Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Thursday 23 February 2012

Video Fenomena Azan

Video Kelebihan Solat menurut Sains

Kelebihan Sains Solat









Video Rawatan - Penawar Saka & ayat Pendinding

Video Rawatan - Mengelak Gangguan Jin






Baca surah At - Thariq ayat 4



4) Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).

Video Rawatan - Penawar Batu Karang, Senggugut

Ustaz Sharhan



Penawar Batu Karang, Batu Hempedu, Senggugut





1) Beli Buah Delima dan rebus kulit buah delima
2) Baca surah Al An'am ayat 99 dan 141
3) Baca surah Ar-Rahman ayat 68



Surah Al An'am ayat 99

















99) Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.


Surah Al An'am ayat 141
















141) Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.



Surah Ar-Rahman ayat 68


68) Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

Video Rawatan - Penawar Sakit Tumit

Ustaz Sharhan






1) Baca surah Al Fatihah dan Ayatul Kursi
3) Baca surah Al Taubah ayat 14
4) Baca surah Al Hasyir ayat 21



surah Al Taubah ayat 14









1) Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.



surah Al Hasyir ayat 21













21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

Tuesday 21 February 2012

Video - Rawatan Sakit Migrain



sumber : Ustaz Sharhan




1)Baca surah Al Waqiah ayat 19 dan kemudian hembuskan pada tangan.

2)Letakkan tangan atas kepala di tempat sakit. dan Letakkan tangan atas kepala di tempat sakit



surah Al Waqiah ayat 19




19) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya

Doa Kuat Ingatan & Tak Mudah Lupa

sumber Ustaz Sharhan.

Amalkan surah Al Israa' ayat 70. Masa Baca ayat tersebut letakkan tangan atas kepala.






70) Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

Video - Rawatan Sakit Sendi




Kaedah Rawatan

1) Ambil daun pokok lidah buaya (Alovera), ambil lendir dan
2) Baca surah Al Fatihah dan Ayatul Kursi
3) Baca surah Al Baqarah ayat 22
4) Baca surah Al Mukminun ayat 11 hingga 14

surah Al Baqarah ayat 22













surah Al Mukminun ayat 11 hingga 14

Sunday 19 February 2012

Video Rawatan Elak Pukau & Buatan Orang






Surah Hud ayat 56 - Baca selepas  solat





.

Kelebihan Surah Al Ikhlas

112. SURAH AL-IKHLAS (4 ayat) – ‘IKHLAS/ TULUS’
Terjemahannya:1.Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2.Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;  3.Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


FADILATNYA:-

1. Membaca surah ini 1 kali, Allah Taala memberi pahala sebanyak pahala 100 orang pahlawan syahid.

2. Sesiapa yang membaca surah ini 10 kali selepas tiap solat Subuh, maka tidak akan terjadi kepadanya suatu dosa pun, walaupun syaitan bersungguh-sungguh menggodanya.

3. Sesiapa yang membaca surah ini 1 kali maka seolah-olah dia membaca sepertiga Al Quran.

4. Sesiapa yang membaca surah ini 3 kali, maka seolah-olah dia membaca keseluruhan Al-Quran.

5. Baca surah ini dalam solat-solat fardhu, Allah SWT mengampuni pembacanya berserta kedua ibubapanya lalu menuliskan mereka dalam buku daftar orang-orang yang berjaya.

6. Membaca surah ini 10 kali, Allah SWT akan membinakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga.

7. Sesiapa yang membaca surah ini semasa dalam sakit yang membawa kepada kematiannya, maka ia tidak akan busuk di dalam kuburnya dan selamat dari kesempitan kubur serta para malaikat membawanya dengan sayap-sayap mereka sehingga melintasi titi Shiraathalmustaqim terus menuju ke syurga.

8. Baca surah ini di atas perkuburan sebanyak 11 kali dan pahalanya dihadiahkan kepada umat Islam yang telah meninggal dunia, maka diterimakan kepadanya pahala sebanyak mereka yang telah meninggal.

9. Membaca surah Al Ikhlas 200 kali pada setiap hari, Allah SWT mengampuni segala dosanya selama 50 tahun melainkan dosa hutang.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
- Riwayat al-Baihaqi


10. Membaca surah Al Ikhlas 51 kali pada setiap hari, nescaya dibangkitkan ia dari kubur terus ke syurga.

11. Barangsiapa terlupa membaca “Bismillah” pada permulaan makan, bacalah surah Al Ikhlas selepas selesai daripada makan.

12. Petua menawar bisa sengatan kala jengking – Ambil air dan tuangkan kedalam bekas dan masukkan sedikit garam, rendamkan tangan atau kaki yang terkena sengat itu di dalamnya sambil membaca surah Al Ikhlas, surah Al Falaq dan An-Naas. Teruslah berbuat demikian hingga rasa sakit bekas sengatannya hilang.

13. Pada bulan Ramadhan ketika berpuasa, kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga. Mesti sahur. Ketika hendak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.

Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi, sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tidak akan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

14. Surah Al Ikhlas itu adalah ayat-ayat yang dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita.

15. Diceritakan, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w mengadukan kemiskinannya, maka oleh baginda dikatakan yang membawa maksud: Apabila kamu masuk rumahmu, maka bacalah surah al-Ikhlas.

16.Baca surah ini 11 kali dan tiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan hati mereka.17. Sesiapa yang membaca surah ini dalam Solat Sunat Dhuha pada rakaat kedua sebanyak 10 kali setelah membaca Ayat Kursi 10 kali pada rakaat pertama, insyaAllah ada rezeki untuknya pada hari itu.

Doa Rawatan Berhenti Pendarahan

Jika luka berdarah, baca surah ini sambil menekan tempat luka untuk meyekat darah daripada terus mengalir keluar.




Terjemahannya:
1.Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!  2.Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.  3.Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.  4.Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. 5.Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."


2. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."


4. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

 5. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal-jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

7. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal-jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

9. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf."

10. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung didalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."


 11. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaannya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."




Doa Rawatan Penyakit Istihadah

Pesakit yang telah mengalami istihadah sejak permulaan haidnya. Kini setelah umurnya meningkat 20an dia masih mengalami istihadah. Haidnya selalu melebihi 15 hari.

Menurut sebuah hadis Nabi; secara mafhumnya istihadah berpunca dari aktiviti syaitan di dalam rahim wanita yang menyebabkan rahimnya luka dan berdarah. Maka darah yang keluar dari rahimnya tersebut adalah darah penyakit.

Cara rawatan istihadah adalah:

1) Baca Ruqyah Syariyyah kepada 3 / 7 botol air mineral. Tambahan untuk Ruqyah Istihadah ini adalah Ayat 38 Surah Yaasin dan Surah Al Masad. Niat ketika membaca surah ini: "Supaya penyakit istihadah dihentikan Allah."

Berikut adalah senarai ayat-ayat Ruqyah Syari' ah yang digunakan oleh perawat Darul Hikmah untuk merawat pesakit:

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

2) Cari 3 biji putik kelapa dan belah dua. Rebus bersama air Ruqyah. 1 putik kelapa direbus bersama 1 periuk air Ruqyah.

3) Minum segelas setiap pagi satu jam sebelum makan pagi. Ulang sehingga istihadah berhenti / semua air habis...

Insya Allah, jika Allah izin akan disembuhkanNya!!!


Rujukan:http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009_08_01_archive.html

Doa Rawatan Menghindarkan Penyakit Berjangkit

Amalan ini diberi oleh salah seorang guru perawat di Pulau Pinang Tok Su Li. Amalan ini bertujuan untuk menghindar diri dari penyakit berjangkit secara khususnya. Boleh juga untuk merawatnya. InsyaALLAH, segalanya datang dari ALLAH, kembali kepada ALLAH jua.

Amalannya:

Surah Yasin : Ayat 58

58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
1) Selepas selesai solat Fardhu, amalkan membaca Yasin : Ayat 58 sebanyak 7, 9, 12 atau 27x senafas. InsyaALLAH terhindar dari segala unsur-unsur negatif.

2) Sebelum keluar rumah, amalkan membaca Yasin : Ayat 58 7x senafas, insyaALLAH terhindar dari segala penyakit berjangkit, sihir atau gangguan makhluk halus dan santau terutamanya.

3) Dalam sehari, jadikan mandian untuk menghindar dari penyakit berjangkit dan segala penyakit dengan izin ALLAH – Yasin : Ayat 58 sebanyak 77x. Ditiupkan pada air di dalam baldi. InsyaALLAH.

4) Bagi yang terkena, boleh diikhtiarkan dengan menyediakan air satu baldi:-

- Garam Bukit 3-7 sudu (bergantung kepada tahap kekronikan sakit)

- Daun pokok Ketapang 7 helai

- Daun pokok Ara 7 helai

- Kulit pokok Rambai 7 Keping ( Ditumbuk halus )

- Daun Bidara (jika kes gangguan)

Lalu dicampurkan semuanya dalam satu baldi dengan tuangan satu persatu lalu dibacakan dengan :

a) Al Fatihah 7 kali dengan ulangan Fatihah : Ayat 4 sebanyak 7 kali setiap satu.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

b) Ayat Kursi 7 kali dengan ulangan ayat yang digariskan sebanyak 9 kali setiap satu.

255. "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia-lah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"
c) Yasin : Ayat 58 - 63x.




d) 5 Qul ( Al Jin 1-5, Al Kafirun, Al-Ikhlas, Al- Falaq, An-Nas). Al-Ikhlas seelok-eloknya dibaca sebanyak dalam bilangan yang berikut samada 1, 3, 5, 7, 9 atau 12x.










Maka, setelah selesai, dimandikan pesakit tadi. Adalah lebih bagus jika yang sihat mengamalkannya sekali sebulan, sekurang-kurangnya, kerana mengelak lebih baik dari mengubati.

Ramai juga yang tertanya-tanya, bahan-bahan di atas agak sukar untuk diperolehi jika tinggal di kawasan bandar. Boleh saja digantikan dengan limau nipis sebanyak 7 biji dan garam bukit.

Tidak perlu dipeningkan kepala dengan kaedah atau bahan-bahan. Yang paling penting dan utama adalah penyerahan dan pengabdian diri kepada ALLAH semata-mata. Bahan dan kaedah hanya sandaran tetapi pergantungan tetap kepada ALLAH semata-mata, tiada duanya. Ada jalan masuk, pasti ada jalan keluar, InsyaALLAH. ALLAHu Robbi.



Sekadar tambahan, bagi yang akan menghadapi temuduga, boleh juga amalkan dengan membaca Yasin : Ayat 58 ini 7x senafas di muka pintu sebelum keluar rumah sambil membayangkan diri sendiri, lalu hembuskan nafas perlahan, isyarat menghembus diri kita yang dibayangkan itu. InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan segalanya.



Amin Ya Robbal A'lamin.

Dipetik dari:
http://terapi-alfatah.blogspot.com/search/label/Amalan

Bagi Anak Yang Teramat Degil

 


Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan DIA lah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa - Surah As-Syura ; Ayat 19.


Baca 19 kali pada air dan bagi minum kepada yang berkenaan . baca 19 kali pada ubun-ubun (anak-anak yang degil atau sesiapa yang dihajati). Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan kepadanya.
Ustaz Kazim
"Tanyalah Ustaz"



. Ayat 200 Surah Al Imran
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.



2. Ayat 30-31 Surah AnNaml

30."Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
31. "Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah).”

Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Surah Al Isra' - Ayat 82
 Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.


Doa Rawatan Sakit Kepala

Sakit Kepala

Baca Ayat 19 dari Surah al-Waqiah untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan, insyaAllah.

19. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

Enam Ayat Syifaa' (Penyembuh)

Imam Abul Qasim Qushairi r.a. telah dilaporkan berkata: "Seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga ia hampir maut. Di waktu itu daku mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. dan daku pun beritahu hal anakku itu. Baginda s.a.w. berkata: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifaa'? Mengapakah tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah) agar disembuhkan?" Setelah itu juga daku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Qur'an) maka daku temui ayat-ayat itu pada ENAM TEMPAT. Ianya adalah seperti berikut:


14. Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.

57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
69. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

82. Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

80. "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

44. Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".

Dipetik dari kitab Uswai-Rasool-e-Akram dari Madarijun Nubuwah

Saturday 18 February 2012

Kelebihan Lampu Garam Kristal Himalaya


Tenaga Pemulihan Semulajadi dari Bumi - Baik untuk meditasi
FUNGSI LAMPU GARAM
* Menutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara
* Mengurangkan pencemaran udara
* Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma
* Menyembuhkan luka akibat terbakar
* Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria.
* Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara yang ada di dalam rumah
* Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan imunisasi manusia.
* Melegkaan resdung (sinus), migrain, pening kepala, demam panas dan selsema.
* Meningkatkan tahap produktiviti kerja dan kosentrasi.
* Meningkatkan rapacity denyutan jantung.
* Mengurangkan perasaan cemas dan berdebar-debar



KEBAIKAN GARAM KRISTAL:
* Mengimbangkan tekanan darah
* Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah
* Meningkatan kandungan oksigen dalam tubuh
* Menganjalkan arteri (saluran) darah kita
* Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah
* Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang
* Menyelaraskan kelancaran perutusan sistem saraf
* Membantu pembaharuan semula sel-sel
* Menghapuskan radikal-radikal bebas dalam tubuh
* Membantu pergerakan otot-otot usus
* Meseimbangan mineral mensinergikan sistem metabolik dengan lebih sempurna
* Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketidak seimbangan mineral
* Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna
* Mengimbangi faktor Ph.
* Moleh membantu dalam penyembuhan penyakit kulit
* Membantu menguatkan tenaga batin

FUNGSI GARAM KRISTAL
� Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara.
� Mengurangkan pencemaran udara.
� Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma.
� Menyembuhkan luka akibat terbakar.
� Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria.
� Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara
� Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita.
� Melegakan resdung, migran, pening kepala, demam panas, serangan selsema.
� Meningkatkan tahap produktiviti kerja / konsentrasi.
� Meningkatkan kapasiti denyutan jantung.
� Mengurangkan perasaan cemas / berdebar-debar.
� Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah






Faedah-faedah Lampu Kristal Garam:
1) PENGHIDAP ALERGI
Lampu kristal garam dapat membersihkan kandungan udara di sekeliling anda melalui cara pengionan. Lampu ini mempunyai kebolehan memperbaiki kualiti udara disamping meweujudkan keadaan yang bersih & selesa serta suasana yang menyegarkan.

2) PEKERJA-PEKERJA DI PEJABAT
Di tempat kerja, lampu ini dapat meningkatkan tumpuan anda di samping menyegarkan anda dengan mengurangkan tekanan yang dihadapi. Letakkan lampu kristal garam ini berdekatan komputer anda bagi menghilangkan rasa penat serta mengurangkan kesan radiasi dari monitor komputer.

3) IBUBAPA
Letakkan lampu kristal ini berhampiran katil anak anda. Ia selamat digunakan & mengeluarkan cahaya yang sangat indah pada waktu malam. Ia dapat membantu anak anda tidur dengan lena & menjamin kualiti udara persekitaran.

4) KESIHATAN
Ion-ion negatif yang dibebaskan dari lampu kristal garam ini membersihkan udara dari debu, debunga, bakteria serta kulat yang terkandung dalamnya. Ia juga dapat mengawal penyakit-penyakit seperti asma, tekanan emosi, & juga keletihan. Di samping itu kandungan asap dalam udara dapat dikurangkan.

Thursday 16 February 2012

Persediaan Sebelum Meditasi






Sebelum membuat Meditasi ada beberapa syarat dan peraturan yang patut dipatuhi supaya kita dapat manfaat sepenuhnya dari meditasi.
Jika kita mengikut semua syarat dibawa – Insha Allah :
  1. Kita akan dapat melatih meditasi dengan betul.
  2. Minda luar ( External Mind ) kita akan diam dan tidak mengganggu kita.
  3. Minda dalam ( Internal Mind ) kita akan mula berkomunikasi dan membantu kita.
  4. Sistem pernafasan dan mengaliran darah akan lancar , ia dapat membantu kita bermeditasi lebih lama.
  5. Semua chakra kita dalam keadaan tenang dan siap sedia.
  6. Kita dapat bermeditasi dengan lebih tenang.
  7. Semua kehendak dan keperluan kita akan menjadi kenyataaan dengan cepat.
Syaratnya ialah :
  1. Jangan buat meditasi jika badan kita terlalu penat atau letih.
  2. Jangan makan terlalu kenyang sebelum meditasi.
  3. Makan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum meditasi.
  4. Jangan meditasi pada tengah hari dan tengah malam.
  5. Pastikan minum air yang secukupnya.
  6. Pastikan badan dan pakaian bersih.
  7. Jangan meditasi ditempat yang kotor.
  8. Jangan meditasi dirumah orang atau tempat orang lain .
  9. Jangan meditasi dibilik tidur , tempat rehat , tempat makan .
  10. Pastikan tempat yang anda meditasi bersih , senyap dan tiada gangguan
  11. Sebelum meditasi baca beberapa surah Al Quraan yang singkat ( Bagi orang Islam ).
  12. Sebelum mula meditasi minta kebenaran , perlindungan dan bantuan dari Tuhan.
  13. Gunakan tikar , kain yang tebal atau yoga mate untuk duduk semasa meditasi.
  14. Jangan duduk dilantai tanpa alas ( Magnetik bumi akan serap energy anda ).
  15. Meditasi boleh dibuat dengan kaedah duduk bersila , duduk atas kerusi atau sofa atau berbaring dilantai bagi yang uzur atau cacat. ( Cara terbaik duduk bersila )
  16. Pastikan tulang belakang anda tegak semasa meditasi.
  17. Pernafasaan yang tenang dan teratur , tidak terlalu laju atau perlahan.
  18. Jangan berfikir semasa meditasi , sama ada yang baik atau buruk
  19. Sebaik-baiknya diam semasa meditasi (mulut , hati dan minda) , tidak perlu membaca , menjampi atau mengucap sesuatu.
  20. Pada permulaan jangan buat terlalu lama 5 minit sudah memandai.
  21. Selepas meditasi duduk diam untuk beberapa minit.
  22. Mengucap terima kasih kepada Tuhan selepas meditasi.
Petikan Dari : Rahsiaalam.com

Kelebihan Hari Khamis – Malam Jumaat



Hari Khamis ialah hari yang sangat istimewa bagi orang yang sedang melatih atau belajar ilmu batin, spiritual, dan sebagainya. Hari Khamis sehingga Jumaat sangat sesuai untuk membuat meditasi, yoga, ritual, sembahyang atau untuk melakukan sesuatu yang berkaitan dengan spiritual, Laduni, Ilmu batin, Ilmu putih dan sebagainya.

Setiap hari dijajah dan dikawal oleh salah sebuah planet. Hari Khamis sangat istimewa kerana ia datang di bawah jajahan planet Jupiter pada hari tersebut. Planet Jupiter dapat membantu menambahkan energy spiritual, reiki, Ci dan sebagainya. Malam Jumaat atau sebelah malam pada hari Khamis sangat berkuasa dan istimewa kerana pada lingkungan masa itu manusia dapat dua kali ganda kuasa iaitu kuasa atau energi dari Planet Jupiter dan Bulan. Dengan bantuan Bulan manusia dapat menggunakan sepenuhnya kuasa dari planet Jupiter dan kuasa dalaman diri sendiri.

Chakra kedua kita yang digelar navel, sacral atau Svadhisthana  yang lebih aktif pada hari Khamis menyebabkan keinginan dan nafsu syahwat bertambah pada hari Khamis. Sebab inilah kaum lelaki lebih tinggi nafsu syahwatnya pada hari Khamis malam Jumaat. Apabila chakra tersebut sangat aktif  ia akan menambahkan keinginan seks, cinta dan kasih sayang. Chakra tersebut  juga dapat membantu kita berhubung dengan alam ghaib, alam roh dan dengan semesta alam. Petang dan malam hari Khamis sangat sesuai untuk melakukan upacara keagamaan, upacara penghalauan makhluk halus atau untuk menghalau jin, roh, makhluk halus dan sebagainya.

Bagi orang yang sedang belajar  ilmu laduni, spiritual, meditasi, reiki, ci dan sebaginya; Petang dan malam Jumaat  sangat sesuai untuk melatih kerana energy dalam badan kita akan bertambah dan berpotensi tinggi. Bagi orang Islam pula malam Jumaat sangat sesuai untuk melakukan zikir, sembahyang sunat, sembahyang hajat dan ibadah – ibadah lain.

Petikan Dari : Rahsiaalam.com