit Kencing Tertahan



"Tuhan kami di langit yang Maha Suci nama-Nya, urusan-Mu di langit dan di bumi, sebagaimana rahmatMu langit, maka jadikanlah ia juga di bumi, dan ampunkanlah kami dosa-dosa dan kesalahan kami, Engkaulah Tuhan kepada mereka yang baik, maka turunkanlah penawar dari penawarMu, dan rahmat dari rahmatMu ke atas penyakit ini nescaya ia sembuh"




sumber : Riwayat Ibn A-Sunni no 391 al-Azkar

Doa Rawatan Bengkak (Bisul Atau Jerawat)

" Ya Allah, yang mengecilkan yang besar dan yang membesarkan yang kecil, kecilkanlah apa yang ada padaku ini"




Sumber : Riwayat Ibn Al-Sunni no 391 al-Azkar

Doa Rawatan Anak Demam Panas



" Dengan nama Allah Yang Maha Besar, aku memohon perlindungan dengan Allah Yang Maha Agung daripada kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api"





sumber : Riwayat al-Hakim


Menurut Imam al-Zahabi dan Ibn Abbas r.huma berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan apabila ditimpa demam panas.

Doa Rawatan Anak Sakit Mata



"Ya Allah, berikanlah manfaat pada penglihatanku,  jadikanlah ia tetap dalam keadaan baik sehingga akhir hayatku. Perlihatkan bagaimana aku menuntut bela terhadap musuhku dan bantukanlah dalam menghadapi orang yang menzalimiku"


sumber : Riwayat al-Hakim





Diriwayatkan bahawa apabila Rasullullah s.a.w sakit mat atau salah seorang daripada anggota keluarganya atau sahabatnya ditimpa sakit mata, Baginda membaca doa di atas.

Tuesday 2 August 2011

Doa Selesai Tugas tanpa bertangguh



" Ya Allah, kami memasuki pagi ini dan kekuasaan itu milik Allah, keagungan dan kebesaran, penciptaan dan urusan semuanya, malam dan siang dan apa yang terdapat dalamnya milik Nya, tiada sekutu bagiNya. Ya Allah! Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan, pertengahannya kemenangan dan hujungnya kejayaan. Aku memohon kepada kepadaMu kebaikan dunia ini wahai Yang Maha Mengasihani ".







Doa Perlindungan dari Pemerintah yang zalim






Ya Allah, Tuhan tujuh lapis langit dan Tuhan Arasy yang agung, jadilah pelindungku daripada Fulan bin Fulan...(sebutkan nama), dan kuncu-kuncunya daripada makhlukMu yang mahu bertindak jahat atau ganas ke atasku. Sangat mulia pelindunganMu dan sangat tinggi pujianMu, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

Doa solat Istikharah





Maksudnya:
Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini ................................................ (sebutkan perkara yang dihajati) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


Riwayat Abu Daud (1540)

Monday 1 August 2011

Doa Terjaga dari Tidur (Mimpi Buruk)



“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan, siksaan dan kejahatan hamba-hamba-Nya dan dari godaan syaitan sertajangan sampai syaitan mendatangiku".


sumber :  HR. Abu Dawud: 4/12. Shahih Tirmidz:i 3/171.



PERKARA DILAKUKAN JIKA BERMIMPI BURUK :
 
  1. Meniup (seperti meludah) tiga kali.
  2. Berlindung kepada Allah dari syaitan dan dari keburukan apa yang dia mimpikan.
  3. Tidak menceritakannya kepada siapapun.
  4. Merubah posisinya dari yang semula.
  5. Bangun dan shalat, jika dia menghendaki. 
Shahih Muslim: 4/1772-1773.

Saturday 30 July 2011

Video - Doa Berbuka Puasa





Video - Doa Memohon Ilmu, Rezeki, & Amalan Yg Berkat

Video - Doa Supaya dapat membayar Hutang

Video - Doa Permudah Segala Urusan & Hajat

Video - Doa Selepas Solat




Video - Doa Rawatan Jantung










Haji Nordin telah datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah semasa bulan Ramadhan tahun lepas dan telah mengamalkan surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55.

Kesan daripada mengamalkan awat tersebut selama beberapa bulan, apabila beliau pergi semula ke hospital untuk menjalani pembedahan selanjutnya, pihak hospital telah mendapati 2 saluran darah yang tersumbat itu telah kembali pulih.



sumber : Slot Syifa Nasi Lemak Kopi O

Video - Doa Rawatan Epilepsy & Brain Tumour

Video 1 of 5



Video 2 of 5


Video 3 of 5


Video 4 of 5


Video 5of 5




sumber:  Syifa Penawar Astro Oasis , Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah

Friday 29 July 2011

Doa Rawatan Sakit Lutut / Sendi

Ubat sakit lutut dan Bengkak Sendi 

Bahan-bahan yang diperlukan:
1- Satu sudu kapor sirih
2- Satu biji limau nipis (perah ambil airnya)
3- Satu sudu madu lebah
4- Air


Gaul semua bahan-bahan tadi dan sapu di tempat yang sakit kemdian dibalut sebelum tidur
Doa yang perlu dibaca:


1- Al Fatihah
2- Selawat Syifa’
3- Surah al Hasyr ayat 21-23




21)Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
22) Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
23) Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.



sumber : DARUSSYIFA' BOTA


atau amalkan amalan berikut :



(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:


1. Surah An-Faal ayat 72 hingga 75, 
 
baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.


2. Surah Qaaf ayat 16 hingga 45,
baca 3 kali selepas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.




B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

1. Surah Qasas ayat 51 hingga 59,

baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.


 (Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.)
Sumber : sila rujuk  
http://www.syifa-alhidayah.com
, http://www.alhidayah-medic.com/

Video - Doa Rawatan Down Syndrome 2

Part 1 of 2



Part 2 of 2




Ayat-ayat yang lazim digunakan untuk anak-anak yang menghidapi penyakit Down Syndrome;

Surah Az-Zummar ayat 24 hingga 37
Surah Al-Haj ayat 40 hingga 55
Surah Yassin ayat 72 hingga 83


sumber : Slot Syifa Nasi Lemak Kopi O

Video - Doa Rawatan Stroke (Angin Ahmar)



sumber : Slot Syifa Nasi Lemak Kopi O




AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT STROK (ANGIN AHMAR):

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu dan saya perlu sentuh badan pesakit sebelum memulakan amalan-amalan ini. Jin-jin ahmar mesti di keluarkan dahulu dari dalam badan pesakit sebelum meneruskan perubatan.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118,
baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

2. Surah Adz-Dzariyaat ayat 31 hingga 50,
baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.




B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:
1. Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94,
baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

2. Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28,
baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.



C. Amalan Minggu Kelima dan Keenam:
1. Surah Al-Hasyr ayat 18 hingga 24,
baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.


2. Surah Ar-rad ayat 19 hingga 34,

baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.)

 
Sumber : sila rujuk  http://www.syifa-alhidayah.com

Video - Doa Rawatan Neuroma Arthritis





sumber : Slot Syifa Nasi Lemak Kopi O